CELAKANYA PAS HUDUD DAN MURTAD CELAKANYA...

BERTAMBAH CELAKALAH PAS JIKA INI REALITINYA

PAS memutuskan tidak akan menyertai Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN yang tujuannya bagi menyelamatkan akidah umat Islam di ibu negara pada Sabtu ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri).

hadi awang and mustafa ali pas pcPenganjur acara itu pada Selasa memberi jaminan HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.

Secara khusus, pengerusi bersama himpunan itu Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi - Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Hadi berkata, PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama.

NONE"Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya lagi.

Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya."Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi.

Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai".
Ia sebagaimana  Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya.

Ulasan Untuk kenyataan Bangang HADI HJ

Tidak boleh buat semua jangan tinggal semua,Apa perjuangan PAS yang sebenarnya? Nak buat Hudud, tapi bilamana NGO menganjurkan perhimpunan bagi tujuan menyelamatkan akidah umat Islam tidak pula ingin disertainya...Hairan,pelik ajaib dan sudah tukar jadi Hadi Hj.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Masyaallah GK sangat hilang akal dengan Puak PAS ni.Politik gila macam apa ni?,Memang langsung tak paham dan tak reti dengan Pemimpin PAS.Jika untuk menghormati penganjur dengan tidak melibatkan mana-mana Parti Politik kau turun jerlah atas dasar seorang Islam,.Parti PAS tak sertai tapi seluruh ahli PAS akan sertainya atas dasar menyokong usaha baik yang dianjurkan itu,Ataupun anjurkan juga perhimpunan aman seumpama itu,

Wah wah wah sejak bila PAS pandai menghormati kehendak orang lain ni,Habistu kenapa menyertai Perhimpunan Bersih tanpa menghormati berpuluh-puluh NGO dan berjuta rakyat serta sebuah kerajaan Islam.Nampak sangatlah kemana sebenarnya perjuangan PAS ni.Tunduk sangat pada DAP, Macammana nak buat HUDUD kalau bangang macam ni,Perkara sekecil ini pun tidak berani masakan untuk melaksanakan Hukum sebesar Hudud.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Hadi berkata, PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama."Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya lagi..

Amboi... Hadi Amanat sesat ni bercakap tak ingat dunia,Inilah rosaknya Islam, Ulamak kena maki atas sebab politik,GK tidak membenci Ulamak selain menyayanginya.Tapi ingat Pemimpin PAS bukan Ulamak tetapi PENGKHIANAT kepada ISLAM.Apa kaitan masyarakat berbilang kaum dengan perhimpunan dan huru-hara wahai Hadi Hj.Bertindak mengikut undang-undang mana Hadi Hj,Undang-undang British ke undang-undang Islam.Selama ni Hadi Hj dan PAS bertindak selaras ke dengan peruntukkan Undang-undang ni.


Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya."Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi.


Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai".
Ia sebagaimana  Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya.

Perkara pokok yang perlu anda fahami adalah celakanya PAS yang sentiasa beralasan.Kenapa perlaksanaan HUKUM HUDUD tidak beranggapan yang sedemikian,Murtad - Yes perlu pengukuhan akidah.Kenapa tak dikata perlukan hukum hudud untuk pancung leher?..Sewajibnya perlaksanaan Hudud juga adalah demikian,Mesti kondusifkan suasana dan keadaan,Barulah bercakap pasal Hudud.Bukannya mempolitikkan HUKUM ALLAH demi kepentingan Parti dan rakus untuk berkuasa sehingga mengkafirkan orang Umno..Ini lebih pada Celaka...
KLIPVIDEO PENJELASAN HUKUM MENGENAI HUDUD
Akhirnya statement nilah yang paling CELAKA sekiranya benar Hadi Hj dan PAS memberi kenyataan yang demikian tanpa suntingan dari wartawan Malaysiakini yang boleh mengubah maksud asal.Lihat dan fahami kenyataan itu dalam konteks perlaksanaan HUKUM HUDUD.Bukan PAS sahaja yang memandang berat mengenai hal agama yang dipolitikkan.Semua Rakyat juga tidak terkecuali dan akan menghukum Pemolitik Islam.

