TMJ VS Nazri Diingatkan Anak Johor Bukan Batang Pisang


Mengapa begitu terliur sekali Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz untuk memberi ulasan biadab  lagi beramaran terhadap Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ?

Apakah Nazri ingin memperlihatkan kepada rakyat bahawa kalau anak Sultan selaku Tengku Mahkota pun pemimpin UMNO boleh beri amaran dan nafikan haknya untuk bercakap apalah sangat rakyat jelata?

Sungguh malang adanya seorang pemimpin Melayu seperti Nazri  yang sepatutnya memberi contoh dan tauladan yang baik kepada masyarakat khasnya bukan Melayu apabila berdepan dengan institusi diraja melakukan perkara sebaliknya.

Tanpa sedikitpun dilihat punyai rasa hormat terhadap raja dan institusinya dengan berani dan angkuhnya Nazri berkata,

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.

"Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah," katanya dalam sidang media di Universiti Malaya minggu lalu.

Beradabkah kata-kata seperti itu diucapkan oleh seorang pemimpin Melayu terhadap rajanya? Kenyataan yang bagaimanakah dibuat oleh TMJ sehingga Nazri begitu sensitif untuk lantas bangkit menghunus keras rajanya.
Adakah kenyataan TMJ itu selayaknya direspon sedemikian rupa oleh Nazri ? Saya tidak melihat sepatah katapun dibuat oleh TMJ itu bersifat politik atau untuk bermain politik, apa yang diungkapkan TMJ adalah satu realiti berhubungkait dengan kepentingan negara yang sememangnya telah berlaku dan memberi nasihat secara umum tanpa mempalitkan nama mana-mana pemimpin untuk dibahankan.

Takkanlah kenyataan seperti itu pun nak dijadikan kudis oleh pemimpin Melayu UMNO sekaligus berkobaran untuk berentap dengan institusi yang selama ini disanjung-sanjung. Kalau nak bersuara sikitpun tak boleh! Urmmmm.........

Lainlah kalau TMJ keluar kenyataan yang menyerang kerajaan, UMNO atau berunsur fitnah atau menyentuh peribadi atau bersifat mengaibkan maruah PM, seperti Altantuya, kemewahan FirstLady dll. Mungkinlah kenyataan Nazri seperti itu boleh dianggap relevan.

Namun kenyataan keterlaluan Nazri itu ibarat percubaan beliau bermain api, langsung tidak memikirkan akan sensitiviti rakyat Johor, memandang Raja dan rakyat Johor dengan tidak ada mata dan kepentingan, hal yang kecil sengaja cari pasal untuk diperbesarkan  seolah-olah ingin menunjukkan beliau 'lebih' dari apa yang ada pada seorang raja... Anda Mampu Mengubahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...