Ujian Allah Bangkitkan Semangat Membongkar Kerajaan Pas Kelantan Bertopengkan Islam

Ujian Allah telah menyemarakkan kembali perjuangan untuk menuntut keadilan dari kerajaan yang berselindung disebalik nama Islam di negeri Kelantan, kenapa Pas wajib ditentang ? Kerana Pas menyeleweng dan memburukkan nama Islam dengan sikap pemimpinnya yang tidak mengikut kehendak Islam yang sebenar-benarnya.

Ketahuilah, wang dan harta benda tidak akan boleh memberikan keberanian dan membangkitkan semangat yang kental dalam kita meneruskan sebuah perjuangan, wang hanyalah sebagai satu alat yang digunakan bagi meneruskan aktiviti perjuangan bukannya untuk membangkitkan semangat juang.

Bertitik tolak perkara itu diatas melalui ujian yang Allah berikan, sekali lagi Gk bersama keluarga terpaksa melalui detik sebagai pelarian dibumi sendiri apabila telah diarahkan berpindah daripada rumah yang sedang disewa ini disebabkan sebagaimana yang Gk telah tulis sebelum ini. Rujukan.

Mencari kedamaian di rumah kampung disebalik menghirup udara yang segar ini nampaknya bertahan setahun cuma, keghairahan untuk menyewa rumah kampung adalah berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab kerajaan Pas Kelantan menerusi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) apabila telah membenarkan bengkel mengecat kereta beroperasi dikawasan kediaman yang jaraknya hanya 4 kaki sahaja daripada rumah.

Hasil dari beroperasinya bengkel berkenaan, ia secara langsung telah memberikan kemudaratan kepada kesihatan disamping mengganggu ibadah berpuasa terutamanya pada bulan Ramadhan. Ini kerana, bau cat atau 'spray' kereta daripada bengkel berkenaan pastinya akan melugakan anak tekak sesiapa sahaja yang terhidunya dan sekaligus sentiasa berkeadaan meludah.

Rasanya tak perlu Gk nak jelaskan secara panjang lebar mengenai kemudaratan yang terhasil daripada bengkel mengecat dan mengetuk body kereta ini, kerana Gk yakin sahabat pembaca semua dikalangan orang-orang yang bijak bahkan jauh lebih bijak daripada Exco bodoh yang dilantik dibawah kepimpinan ular dalam semak yang memegang portfolio berkaitan isu ini.

Untuk makluman juga, Gk pernah membuat aduan terus kepada wakil rakyat Pas pada tahun 2011 bahawa aktiviti perniagaan mengecat kereta itu mengganggu kesihatan keluarga terutama anak yang baru dilahirkan, namun sehingga hari ini tidak ada sebarang tindakan biarpun wakil rakyat itu serta pegawai MPKB-BRI ada membuat lawatan di lokasi berkenaan, sepertinya ada yang tidak kena yang sudah berlaku diperingkat pentadbiran...

Sungguhpun begitu Gk tidak meletakkan kesalahan ini 100 peratus kepada wakil rakyat tersebut, bahkan berterima kasih kerana sudi menjenguk kepada permasalahan ini, cuma Gk turut mengesyaki Exco atau pegawai berkaitan telah diberi makan sekenyangnya, ini kerana perniagaan yang mendatangkan mudarat dan bahaya kepada kesihatan itu tetap kebal bertahan walaupun berpuluh kali laporan telah dibuat oleh beberapa orang penduduk dan juga penyewa premis berdekatan baik laporan secara rasmi atau sebaliknya.
Diatas hal itulah antara faktor Gk terpaksa berpindah dan bertekad untuk menyewa rumah kampung bagi  menjamin kesihatan yang lebih baik.

Diatas isu itu juga serta beberapa isu lain (isu yang dialami sendiri) Gk  merasa terpanggil diatas tanggungjawab seorang umat Islam untuk bangkit membongkar topeng pemerintahan yang berselindung disebalik Islam menerusi alam maya ini sehabis daya, demi memberitahu semua siapa sebenarnya pemimpin-pemimpin Pas itu.

Ketahuilah  sahabat pembaca sekalian, dengan jujur hati yang tulus ikhlas, dapatkah anda percayai bahawa sebuah kerajaan yang benar-benar menerapkan nilai-nilai Islam boleh memandang enteng akan perkara yang melibatkan kemudaratan umat yang bersabit dengan ibadah dan juga kesihatan ini ?

Bukannya kita menuntut perkara yang tidak patut dituntut atau melampau atau juga perkara yang boleh disifatkan sebagai pentingkan diri sendiri, kita merasakan apa yang diminta itu adalah satu hak yang WAJIB diselesaikan oleh pemerintah atau  pemimpin yang bergegar-gegar mengaku memperjuangkan Islam secara adil dan saksama. Terlalu sukar untuk menjadi insan yang baik dan bertolak ansur, tidak bertolak ansur lagikah permintaan kepada  seorang YB seperti print screen dibawah didalam usaha menyelesaikan perkara ini. ?
Dimanakah Islamnya ? Bangkitlah dan sedarlah saudara-saudaraku rakyat Kelantan, jikalaupun anda tidak ingin mengundi BN, jangan sesekali memberi peluang kepada Pas untuk berkuasa, sesekali ianya perlu diajar supaya tidak terlalai dan rakyat pula tidak terus taksub terabai dengan umpan pahala dan syurga, kerana syurga dan pahala itu milik Allah buat hambanya bukan milik Nik Aziz untuk rakyatnya.

Islam memandang dan memberi pengadilan keatas semua perkara, menggunakan nama Islam dengan tidak mengikut kehendak Islam hanyalah akan merosakkan Islam semata-mata.

Revolusi kebangkitan sedarkan umat hampir bermula, Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

1 comment:

  1. PAS Laknatullah.. puak MUNAFIQUN yang memerintah PAS.. apakan daya SIHIR kata2 mereka masih membutakan lagi ramai rakyat Melayu Kelantan..
    Doalah semoga kerajaan TOGHUT PAS ini tumbang di Kelantan dan Kedah. Kedah rosak teruk dgn aktiviti mksiat dan kerosakan alam sekitar serta pengurusan perbandaran yang lemah. MB yg keras hati dan bebal Azizan Razak penuh dengan loyar buruk dan samseng. KUIN dijadikan insitusi peribadi MB, pentadbiran negeri dikronikan sepenuhnya.

    Inilah MUNAFIQUN PAS!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...