Showing posts with label prk kajang. Show all posts
Showing posts with label prk kajang. Show all posts

Keputusan Rasmi PRK Kajang

Keputusan rasmi yang telah diumumkan oleh SPR bagi PRK Kajang adalah sebagaimana berikut:
PKR - 16,741
BN - 11,362
Undi ditolak - 176

Majoriti - 5,379
Peratus pengundi - 72.1

Keputusan PRU 13 sebelum ini di N25 KAJANG 

Jumlah Pengundi: 38,965
Lee Ban Seng (BN) - 12,747
Lee Chin Cheh (PKR) - 19,571
Ir. Mohd Iwan Jefry Bin Abdul Majid (Bebas) - 249 (HD)
Mohd Khalid Bin Kassim (Bebas) - 83 (HD)
Ong Yan Foo (Bebas) - 85 (HD)
MAJORITI: 6,824
Jumlah undi: 34,290
Peratus mengundi: 88.00%
Undi rosak: 541

Terkini - Keputusan Tidak Rasmi PRK Kajang


Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan bagi pilihan raya kecil DUN Kajang dijangka akan dapat diketahui seawal jam 9 malam.

Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi hari ini adalah 72 peratus, lebih rendah dari angka 87 peratus yang direkodkan dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.

Setakat jam 8.00 keputusan tidak rasmi seperti berikut:

PKR: 16,581
BN: 11,242
Majoriti: 5,339


- Refresh untuk keputusan terkini

Keputusan PRU 13 sebelum ini di N25 KAJANG
Jumlah Pengundi: 38,965
Lee Ban Seng (BN) - 12,747
Lee Chin Cheh (PKR) - 19,571
Ir. Mohd Iwan Jefry Bin Abdul Majid (Bebas) - 249 (HD)
Mohd Khalid Bin Kassim (Bebas) - 83 (HD)
Ong Yan Foo (Bebas) - 85 (HD)
MAJORITI: 6,824
Jumlah undi: 34,290 | Peratus mengundi: 88.00% | Undi rosak: 541

Video - Azizah: "Kalau Kita Simpati Dengan Pesawat Yang Jatuh Kenapa Tak Bersimpati Dengan Anwar?"

Dasyat sungguh penangan politik Datuk Seri Wan Azizah ni, sampai boleh beliau samakan malah lebih membesarkan simpati kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding penumpang pesawat MH370 yang hilang.

Bersimpati kepada seorang yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana kesalahan meliwat ? Bukankah perbuatan meliwat itu perbuatan keji yang WAJIB dikutuk ? Sedangkan bersimpati kepada penumpang pesawat MH370 itu adalah menjadi kewajipan kepada semua insan, kerana tragedi malang yang menimpa mereka bukannya mereka yang pinta, sebaliknya penyakit nafsu luar tabie Anwar adalah penyakit yang beliau sendiri cari demi kesedapan kepuasan nafsu songsangnya.

Sangat tidak patut untuk rakyat bersimpati kepada penjenayah liwat seperti Anwar, atau apakah kita lihat negara-negara luar bersimpati dalam kes liwat Anwar ini ?. Berapa biji kapal dan pesawat canggih Amerika, Australia, China, Jepun dll telah dihantar ke Malaysia untuk membantu Anwar kerana simpati?
Jika setiap tuduhan atau pendakwaan yang dibuat dimahkamah masing-masing mengatakan ianya konspirasi atau ketidakadilan, huru-haralah negara ini !!! Semua orang tak nak mengaku salah walaupun BUKTI kukuh tanpa sebarang keraguan dan menuntut keadilan seperti Anwar ! Bayangkanlah apa yang akan berlaku kepada negara!!!

Kalau semua pembunuh, perompak, peragut, penyamun, perogol, peliwat macam Anwar dll mengatakan hukuman yang dijatuhkan keatas mereka adalah konspirasi, seterusnya menuntut keadilan, apakah rakyat akan bersetuju dan bersimpati dengan tuntutan itu ?