CELAKA memang CELAKA,Kalau Nik Ajis yang dianggap Ulamak pun tak boleh sabar dengan isu yang tak kena angin dengan beliau,Apatah lagi GK yang tidak Ulamak.Memang Celakalah,Celaka dan Celaka didalam Kecelakaan PAS ni.

Subhanallah..Maha Suci Allah yang telah memperlihatkan keadaan sebenar Pemimpin PAS dalam memperjuangkan Islam dan melaksanakan hukum hudud.Belum nampak lagikah penyokong PAS akan perkara ini,Perlukah GK nyatakan dimana temberangnya yang telah pecah? Penyokong TAKSUB PAS mesti sensitif dalam isu agama,Kerana tujuan menyokong PAS adalah kerana nak kepada Islam yang dikononkan PAS memperjuangkan Islam.Justeru itu ketahuilah PAS adalah Parti dan bukan agama,PAS jahat dan melakukan kejahatan,Islam tidak akan silap dan tidak akan melakukan kesilapan walau sebesar zarah sekalipun.

Perkara ini sepertimana juga penangguhan untuk melaksanakan HUKUM HUDUD di negara kita atas sebab suasana yang tidak kondusif, Ini sampai mengkafirkan UMNO kerana tidak melaksanakan Hukum Hudud ni bukan sesat ke? Bila kena time PAS ada pula alasannya itu dan ini.GK dari dulu lagi memerhatikan pada setiap siri ceramah PAS perkara yang wajib dilakukan adalah beralasan dan berdalih serta mengukuhkan hujah alasannya dengan membuat bandingan/perumpamaan/contoh yang banyak tidak kena pada tempatnya.

GK bagi contoh terbaru dari pemimpin PAS mengenai dalil alasan untuk laksanakan Hudud seperti "Nak khatan/bersunat/potong unai perlukah kita tanya orang kafir terlebih dahulu untuk kita lakukannya,Begitu juga dengan solat,puasa dsb adakah kena tanya orang kafir dahulu boleh ke tidak,???Maka rakyat yang mendengar pun bersorak huuuuuuuuuuuuuu.Betul,betul,betul..Ini merujuk kepada penentangan Karpal Singh dan DAP kepada perlaksanaan Hukum Hudud,Adakah kena dan masuk akal hujah serta dalil yang nak diumpamakan itu? Soal individu dan soal ibadat yang tidak membabitkan Hukuman seperti Hudud tidak sepertimana ia menjadi kaitan dengan perlembagaan dan perjanjian gabungan pembentukkan kerajaan campuran Pakatan Rakyat.

Kalau macam tu punya alasan GK pun pandai jugak bagi alasan hujah bodoh ni,Macam ni lah,kita nak main dengan bini selamber je peluk,cium,romen dan masuk.Apakah dengan bini orang lain pun boleh kita nak buat macam tu.Dalam bidang kuasa dan luar bidang kuasa ni berbeza,Masalah keluarga dan masalah negara ni lain,Tapi dalam hal yang lain bila berlaku perbandingan dari Umno keatas PAS elok pula Pemimpin PAS ni kata "Mana boleh nak bandingkan orang yang kahwin satu dengan yang kahwin empat,Tak kena nak buat bandingan orang bini seorang dengan bini ramai...Al-kisahnya takkan selesailah masalah umat selagimana wujudnya PAS dengan berkeadaan Pemimpinnya seperti hari ini.

Tapi Pas kena ingat perangai orang Kelantan ni macammana,Kalau dia sayang,dia sayang sungguh,Kalau benci,benci sungguh,Kalau setia,setia sungguh,Itu sebabnya BN terpaksa menggigit jari lebih 20 tahun sudah,Sekarang generasi lama yang berdarah Hijau dan taksub semakin berkurangan diatas faktor usia,Tibalah masanya generasi baru yang lebih bermaklumat dalam dunia serba moden untuk mengetahui sesuatu Hukum Agama dengan pelbagai Ulamak seluruh dunia.Diatas pembohongan PAS mengenai HUDUD dan hal berkait dengan agama maka terimalah Hukuman dari rakyat Kelantan pada PRU13 nanti yang mungkin mengakibatkan gigitan jari 20tahun sepertimana Umno pernah laluinya.

