Kenyataan Setiausaha Ulama Muda Umno
Mohd Radzi Othman yang menyifatkan wanita bertudung dalam perhimpunan
bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan pada 1 Mei lalu sebagai pelacur,
bersifat peribadi, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
"(Ini)
tidak melambangkan pendirian Umno atau Pemuda Umno," kata Khairy kepada
pemberita selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang 2014 Yayasan
Pendidikan Titiwangsa kepada 324 pelajar, di sini pada Khamis.
Susulan
kenyataan yang dibuat Mohd Radzi menerusi laman Facebook pada 2 Mei
lalu, beberapa pihak membuat laporan polis terhadapnya.
Melihat
kepada kenyataan-kenyataan menghina dan angkuh yang dikatakan datangnya dari
Ulamak muda Umno, tak sangka pula KJ merestui kenyataan itu sebagai pendapat
peribadi, maka bermulalah era yang ada ulamak
terompah fatwa sesuka hati ni, rupanya didalam Umno pun ada yang lebih
dasyat dari itu.
Sungguh
memalukan, macammana kenyataan zaman batu itu boleh diterima sebagai
kenyataan peribadi oleh KP Umno yang bermentaliti 'Oxford' ? Seakan ada
sesuatu yang tidak kena....
Tak
masuk akal parti yang punyai standard 'KPI' boleh membiarkan ulamak
muda mereka mengeluarkan kenyataan seperti itu, merestui penghinaan dan
politik biadap sebagai bersifat peribadi, penghinaan ulamak muda keatas
peserta demontrasi dilihat seiring dengan apa yang pernah dilakukan KJ
pada 2007 yang turut menggelarkan peserta demontrasi sebagai 'beruk jalanan'.
Diatas
penghinaan dan politik keangkuhan itulah antara faktor penyumbang yang
mendekatkan rakyat kepada UmnoBN, jadi tidak hairanlah jika PRU 12 lalu
BN menang besar dan bergaya diseluruh negara.....
Dengan
terbuktinya perencah 'syok sendiri' dari 'Oxford' ini benar-benar
menyelerakan rakyat, maka sekali lagi ianya disajikan, tidak dinafikan,
mungkin sebahagian penyokong totok
Umno bersetuju dengan perumpamaan sehina itu, namun apa pula tanggapan
masyarakat awam ?. Adakah generasi hari ini boleh menerima perumpamaan
hina seperti itu.
Sebelum
ini politik 'sembang gegar' dan menghina bukan menjadi budaya Umno,
malah pemimpin UmnoBN lebih dikenali dengan bekerja bukannya hebat
bercakap tapi hebat melaksana.
Disamping itu, darisegi
psikologi generasi hari ini ia lebih cenderung kepada sesuatu yang
bersifat 'simpati' bukannya angkuh mendada menghina dan memaki.
Kenyataan 'extreme' terlalu sukar untuk diterima oleh golongan muda
masakini selain ia hanya membawa kepada perpecahan sebagaimana yang
telah dilakukan oleh Pas pada satu ketika dulu.
Sepatutnya
kepimpinan muda Umno yang bertunjangkan pemikiran 'Oxford' perlu
membawa pembaharuan didalam politik negara selari dengan peredaran zaman
bukannya recyle atau mewarisi cara lama pihak pembangkang.
Tindakan
orang-orang politik yang berselindung sekaligus mempergunakan agama
untuk tujuan politik sudah dibuktikan oleh Pas dimana ianya memberi
kesan buruk kepada masyarakat, sehingga pada satu ketika dulu umat Islam
saling kafir mengkafir antara satu sama lain hanya disebabkan perbezaan
fahaman politik semata-mata.
Adakah
dengan mengeluarkan kenyataan menghina itu mampu mengurangkan rakyat
dari menyertai demontrasi ? Atau kenyataan itu akan mendekatkan rakyat
kepada UmnoBN ? Darisegi politik, apa untungnya Umno selepas kenyataan
menghina itu dilemparkan.
Kalaupun
tidak bersetuju dengan peserta demontrasi, atau demontrasi itu dianggap haram hukumnya, perlukah untuk disamakan
dengan pelacur ? Bagaimana pula dengan perkara haram yang lain ? Sebagai contoh tidak menutup aurat yang mana semua ulamak sependapat mengatakan membuka aurat adalah haram, adakah semua kepimpinan Umno dan isteri sempurna dalam bab itu ?
Bagaimana jika pembangkang atau masyarakat mengambil pendekatan yang sama digunakan oleh ulamak muda Umno dalam mengumpamakan perumpamaan hina keatas pemimpin Umno dan isteri yang kurang sempurna dalam bab menutup aurat ?
Adakah ulamak muda ini akan redha ? Atau itulah yang sebenarnya didambakan ? Selepas beberapa hari peserta demontrasi diumpamakan sebagai pelacur, hari ini ulamak muda Umno mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan aurat, yang dititikberatkan beliau adalah aurat bukan Islam yang berkisar kepada 'sempit' dan sendat'. Katanya:
Dan yang "menariknya" adalah mahasiwi Cina UM suka memakai pakaian yang sempit dan sendat juga!
Lalu apakah adil ketika lelaki Islam di hukum kerana merogol lantaran "tidak tahan melihat amoi Cina" walhal pintu maksiat masih terkangkang luas?
Lalu apakah adil ketika lelaki Islam di hukum kerana merogol lantaran "tidak tahan melihat amoi Cina" walhal pintu maksiat masih terkangkang luas?
Mungkin ulamak muda ni takder kerja, sebab tu beliau sedang praktis untuk jadi pembangkang dan mempertikaikan keadilan perlaksanaan hudud disaat apa yang disebut 'sempit', 'sendat' yang masih 'terkangkang luas' dan perlu menutupnya....
Agaknya ulamak muda ingin bagi 'klu' ni kot...!!!, Macammana
nak tutup apa yang 'terkangkang luas' bukan Islam jika kepala isteri
pemimpin no 1 Malaysia Islam pun gagal nak tutup.....? Begitukah...? Maklumlah sekarang ni kan dah sunyi,... intan,.. berlian,... Jet,....permata dsbnya semua dah jadi kenangan fitnah. Jadi.......Anda Mampu Mengubahnya....
Radzi ni syiah ni. Haha lawak betul macai ni. Die terlintas nk rogol amoi tu kot. Sedih tengok radzi ni. Tah tang mana letak otak die ni.
ReplyDelete