Kalaupun kita nak bersimpati semasa perbicaraan atau sebelum penghakiman dibuat, oklah, sebab ketika itu masih samar-samar lagi, ini bila dah cukup bukti dan mahkamah dah jatuhkan hukuman, takder maknanya nak bersimpati bagai.

Sama juga macam kes Ketua Puteri Umno Perlis, Zuraidah Zainal Abidin dan seorang ahli perniagaan yang sedang menghadapi tuduhan khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah, apakah penyokong pembangkang bersetuju untuk mengatakan kes itu juga satu konspirasi ?

Kes ini melibatkan Ketua Puteri Umno Negeri, sepatutnya jika UmnoBN yang dikatakan berkuasa mengcampuri sistem kehakiman, penguatkuasaan, tak payahlah bawa kes ni, tutup kes jerlah, ini boleh menjejaskan nama baik parti... Tak gitu ke macai ?

Sama juga dengan kes ini, Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini memerintahkan tiga anggota polis membela diri atas tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Indonesia pada November 2012.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh dan menetapkan 9 Mei ini untuk membela diri.

Koperal Nik Sin Mat Lazim, 34, Konstabel Remy Anak Dana, 26, dan Konstabel Syahiran Romli, 22, dituduh merogol seorang wanita warga Indonesia di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di Butterworth antara jam 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012.

Bagi pertuduhan rogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 377(C) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kenapalah polis tangkap polis, menjejaskan nama baik polis jer, macam mana orang nak percaya dengan polis lagi kalau polis pun perangai macam ni, sepatutnya polis tak perlulah tangkap polis, tutup kes jerlah ! Tak gitu ke macai ?

Adakah semua ini konspirasi  ? Atau yang lain tu betul, bukan konspirasi, yang konspirasi hanya kes Anwar jer ? Bawa-bawalah berfikir !!! Anda Mampu Mengubahnya.

Semalam gua tanya Pengerusi BMB, ada tak peruntukkan jentera maya PRK Kajang untuk sukarelawan ? Tapi diam tak berjawab, gua dengar dia dapat peruntukkan 200k, terfikir jugak adakah badak ni pun penyonglap ? Tapi no hal lah !!! Disebabkan gua sokong UmnoBN, internet gua TM bagi free, semua free !!! hahahaha free, free, free !!! BODOH punya pengerusi BMB !!!

Simpati Azizah - Kes Liwat Anwar Lubang Ekzos Saiful Jentik Berdenting Kata Chegu Bard

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Puteri Umno mengingatkan pengundi Kajang supaya tidak terpedaya dengan bilboard yang memaparkan foto calon PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.

Muhyiddin berkata sebagaimana gambar itu menunjukkan Wan Azizah menagih simpati, tetapi kes liwat II membabitkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada kena mengena dengan BN.

"Mereka kata sebab MH370 cerita tu lebih besar dari (cerita) Datuk Seri Anwar jadi nasib dia tak terbela. Itu sebab (gambar) Datuk Seri Wan Azizah berdoa. Itu tak ada masalah, kita setuju dan kita simpati.

"Dia diberi peluang di mahkamah jadi pertahankanlah di mahkamah. Di luar ni rakyat bukan hakim. Kenapa nak tuduh kita? Beritahu kakak-kakak semua jangan percaya.

"Jangan fikir tengok gambar alahai, guna sentimen, konon tunjuk kezaliman (BN). Itu keputusan mahkamah," katanya.

Itulah yang sepatutnya rakyat tahu, kalau setakat duk dengar temberang pemimpin pembangkang memang selamanya akan meletakkan rasa simpati yang tidak bertempat, sedang nasib sendiri belum tentu terbela, nasib peliwat pula yang nak dipertahankan.

Yang memutuskan Anwar bersalah kerana meliwat ni bukannya UmnoBN, tapi ia diputuskan oleh mahkamah,  Anwar bukannya ditangkap dibawah ISA atau dihukum tanpa bicara, malah diberi peluang membela diri dan menggunakan khidmat peguambela yang dilantik oleh beliau sendiri.