Dalam masa 20tahun itu juga akan semakin berkurangan pengaruh PAS,Kutipan derma juga merosot ,Berterbanganlah pimpinan Pas mengkerumuni Umno akibat sumber kewangan Parti sudah tidak stabil dan tak mampu untuk bertahan lagi.Akhirnya Khawarij tumbang dan berkuburlah tanpa nesan.

Berbalik mengenai Hukum Hudud.Kalau jalan yang terbaik adalah cara dakwah bagaimana pula dengan Hudud,Bukankah sebelum laksanakan Hudud cara dakwah juga yang perlu terlebih dahulu.Ini tidak,Hukum yang didahulukan daripada dakwah,Wahai Pemimpin PAS yang dimurkai oleh Allah,Jangan diteruskan perkara yang mungkar dengan ketidaksuaian keadaan.Mesti dikatakan Hukum Allah sesuai tanpa mengira keadaan dan sesuai sepanjang zaman atau bila-bila masa sahaja or any time to do.Kafir kalau kata Hukum Allah tidak baik atau tidak sesuai dan hukum lain yang lebih baik dan lebih sesuai..Islam disempitkan dengan tujuan politik,Itulah puncanya dan begitu juga jadinya.

Nabi berdakwah untuk tambahkan umat,Pewaris nabi-lah kononya berdakwah untuk kurangkan umat,Itu bezanya pula,Hukum Allah juga seperti solat diwajibkan oleh setiap orang Islam,Tapi orang gila,kanak-kanak belum baligh adalah tidak fardhu keatasnya.Seperti juga wanita haid tidak wajib bahkan haram ketika datangnya haid.Kenapa Allah hukumkan demikian,pasti ada sebabnya,Apakah PAS nak berlebih-lebih dalam agama untuk mengatakan sesuai sepanjang masa?

Jika musafir pula,adakah pemimpin PAS bersolat seperti biasa,Mesti Pemimpin PAS jamaq atau qasar bukan? Kerana itu adalah sebahagian dari Maha pemurah Allah taala untuk hambanya,Untuk uzur pula,Tak boleh solat berdiri,Adakah pemimpin PAS tak solat?Mesti solat duduk,tak boleh duduk,baring,tak boleh juga,boleh menggunakan mata hatta dengan hati sekalipun.Timbangrasa dan tolak ansur didalam Islam yang sebenarnya memang wujud dan telah ada,Cuma bila Islam dipolitikkan,Jadilah macam Pas sekarang.

Penyokong Taksub PAS mesti kata "Kau siapa GK nak londehkan Ulamak Mukatabar Nik Ajis dan Hadi Hj,Mereka Ulamak perwaris Nabi,Jangan suka suki nak maki Ulamak keramat yang telah dimakbulkan oleh Allah doanya untuk memecahkan perut Ulul-Amri,Kau pergi belajar lagi,Jangan main-main ini soal Hukum,rosak akidah dan kafir" Percaya atau tidak itulah realitinya ketaksuban penyokong Parti bukannya penyokong Islam.Ulamak gila apa mendoakan kemudharatan untuk Ulul-amri yang masih bersolat.

Jika GK bukan ulamak,Nik Ajis,Hadi Hj dan pemimpin PAS itu kononnya Ulamak Muktabar,Bagaimanapula dengan Khalifah pertama selepas Rasulullah yaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq? Apakah Nik Ajis lebih alim dari Saidina Abu Bakar ?Saidina Abu Bakar As-Siddiq bila naik memerintah perkara utama yang dilakukan bukannya melaksanakan Hukum Hudud.Saidina Abu Bakar As-Siddiq adalah salah seorang sahabat nabi yang dijamin masuk Syurga...Ke Ulamak Muktabar PAS dijamin masuk syurga jugak.?Syurga mana? Jangan taksub sangatlah dengan Ulamak Politik ni punah ranah jadinya.

Pas nak laksanakan Hudud!!!Kah,kah,kah..Geli hati sungguh lawak bodoh ni,Nak menyediakan air bersih untuk kemudahan asas rakyat pun tak terlaksana inikan pula nak laksanakan Hukum Allah,kalau GK nak ulas pasal air memang panjang lebarlah,Tapi diringkaskan,Perlaksanaan Hudud dan Masalah Air atau juga keadaan yang tak kondusif.Kalau masalah air pun PAS gagal,bagaimana bila terlaksananya Hudud nanti,Nak fikir soal saksi dan khilaf untuk membuat penghukuman satu hal,Contohnya bila berlaku zina, Saksinya cukup,cuma alasan zina sebab tiada duit nak kahwin,kerja tiada kerana Pemimpin PAS tak reti cari pelabur, Nafsu senantiasa on,duit je tak on macammana?

