Cadangan Tun Daim Sepi, Hadkan Jangka Hayat Jawatan Ketua Pengarah Yang Berstatus Prof Kangkung

Kelmarin media melaporkan mengenai cadangan Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin supaya kerajaan menimbang untuk memansuhkan Permit Import (AP), dasar yang diperlukan untuk mengimport kenderaan, bagi membantu mengurangkan kos rakyat untuk memiliki kereta di Malaysia. Rujuk disini.

Bagaimanapun setakat ini belum ada lagi mana-mana pemimpin yang tampil sebagaimana rutinnya bagi memanjangkan cadangan tersebut.

Sebelum ini cadangan telah dikemukakan oleh Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon supaya jangka hayat kenderaan dihadkan kepada 12 tahun. Alasannya adalah "Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun," dan selepas tempoh itu ia tidak lagi selamat untuk digunakan, expired date-lah katakan!

Namun Menteri telah menolak cadangan tersebut, lantaran penolakkan itu, ia bertambah baik jika disusuli dengan mengehadkan tempoh jangka hayat bagi jawatan KP yang disandang oleh Prof kang kong, Prof kang kong yang tidak punyai idea selain penyelidikkan tidak konkrit dan tak masuk akal atau tidak relevan dengan situasi semasa.
Sebagai rakyat kita seharusnya sensitif dengan cubaan untuk menambahkan beban khasnya melibatkan isu kereta,  ini kerana seperti yang umum ketahui, untuk memiliki sebuah kereta rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan yang sangat tinggi.

Antaranya rakyat perlu membayar duti eksais, duti import, cukai jualan serta cukai jalan. Dengan cukai-cukai berkenaan ia turut menjadikan Malaysia sebagai negara kedua paling mahal untuk membeli kereta.

Rakyat juga turut membayar tol selain memperbaharui cukai jalan pada setiap tahun. Apakah dengan kos cukai sebegitu rupa yang ditanggung oleh rakyat ingin pula dicadangkan had jangka hayat kenderaan ? Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. nasib baik la cukai pintu tidak turut dikenakan ke atas kereta. bayangkan sebijik kereta ada 4 pintu, kalau kena cukai.... dah la kena bayar cukai jalan, cukai jualan, duit import, duti eksais.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...