Bukankah Anwar ni hebat berpidato ? Kenapa tak guna kehebatan itu didalam mahkamah ? Disini rakyat mesti faham dimana pidato Anwar dikhayalak umum itu hanyalah dongeng dan cerita rekaan semata-mata tanpa sebarang sokongan bukti yang kukuh.

Didalam mahkamah Anwar tak boleh nak kelentong sembarangan, semua peguam dan hakim ni golongan cerdik yang hanya menerima setiap  dakwaan itu berserta dengan bukti-bukti yang kukuh, setakat cakap jer mahkamah tak terimapakai, kerana semua orang pun boleh cakap, tapi perlulah bersandarkan kepada bukti yang konkrit.

Apa bukti konkrit dalam kes liwat Anwar ni ? Bukti konkrit itu adalah air mani Anwar berada didalam dubur mangsanya yaitu Saiful dan disahkan menerusi ujian DNA. Bagaimana air mani Anwar itu boleh berada didalam dubur Saiful kalau Anwar tidak meliwat Saiful ? Persoalan ini gagal dijawab oleh Anwar dan peguamnya Karpal. Kerana memang tidak ada jawapan lain kepada persoalan itu selain Anwar meliwat.

Tapi tidak adil kalau anda hanya mendengar penjelasan isu dari sebelah pihak, walaupun penjelasan itu adalah penghakiman yang dibuat oleh mahkamah, apa pula isu yang dibangkitkan oleh pembangkang  ? Pembangkang berdalilkan kata-kata tanpa bukti atau lebih tepat lagi disebut sebagai temberang mendakwa mahkamah tidak adil, tuduhan liwat adalah konspirasi UmnoBN.

Menurut Che Gu Bard, "Saudara, benda asas yang kita berpegang... laporan perubatan menyatakan saudara, lubang ekzos itu elok tak berusik jentik berdenting lagi bunyinya... Yang saya faham, yang kawan-kawan faham, lepas peristiwa ni kita cari google liwat tu apa ? Liwat tu mesti dekat ekzos tu lah, dah ekzos tak bocor nak liwat lubang mana ?"

Amboiii!!! Sekali dengar cerdik dan mantop jer asas yang dipegang oleh Chegu Bard ni, mahu tak mantop kalau bercakap sorang-sorang tanpa disoal balas, cakap macam tu dekat budak sekolah rendah mungkinlah budak sekolah percaya, tapi kalau mahkamah.... jauh panggang dari api.

Kalau benar lubang ekzos masih berdenting, ada laporan perubatan bagai, namun mahkamah sengaja tak pakai bukti itu kerana ia satu konspirasi!!! 
Buktikan!!! 
Bariskan barisan peguam yang bernaung dibawah majlis peguam dan bangkit menyatakan ketidakadillan itu supaya sistem kehakiman dapat diperbetulkan, biar rakyat tahu bahawa pengamal undang-undang turut memprotes ketidakadillan sistem mahkamah terhadap perbicaraan keatas kes liwat Anwar Ibrahim.

Biar rakyat tahu bahawa bukan Anwar dan Azizah saja yang menagih simpati dan menuntut keadilan itu, malah majlis peguam juga senada dengan mereka, lagipun majlis peguam ni ok dengan mereka, langsung tiada kaitan dengan UmnoBN. Ada brannnnnnnnnnnnn???

Malangnya, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong dalam kenyataanya semalam antara lain berkata hukuman terhadap Anwar itu tidak wajar kerana perbuatan itu dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang yang sudah dewasa.

Christopher mendakwa bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan itu meletakkan liwat hanya diguna pakai sekiranya perbuatan itu atas dasar secara paksaan dan dalam kes Anwar, ia berlaku atas dasar kerelaan mangsa. Selanjutnya klik Mstar Online.