Kalau zaman Nabi dulu lain,Kebajikkan memang kelas pertama,Nabi tak pakai mercedes,Menantu Nabi pun bukan CEO,Kalau nak kahwin masa zaman Nabi ni lain,Ya Rasulullah saya nak kahwin,Nabi kahwinkan masa tu jugak.Semuanya senang.Lagi satu bila berlaku zina dan saksinya juga cukup cuma alasannya sebab tiada air,Dah kahwin,Tapi dua minggu dah tahan tak projek sebab susah nak mandi junub air tiada,So leceh kalau buat projek,nak mandi air tadahan,was-was dan keadaan bilik air sempit yang ketika mandi boleh memercikkan air kembali dalam tadahan.

Oleh yang demikian bila masuk office pada suatu hari tertentu dengan tidak disangka-sangka Pak Awang naik mencacang bila melihat seorang kerani secara tidak sengajanya.Nak dijadikan cerita kerani tu pun melawan,Apa lagi, berlakulah projek.Ia disebabkan menahan nafsu bersama isteri kerana tiada air.Bagaimana untuk hukumkan kes ini, Jika rejam,Maknanya Islam tidak Adil dan kesannya cukup buruk dimata orang bukan Islam untuk mendekati Islam, Jika tak dihukumkan bertambah juga lagi kecelaruan dan berleluasanya zina diatas alasan tersebut.Macam-macam boleh berlaku jika tidak mengikut kehendak Islam yang sebenar.
Tapi yang jelasnya Pemimpin PAS tahu keadaan dan realiti sebenar mengenai perlaksanaan Hudud, Disebabkan angkuh dan takut diserang mereka lebih rela mempolitikkan Hudud diatas kebodohan mereka sendiri.

Inilah sikap sebenar Pemimpin PAS wahai umat,Kaji dan nilailah sendiri diluar ketaksuban wahai umat.GK hanya mampu membuka ruang minda untuk sama-sama menilainya,Allah yang akan menentukan hidayah itu.Jika ya kita disamun,biarlah harta dunia saja yang menjadi mangsa,Jangan sekali-kali agama kita disamun sesatkan dengan fatwa dan hukum yang berkepentingan individu ataupun parti.Ore kelate wojib keno uboh kerajaan .Bo lah duk sokong PAS nyoh....
Tunggu Artikel panas mengenai sunnah yang Nik Aziz amalkan akan GK terbitkan.Kerana GK tengah mencari dalil mengatakan Nabi memakai Vest diluar jubahnya sepertimana Nik Aziz pakai pada masa ini.Apakah itu mengikut kesesuaian zaman atau bagaimana?????

4 comments:

  1. Satu ulasan yg cukup panjang, padat, tepat, berwibawa, boleh dipercayai & seumpama dgnnya.....nak bodek nih....hahaha

    hanya org yg berusaha utk berfikir & melapangkan hati yg akan dpt melihat realiti sebenar yg cuba disembunyikan menggunakan jubah, bahasa indah menggunakan dalil, serban dan janggut oleh pemimpin hamPASngok

    Kerajaan langsung x perfect tp kemudharatan yg dibawa adalah lebih kecil berbanding mereka yg menggunakan politik bg tujuan mengawal agama Islam. lebih buruk apabila yg menggunakan agama itu mempenyai latar belakang pengajian agama yg mantap....apa nak jd?????

    ReplyDelete
  2. Perli jer.Posting terpanjang kot yg ni.hehe.Bukan apa bnyk sngt xkena Pas ni bcelaru d buatnya .thanks Otak Geliga memang bergeliga spt namanya...Teruskan kesetiaan anda Follows GK....

    ReplyDelete
  3. Macam tak betul je fakta tu.... lebih Auto dari fakta.... dan lebih teruk menggunakan bahasa yang kasar... Bertaubatlah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  4. ummi saleema7/04/2012 5:55 PM

    saya mendo'akan penulis diampunkan dosanye dan diberi petunjuk oleh Allah...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...