Kereta Lama Timbang Kati - Pemimpin Berstatus Menteri Perlu Lebih Cerdik Dari KP MIROS

Semenjak dua tiga empat menjak ini rakyat Malaysia keletihan kerana sering mendengar kenyataan-kenyataan yang membengkakkan, daripada subsidi minyak dikurangkan, subsidi gula dimansuhkan elak kencing manis, terbaru kereta berusia lebih 12 tahun pula tidak selamat untuk berada di jalan raya.

Apa lagi melatahlah rakyat, bab kata orang Kelate "Tak dan puas nak bernyawa, lepas sekaro-sekaro", kalau yang menggembirakan takper sebaliknya yang menyakitkan. Bandingkan dua kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin yang dikatakan mewakili rakyat. Satu kenyataan boleh disifatkan sebagai mendesak dan satu kenyataan lagi lebih berhati-hati dengan mengambil kira kos sara hidup rakyat.
Jika rakyat melatah dengan kenyataan pertama itu, ia sememangnya wajar, lebih-lebih lagi mereka yang berniaga kereta terpakai, dalam situasi hari ini pemimpin perlu lebih banyak guna 'kepala otak' berbanding 'kepala lutut' bila mengeluarkan sesuatu kenyataan yang bersifat 'penemuan baru' yang tidak untungkan rakyat, jika pemimpin sembrono keluar kenyataan maka rakyat juga akan sembrono maki pemimpin.

Pemimpin yang berstatus Menteri mesti kena lebih cerdik daripada Ketua Pengarah Miros, keadaan politik dalam negara pun kena diambil kira, jangan tahu nak kira 'penemuan baru' semata-mata, sejauh mana kredibiliti Miros ?, adakah dunia mengiktiraf penyelidikkan Miros ? Kena tengok juga realiti dan logik yang berlaku, samada kereta berusia melebihi 12 tahun itu benarkah lebih berisiko berbanding dengan sikap pemandu itu sendiri.

Sebagai contoh, kalau kereta berusia lebih 12 tahun ini dijaga dengan baik dan dipandu secara berhemah, manakala kereta baru berusia satu hari dipandu secara melulu, apakah risiko kemalangan kereta berusia lebih 12 tahun itu lebih tinggi?

Rujuk kembali kenyataan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon berkata kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.

"Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun,"

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah menyaksikan ujian perlanggaran sebuah kereta berusia 23 tahun pada kelajuan 64 kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap pemandu dan kenderaan itu.

Sebagai contoh, Dr Wong berkata kenderaan seperti teksi mempunyai jangka hayat selamat yang lebih pendek iaitu lima tahun disebabkan penggunaannya melebihi 12 jam sehari berbanding kereta lain.

"Kereta lama mempunyai daya menyerap tenaga perlanggaran lebih rendah berbanding kereta baharu dan daya tersebut kemudian dipindahkan kepada penumpang sehingga menyebabkan kecederaan teruk yang boleh mengundang risiko kematian," katanya.

Setakat kajian macam tu bukan prof pun tahu, barang lama dengan barang baru memanglah..., barang baru dia masih bergetah tah tah, tapi tak semestinya yang lama tu tak selamat, ujian perlanggaran pula dibuat keatas kereta yang berusia 23 tahun, kenapa tak buat keatas kereta yang berusia 12 tahun.

Tambahan pula kenyataan beliau dilihat lebih menjurus kepada penyingkatan usia kenderaan, beliau sebut teksi mempunyai jangka hayat selamat yang lebih pendek iaitu lima tahun disebabkan penggunaannya melebihi 12 jam sehari, tapi beliau tak sebut pula jangka hayat kenderaan yang jarang digunakan. Maksudnya kalau jangka hayat teksi 5 tahun, kemudian kereta yang digunakan secara biasa 12tahun, berapa tahun pula bagi jangka hayat kereta yang jarang digunakan atau hanya digunakan pada hari minggu sahaja ?

Saranan berkenaan langsung tidak masuk akal, tak perlu dikaji secara mendalam pun dah tahu memang tak boleh pakai punya, sebagai contoh, saya guna V6 tahun 2001, kereta masih ok, tapi usia kereta ni dah 12 tahun, loan pula ada lagi 3 tahun, kalau timbang kati balance loan 3 tahun lagi tu Miros nak bayar ke ?
Kesimpulannya Menteri tak perlu ambil 'pot' dengan saranan Miros ini, sama jugak ada Miros ke tiada Miros ke kemalangan tetap berlaku, Miros ditubuhkan pada tahun 2007, melihat kepada statistik kemalangan dibawah tiada apa yang boleh dibanggakan biarpun 'penemuan baru' seperti memakai tali pinggang belakang telah pun diperkenalkan. Anda Mampu Mengubahnya.

3 comments:

  1. tak dak masalah dengan pernyataan beliau baca dan fahamkan betul2, miros yang cakap pasal 12 tahun tak selamat bukan dia yang kata, dia cuma suruh jpj buat pertimbangan dengan teliti bukannya dia cakap jpj kena laksanakan segera cadangan miros tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Kadang-kadang manusia terlebih cerdik pun susah juga. Tak paham bahasa pun lagi susah..

      Delete
  2. pemangku menteri pengangkutan kata peraturan 'melupuskan kenderaan lebih 12 tahun' tak akan dilaksanakan (baca tak jadi!). so, tutup kes. biarlah yang bengong, yang bangang dan yang otak duduk kt lutut tu teruskan kajian lain pulak demi utk menyusahkan rakyat dan membuatkan najib tak tidur lena...sian najib.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...