Showing posts with label nabi nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nabi nik aziz. Show all posts

Video - Ambo Nak jadi Orang Besar Jadi Nabi Pun Tak Der Apa - Nik Aziz

Ucapan terbaru Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 27 Julai lalu punyai sedikit perubahan bilamana beliau hanya menyeru rakyat Kelantan untuk berdoa supaya dibukakan pintu hati  menteri berkaitan isu royalti dan tidak lagi sebagaimana sebelumnya yang turut meminta supaya ditimpakan bala.

Nik Aziz juga menjelaskan bahawa semua manusia bercita-cita ingin menjadi orang-orang besar dan sejak kecil lagi sudah menunjukkan sifat-sifat demikian dengan berbalah kerana ingin tunjuk masing-masing punya besar.

" Manusia ni hak darat (kolot) hok mana semua nak jadi orang besar belaka, ambo nak jadi orang besar, sejak kecil lagi anak beranak kita berembas (bergaduh) berebut tulang, berebut lauk, berebut bantal, berebut pinggan, kerana apa, masing-masing nak tunjuk besar, hak ni berebut bantal, dia tak bagi... tampar, senang, kerana apa? nak tunjuk besar dia,

Bagaimanapun menurut Nik Aziz lagi, tidak salah untuk kita menjadi orang-orang besar termasuklah menjadi nabi dan rasul asalkan jangan kita merasakan megah sehingga melintasi kekuasaan Allah.

"Jadi.... sejak kecil lagi manusia ni nak kepada kebesaran, tapi jangan sampai ke besar-besar  lintas kepala tuhan jangan, mu nak besar loh gilah (lantaklah), nak jadi nabi, nak jadi rasul, nak jadi wakil rakyat, nak jadi menteri loh gilah tak apa."

Sepintas lalu secara rambang mungkin ucapan tersebut tidak ada apa-apa yang bercanggah dengan ajaran Islam, kerana taksub dan mantik ianya boleh didalilkan dengan pelbagai, tapi hakikatnya Nabi dan Rasul itu bukanlah jawatan yang boleh untuk kita sandang, menjadinya seorang Nabi dan Rasul itu adalah mutlak pilihan Allah dan bukannya pilihan manusia.

Bagaimana alim, warak dan abid sekalipun kita ini, sampai kiamat pun tidak akan ada dikalangan kita yang akan menjadi nabi dan rasul, berusahalah bagaimana sekalipun tidak akan menjadi seorang nabi dan rasul, kerana nabi dan rasul yang akhir  itu telah diutuskan dan telah djelaskan didalam Al-Quran.

Usahlah ada yang cuba-cuba untuk menjadikan ia sebagai cita-cita, terpujinya kita sekiranya kita mengikut sunnahnya, akan tetapi sesatlah kita sekiranya kita ingin menjadi seorang nabi, kerana tidak ada nabi lagi  selepas Nabi Muhammad SAW. Jawatan Nabi dan rasul itu bukan untuk disandang atau dicita-citakan sepertimana mencita-citakan jawatan Menteri Besar dan menyandangnya. Sedarlah Anda Mampu Mengubahnya...

"Syiah dan kesesatan itu dihidangkan secara halus didalam kesamaran, jangan ambil mudah akannya"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...