Menerusi kenyataan Presiden Majlis Peguam, bahagian mana yang anda tak jelas ??? Anda Mampu Mengubahnya.

Bila air mani bertukar menjadi air mata, meliwat pun mula bertukar menjadi suka sama suka

'Kalau Menang, Saya Sendiri Hulur Bantuan Bukannya Melalui Orang Tengah' - Mei Fun

KAJANG - Calon BN bagi PRK Dun Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun berjanji sekiranya beliau menang, bantuan kepada masyarakat Kajang akan diberi menerusi dirinya sendiri bukan melalui orang tengah.

Jelasnya, pendekatan itu berbeza dengan kebanyakan wakil rakyat lain, yang lazimnya memberi bantuan menerusi 'orang lain'.

Sebaliknya kata Mei Fun, beliau akan memberi bantuan melalui tangannya sendiri.

"Saya di sini dengan rendah diri mohon restu semua supaya menyokong saya dalam PRK Dun Kajang nanti.

"Saya berjanji untuk bekerja keras serta mainkan peranan sebagai Adun yang kompetetif sekiranya menang.

"Senang didampingi dan senang untuk dihubungi. Saya berjanji untuk memberi bantuan kepada masyarakat dengan sendiri bukan melalui pembantu atau setiausaha saya," katanya ketika majlis Sepetang Bersama Anggota Rela Daerah Hulu Langat di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang.

Turut hadir dalam majlis ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia, Datuk Mustafa Ibrahim dan Pengarah Rela Selangor, Mehat Ahmad.

PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara, iaitu Chew yang mewakili BN dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu.

Video - Anwar: Takder Selera Nak Makan Sekarang Kita Istihar Perang

Selepas keputusan PRU13 diumumkan, pelbagai tuduhan dilontarkan oleh Anwar Ibrahim dan mendakwa SPR tidak telus, isu pengundi hantu bangla, dakwat kekal, blackout dsbnya telah dicanang diseluruh negara sekaligus mereka mengadakan perhimpunan demi perhimpunan.
Menjelangnya pembukaan parlimen dan majlis angkat sumpah, penyokong pembangkang terus istiqamah dan membuat demontrasi diluar parlimen mendesak supaya pemimpin mereka memboikot atau tidak mengangkat sumpah.
Ketika mana penyokong yang terpedaya dengan fitnah mereka bermati-matian diluar parlimen, alangkah betapa pilu dan tragisnya apabila melihat Anwar pula sedang bergurau ketawa didalam parlimen bersama musuh-musuhnya tanpa sedikit pun menghiraukan kesetiaan penyokong mereka.

Namun diatas perjuangan suci Anwar yang dikatakan berjuang demi rakyat, Anwar sekali lagi mengistiharkan perang kepada UmnoBN.  

"Kami takder selera nak makan dengan puak-puak tu, dia hina kita, dia tikam kita, dia terajang kita, dia tipu rakyat, dia curi tanah, dia curi balak, dan kemudian nak suruh......  hahaha apa khabar ? no way, sekarang kita istihar perang dengan Umno dan Barisan Nasional".

Agak  menghairankan otak-otak yang berakal apabila kata-kata itu terpaculnya bermusim, tidak konsisten, sekali perang sekali bergurau ketawa, sekali depan sekali belakang, sekali berselera perempuan sekali jantan, sedangkan ketika penyokong  beliau sudah mengistiharkan perang berguling-guling, Anwar masih lagi berselera untuk makan dengan puak-puak tu

Adakah ketika itu puak-puak tu belum hina, tikam, terajang, tipu rakyat, curi tanah,  curi balak ???

Relevankah perjuangan yang dikatakan untuk kepentingan rakyat hanya mengistiharkan perang dan tidak berselera makan dengan puak-puak tu selepas beliau didijatuhkan hukuman penjara 5 tahun ? 

Hukuman penjara kerana gagal memberi hujah yang kukuh  atau menimbulkan keraguan kepada mahkamah akan bagaimana AIR MANI beliau boleh berada didalam dubur Saiful,  siapa yang menjolok atau memasukkan anuWar sehingga air maninya itu ditemui didalam dubur Saiful ?

Masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin, apatah lagi air boleh keluar kalau tidak dihenjut digoncang!!! Kerana air mani Anwar, air mata Azizah dipertaruhkan... Itulah Anwar Ibrahim, omongnya kosong, tapi ramai yang terpegun! Anda Mampu Mengubahnya.

Jika rakyat Kajang memilih air mata, maka dapatlah airmata!!!

PR Berkempen Secara Tidak Sihat Dan Tuduh Perkara Tidak Berasas - Mei Fun

KAJANG - Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun kecewa dengan tindakan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP yang menyebarkan maklumat dalam kempen Pilihan RayaKecil (PRK) Dun Kajang bahawa beliau akan menutup sekolah Jenis Kebangsaan Cina jika dipilih rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Menurutnya, parti pembangkang mengambil pendekatan berkempen secara tidak sihat dan menuduhnya dengan perkara yang tidak berasas.

“Kita tidak pernah menyebut mahu menutup sekolah itu tetapi kita mengikut permintaan PIBG untuk pindahkan sekolah itu dari tapak 0.8 ekar kepada 6.3 ekar.

“Sekarang sekolah itu lebih besar, lebih kondusif dan sesuai untuk bilangan murid yang ramai dan kini telah pun dibuka semula dengan bilangan murid seramai 307 orang," katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Jamek Bandar Kajang, semalam.

Mei Fun pada masa sama meminta semua pengundi Kajang tidak mempercayai dakwaan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina akan ditutup jika beliau menang.

“Saya sendiri belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Bila mereka cakap saya akan tutup semua sekolah Cina memang tidak berasas. Orang ramai tidak akan percaya kerana latar belakang saya.

“Saya selalu mencari pendekatan atau cara untuk memperkuatkan lagi budaya Cina termasuk budaya lain, kerana kita harus wujudkan masyarakat yang harmoni dan muhibah,” katanya.

Mei Fun turut menyelar tindakan pihak yang sengaja menurunkan posternya sekali gus melabelkan perbuatan itu sebagai bukti kempen tidak sihat yang diamalkan PR.

“Tindakan itu memang tidak boleh diterima kerana kalau kita mahu bertanding kita kena bertanding secara sihat.

“Kalau tindakan ini diteruskan ia akan menjejaskan dan mencemarkan kempen,” katanya. -Sinar Harian

Rakyat Kajang Tanya Azizah Kalau Anwar Tak Hentam Kenapa AirNya Berada Dalam Tu...!

KAJANG - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diyakini mampu mencetuskan kembali 'semangat 1998' dalam usaha meraih simpati rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac depan.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berkata, pemilihan Wan Azizah sebagai calon adalah bertepatan khususnya dalam dalam membangkitkan emosi rakyat.

"Apabila calon di Kajang kita gantikan dengan Datuk Seri Wan Azizah, ia sebagai langkah mengembalikan sentimen emosi 1998," katanya ketika ditemui di sini, Rabu.

Itulah kerja pembangkang, rakyat mesti sedar pembangkang hanya bertujuan untuk membangkitkan emosi rakyat semata-mata demi mereka mendapatkan kuasa untuk bermaharajalela, tidak lebih dari itu.

Persoalannya apakah rakyat masih bersimpati terhadap peliwat sehingga sanggup menyokong kumpulan peliwat untuk menjadi pemimpin ? Meliwat ni adalah kerja iblis yang akan mendapat laknat, meliwat sangat berbeza dengan melawat, jangan kita memandang ringan, hakikat itu semua orang mesti menyedarinya.

Bila ditanya kepada pembangkang, kenapa Anwar tak berani bersumpah kalau beliau benar-benar tidak meliwat ? puak pembangkang akan menjawab, kalau bersumpah itu boleh menentukan seseorang itu bersalah atau tidak ? Apa gunanya ada mahkamah ?, Jadi tidak ada keperluan untuk Anwar bersumpah, tunggu saja perbicaraan mahkamah!

