Showing posts with label igp. Show all posts
Showing posts with label igp. Show all posts

Penafian Musa Hassan Akan Menyertai PAS Agak 'Rok Rak'

SHAH ALAM – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dengan keras khabar angin yang mengatakan beliau akan menyertai Pas atau mana-mana parti.

Malah beliau juga menegaskan, keputusannya menarik balik kes saman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tiada kaitan dengan khabar angin dan spekulasi kononnya akan menyertai parti politik pembangkang termasuk Pas.

“(Khabar angin) tidak ada kaitan dengan kes semalam,” kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya dakwaan dan spekulasi di laman siber bahawa beliau akan menyertai Pas, Musa yang bersara sebagai Ketua Polis Negara akhir 2010 berkata: “Itu tidak benar."

"Kalau cerita-cerita yang keluar di Internet tu, tahu sahajalah kebenarannya.

“Lagipun sama ada Pas ataupun Umno, tidak ada sesiapa pun yang datang berjumpa saya untuk menawarkan keahlian,” kata beliau lagi.

Semalam, Musa menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, berhubung siasatan insiden 'mata lebam' pada 1998.

Keputusan itu dicapai dan diputuskan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad semasa prosiding hari pertama perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memutuskan kes itu dibatalkan tanpa sebarang kos.

Musa menjelaskan, sejak mula berkhidmat sebagai anggota polis, beliau tidak pernah terlibat atau menyatakan sokongan terhadap mana-mana parti politik.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai Pas jika ada tawaran, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh cakaplah tentang perkara di masa depan.

“Pada diri saya, saya bebas dan undi saya adalah rahsia jika ditanya tentang parti mana yang akan saya pilih pada pilihan raya,” kata beliau yang kini mengajar secara kontrak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.- Sinar Harian

Penjelasan dan penafian yang boleh disifatkan sebagai 'rok rak' dari bekas IGP,  namun adalah hak setiap individu untuk memilih mana-mana parti yang dirasakannya mampu untuk membela mereka ketika mereka berkuasa dan juga tidak berkuasa, kerana orang yang pernah punyai kuasa itu terlalu sensitif sekiranya diabaikan. Anda Mampu Mengubahnya.

Bekas IGP Akan Sertai PAS ? Musa Hassan Tarik Balik Saman Keatas Anwar

KUALA LUMPUR - Selepas pengumuman Datuk Paduka Raja Terengganu menyertai PAS minggu lalu, ia turut disusuli dengan khabar angin bahawa ada bekas IGP pula yang akan  menyertai parti itu , dan bekas IGP ni bukanlah ramai, tetapi ia tetap sukar untuk diandaikan siapa bekas IGP yang dimaksudkan itu atau khabar angin itu hanyalah gimik politik murahan semata-mata. 

Bagaimanapun hari ini media melaporkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung siasatan insiden 'mata lebam' lebih sepuluh tahun lalu.

Keputusan itu dicapai dan diputuskan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Mohamad semasa prosiding hari pertama perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, dan memutuskan kes itu dibatalkan tanpa sebarang kos.
Musa ketika ditemui media berkata, tindakan menarik semula saman tersebut dibuat selepas kedua-dua pihak berbincang dan melihat semula pertikaian dalam kes tersebut.

“Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini, oleh pihak defenden, dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defenden,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pihaknya bersyukur atas tindakan menarik balik saman fitnah oleh bekas ketua polis Negara itu terhadapnya.

“ Tindakan menarik balik saman ini telah mengesahkan pertuduhan saya tidak dijawab. Ada konspirasi untuk mereka berhubung kes mata lebam dan dakwaan liwat yang pertama,” katanya.

Anwar berkata, tribunal diperlukan untuk menyiasat peranan Tan Sri Abdul Ghani Patail berhubung kes itu kerana Peguam Negara itu merupakan watak utama dalam kes tersebut, namun sehingga hari ini beliau masih mendiamkan diri.

Musa diwakili Kamarul Hisham Kamaruddin manakala Anwar diwakili Peguam N Surendran.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menarik balik kes saman berkenaan isu mata lebam, yang difailkan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Kamarul Hisham Kamarudin memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa anak guamnya menarik balik kes itu.

Kes itu dijadualkan untuk perbicaraan selama tiga hari mulai hari ini.

Dipetik The Star Onlien, Musa berkata, kedua-dua pihak telah membincangkan isu berkenaan dan mendapati wujud salah faham berkenaan dengan peranannya dalam kes Anwar.

Musa berkata, beliau menerima penyelesaian di luar mahkamah.

