Nik Aziz: Dekat Nak PRU Penceramah PR Mesti Guna Ayat Al-Quran

DUNGUN – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu penceramah mewakili partinya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran yang sesuai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurutnya, berdasarkan keadaan negara yang kian menghampiri pilihan raya umum, beliau mengingatkan kalangan penceramah menggunakan ayat-ayat al-Quran bagi menterjemah kepada rakyat mengenai pembentukan kerajaan Islam.

“Apabila ceramah (kita) kena sebut ayat al-Quran. Sekarang ini dekat dengan hari mengundi, (jadi) bacalah ayat sesuai berhubung membentuk kerajaan Islam,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno (PGU) 6.0, di Paka, kelmarin.

Beliau menjelaskan, sebagai penceramah dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, penggunaan ayat-ayat suci al-Quran digalakkan sebagai penegasan kepada rakyat sesuai dengan perkembangan semasa.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan Umno sebagai sebuah parti yang tidak layak menjadi jentera Islam.

Beliau yang sebelum ini turut melabelkan Umno sebagai sebuah parti murtad menjelaskan bahawa parti itu tidak mampu memimpin rakyat ke arah bertakwa kepada ALLAH atau ‘ittaqullah’.

“Umno tak layak nak pimpin rakyat ke arah ittaqullah dan untuk melaksanakannya perlu dibuat oleh parti Islam dan tiada parti yang seumpama itu melainkan Pas,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno 6.0 di Paka, di sini, kelmarin.

Beliau menjelaskan, hanya Pas yang mampu membawa rakyat ke arah seruan tersebut kerana mendakwa Umno awal-awal lagi menolak Islam.

“Pas ada wadah dan jentera untuk laksanakan seruan itu dan kita yang paling layak untuk menunaikan seruan itu seperti mana yang diminta oleh khatib ketika membaca khutbah setiap Jumaat dan bukan Umno,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut mendakwa Umno tidak boleh terus bergantung kepada perjuangan bersifat kebangsaan.

Beliau turut mengaitkan slogan ‘hidup Melayu’ sama sekali tidak sesuai dilaungkan dalam masjid, tidak sebagaimana laungan takbir yang sering kali diucapkan pemimpin dan pengikut Pas.

“Tidak boleh ucap ‘hidup Melayu’ dalam masjid. Bagaimana sekiranya ada Cina Muslim atau India Muslim dalam masjid. Tidak boleh kebangsaan, tidak boleh Arab, Melayu, Cina. Semua sama. Lebih lagi apabila Melayu tunjuk perangai jelik dengan menonggeng punggung,” katanya.

- Kalau Melayu tunjuk perangai jelik dengan menonggeng punggung tak der masalah, sebab yang rosaknya adalah Melayu bukannya Islam, ada apa dengan Melayu ? tak der apa-apa pun, tapi bagaimana kalau pemimpin yang menggunakan nama Islam duk selak kain orang seperti pemimpin Pas yaitu RAZAK ABAS ? Bukankah merosakkan Islam ?

Kalau Nik Aziz tak jelas, tengok aksi video dibawah, muslimah yang kononnya berjuang Islam didalam Pas, bertudung labuh, tapi perangai macam kepala bu#@$.

3 comments:

  1. Pakcu Rantau Panjang12/17/2012 8:56 AM

    Ish..ish hebat juga kumpulan koir PAS dalam video klip diatas tu..nampak-nampak boleh jadi JOHAN IDOLA KECIL PRU 13 kot.......

    ReplyDelete
  2. Sejak dua menjak ni Kebangkitan pas dah jadi Kejatuhan pas.. kutipan derma semakin kurang. Kehadiran ceramah turun mendadak walaupun Nik Aziz sendiri yang datang.

    Nak kata kempen kurang, mustahil.. daripada sepanduk, kain rentang, banner dan sakelar semua ada..

    Apa nak di kata..oh

    ReplyDelete
  3. poknik cuma nk sdpkn hati sndiri tu..rakyat yg xdibutakn pas masih bole menilai antara intan da permata...subhanallah...
    berapa bnyk masjid yg dibina oleh kerajaan barisan nasional..dan berapa bnyk.pulak masjid yg didirikn oleh pas...??

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...