Bila dibicarakan dimahkamah, bersama bukti-bukti kukuh pihak pendakwaan berjaya membuktikan Anwar seorang peliwat seterusnya panel hakim menjatuhkan hukuman penjara keatas Anwar, namun kali ini mahkamah pula yang dipersalahkan dan mereka mendakwa mahkamah tidak adil dsbnya. Sebaliknya mahkamah hanya dikatakan adil apabila keputusan berpihak kepada mereka.

Justeru, tak patut rakyat nak bersimpati diatas penghukuman perbuatan maksiat, lebih-lebih lagi maksiat luar tabie, kerana simpati itu tidak bertempat dan samalah juga dengan perbuatan meliwat yang turut tidak bertempat.

Perlu difahami, setiap penghakiman yang dibuat oleh mahkamah adalah terlalu rumit, ia mengambil kira setiap sudut, tanpa bukti yang kukuh atau diragui nustahil seseorang itu boleh disabitkan kesalahan, sebab itu jugalah  kebiasaan kita dengar ramai yang terlepas daripada hukuman biarpun secara zahirnya ia bersalah, tapi selagimana bukti-bukti yang ada belum cukup dengan spesifikasi yang panel hakim tetapkan, mahkamah tidak akan sewenangnya menjatuhkan hukuman, lagipun kalau peguam no 1 belit pun gagal membela atau menimbulkan keraguan, faham-faham jerlah.

Oleh kerana setiap tuduhan memerlukan bukti yang sangat kukuh, cuba bayangkan adakah logik tuduhan konspirasi yang didakwa itu sehingga ke peringkat mahkamah ? Sebelum itu perlu juga diketahui bukti apa yang boleh mensabitkan Anwar bersalah ! Adakah hanya bukti pengakuan mangsa liwat semata-mata ? Kalau bukti tu setakat kedai kopi bolehlah, dalam mahkamah belum cukup lagi.

Tapi bilamana bukti air mani yang disahkan melalui ujian DNA itu milik Anwar berada dalam blackhole Saiful, cuba fikir macammana air mani Anwar boleh berada dalam 'blackhole' Saiful kalau Anwar tak balun belakang Saiful?. Tak dan nak mikkir ?

Apakah ada individu lain yang meletakkan air mani Anwar didalam 'blackhole' Saiful ? Air mani ni bukan macam air liur tuan-puan ? Air mani ni sejenis cecair yang hanya akan terhasil dalam keadaan tertentu apabila kita atau Anwar....... Setiap anda yang baligh tahu hanya dengan cara macammana air mani tu boleh dikeluarkan, bukan senang wooo, manyak susah.....

Sekali lagi bayangkan adakah logik konspirasi itu sehingga ke peringkat mahkamah?, sedangkan dimahkamah itu juga Anwar berpeluang membela dirinya dan menggunakan khidmat peguambela bukannya beliau dihukum tanpa bicara.

Atau bagaimana yang penyokong pembangkang fikir dan Azizah sendiri fikir ? Sebelum mahkamah jatuhkan hukuman masih boleh kita bersangka baik lagi, tapi bila mahkamah tetapkan keputusan dan kita pun tahu proses ketelitian mahkamah  sebelum membuat keputusan, kalau tak percaya dan tak boleh fikir memang saja nak sokong suku sakat dan boneka peliwatlah.....Kalau dah buta hati begitu, cakap macammana sekalipun tak der gunanya.. Anda Mampu Mengubahnya.- Bersambung

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang Anwar tidak menentu,
Kajang Pak Malau kajang bertempat,
Kajang Anwar adakalanya belakang juga mahu.....

Suruh bersumpah tak nak, nak berbicara kat mahkamah, sudah bicara kat mahkamah, terbukti bersalah, cakap pulak mahkamah tak adil. Serba-serbi tak kena.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...