Pada 10 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpir menetapkan tiga hari mulai 16 Oktober untuk perbicaraan penuh kes saman Musa terhadap Anwar berhubung insiden "mata lebam" pada 1998.

Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada 1 Julai 2008 dengan dakwaan Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, pada 1998.

Berikutan itu, Musa memfailkan saman terhadap Anwar pada 21 Julai 2008 atas alasan dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Musa menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu.

Musa berkata beliau juga tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat Anwar.

Menurutnya, Anwar berniat jahat apabila membuat laporan polis terhadapnya dan Abdul Gani, dan ketua pembangkang itu berbuat demikian kerana sedang menghadapi pertuduhan baharu liwat.

Musa menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Amaun yang dituntut tidak dinyatakan secara spesifik dalam pernyataan tuntutan itu.

Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang Anwar daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu.

Anwar, dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 24 Oktober 2008, berkata laporan polis itu dibuat bagi mendapatkan pembelaan dan justifikasi.

Khabar Angin Ada Bekas IGP Pula Akan Menyertai Pas

Jumaat lepas semasa makan tengah hari bersama seorang tokoh politik dia membisikkan kepada saya; "Sayuti ini cerita menggemparkan!" katanya tidak menghabiskan kata-kata menyebabkan saya sedikit terkejut dan terganggu untuk menyenduk sup tulang ke dalam pinggan. "Apa dia?" tanya saya meletak semula sudu ke dalam mangkuk sup.

Dia menjeling kepada tetamu lain yang duduk sebaris dengan kami. Saya sengaja dia panggil duduk berdepanan dengannya bagi mudah untuk berbicara. "Ini masih belum diketahui sesiapa lagi, tetapi saya mendapat maklumat dari seseorang yang boleh dipercayai," katanya.

Pada masa itu juga tokoh politik itu menceritakan mengenai perihal Datuk Paduka Raja Terengganu yang akan mengumumkan menyertai Pas. Perkara itu sudah pun berlaku beberapa hari lepas. Kalau merujuk kepada maklumat mengenai Datuk Paduka Raja itu, maklumat mengenai bekas Ketua Polis itu juga ada kebenarannya.

Tokoh itu lantas membisikkan kepada saya. "*********"... katanya perlahan. Tetamu lain tidak mendengarnya dan ada yang menjeling anak mata cemburu kepada perbualan saya dengan tokoh berkenaan yang agak eksklusif.

Saya mengangguk-angguk kecil sambil memamah nasi dalam mulut. Ketika itu juga terbayang dalam mata akan wajah bekas ketua polis berkenaan. Entah kenapa segera itu juga saya digodam bimbang sekiranya benar bekas ketua polis yang satu ini benar akan menyertai Pas.

Entah kenapa juga saya rasa ini perkembangan cukup membimbangkan. Tidak seperti biasa kalau ada mana-mana tokoh baik dari Umno maupun pegawai kerajaan ingin menyertai Pas, saya merasa lega dan ia dianggap memberi suntikan semangat kepada Pas. Tetapi yang ini agak berlainan sedikit, hati saya rasa kurang selesa.

Selepas mendapat berita itu saya terus cuba merisik apakah pihak Pas sudah mendapat tahu akan hal ini. Apakah ianya sudah sampai ke peringkat dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Harian Pas, ataupun ia hanya diketahui orang-orang tertentu sahaja.

Adalah malang sekali kalau penerimaan atau pun rancangan hendak membawa masuk bekas ketua polis ini tidak dibincang selumatnya dalam Dewan Harian Pas. Perkara besar begini elok dibincang secara menghalusi di dalam Pas dan tengok baik dan buruknya serta kaji apakah tujuan dan maksudnya. Saya bimbang kalau rancangan itu tadi diterima secara mudah ia akan menyusahkan Pas.

Seseorang yang menganggotai pasukan polis sudah dilatih dengan berbagai ilmu dan juga taktik. Mereka diajar ilmu bagaimana hendak memecahkan sesuatu kumpulan atau pun melagakan di antara dua pihak agak bergaduh sesama sendiri. Natijahnya mahu melihat puak atau oragnisasi itu runtuh dan punah.

Dalam hal ini saya bukan prejudis atau busuk hati kalau niat kemasukan itu baik. Tetapi kalau ia adalah agenda dan nawaitu buruk, biarlah rancangan ini gagal. Kalaupun Pas ingin mendapatkan bekas ketua polis itu biarlah selepas selesai pilihan raya. Dan kalau beliau ikhlas dia benar-benar ikhlas untuk sertai Pas biarlah selepas pilihan raya. -Mso Harakah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...