Sebelum itu semalam Gk ada melaporkan mengenai layanan angkuh kakitangan Dewan Bersalin Hospital Raja Perempuan Zainab 2, bagaimanapun isu tersebut boleh dianggap selesai setelah respon segera dari pihak berkenaan, namun apa yang dilaporkan semalam bukanlah untuk kepentingan sendiri semata-mata, seolah-olah bila isu sendiri selesai cuba pula untuk mengaburinya dengan kebajikan kerajaan. Kerana jika masih terdapat lagi kes-kes seumpama itu selepas ini, anda bolehlah email kepada saya dan saya tidak teragak-agak untuk menyiarkannya demi kebaikkan kepada semua.
Melalui pemerhatian saya juga secara keseluruhannya memang benar sudah ada sedikit perubahan berkaitan layanan kakitangan HRPZ 2 terhadap pesakit dan waris pesakit, cuma tidak dinafikan masih ada seorang dua lagi yang masih tidak mengamalkan apa yang digariskan oleh pihak kementerian, tetapi pujian boleh diberikan kepada kakitangan HRPZ 2 di WAD 24 yang rata-ratanya melaksanakan tugas dengan cekap, baik dan sempurna, dan yang paling penting tidak biadap dengan pesakit serta waris pesakit.
Disamping itu ingin juga diselitkan kebajikan kerajaan yang jarang-jarang dinilai dan dihargai oleh kita sebaliknya selalu saja kita menghentam apabila timbulnya kes-kes yang tidak memuaskan hati kita semua, untuk itu kita harus berlaku adil dan menampilkan juga kebaikkan-kebaikkan pihak kerajaan kepada seluruh rakyatnya daripada terus diselindungkan oleh 'puak-puak tu'.
Tahukah anda RM 27.00 adalah harga yang perlu dibayar untuk melahirkan putera atau puteri dengan selamatnya, kemudian rawatan susulan kepada ibu dan bayi terus kerumah tanpa sebarang 'charge' yang tersembunyi, tapi apakah itu kos sebenar mengikut pasaran semasa seperti yang dikenakan oleh kebanyakkan hospital serta klinik swasta yang lain ? Pastilah tidak, kerana kos sebenarnya ditanggung oleh kerajaan yang dikatakan zalim yaitu kerajaan Barisan Nasional.
Tapi itu hanyalah salahsatu daripada beribu kebajikan yang diberikan kepada rakyat, bagaimanapun apa jua kebajikan yang diberikan samada ia dalam bentuk perkhidmatan mahupun bayaran tunai seperi BR1M, kebajikan itu akan tetap dibangkang sehinggalah ke hari kiamat.
Sebagai seorang rakyat yang cintakan tanahair serta nikmat dan keamanan yang dikecapi hari ini, hendaklah kita sedar dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung, tidak semua negara yang rakyatnya dapat menikmati kebajikan sebagaimana yang berlaku didalam negara kita,
Oleh itu bersyukurlah selagimana masih ada kerajaan yang mengambil berat akan kebajikan rakyatnya, cuma dalam kita bersyukur tidak pula kita mengampu, ada yang tidak kena pasti lantang kita mengkritik, kerana kritik itu adalah hak yang bergelar rakyat bagi menjamin kerajaan memandu negara kita pada landasan yang betul dan selamat. Anda Mampu Mengubahnya.
Tak apalah tak 'free' pun, kerana itu sudah cukup memadai sebagai komitmen kepada pelayaran bahtera yang seterusnya, cinta sama cinta pun nak kena bayar beb !!!....