Showing posts with label kadir. Show all posts
Showing posts with label kadir. Show all posts

Kadir - 'Malaysia Ni Kekasih Allah, Jadi Saya Minta Jihad Ini Bermula'

"Malaysia ni kekasih Allah SWT, segala-galanya ada tuan-tuan dan puan-puan, jadi saya mintalah jihad ini bermula", kata  Kadir Sheikh Fadzil.

Sebelum ini beliau mengatakan mendengar suara Allah Taala, namun menerusi komen-komen penyokong Pakatan Rakyat, kata-kata Kadir itu merujuk kepada 'seolah-olah' dan ada juga yang mengatakan bahawa "Bila kita baca AlQuran. kita seolah-olah berbicara dgn Allah S.W.T, " sememangnya mereka memang kreatif  untuk membela apa sahaja demi Putrajaya.

Namun jika Tun Mahathir yang sebut, bukan main lagi dicaci dan dimakinya, sebagaimana isu syaitan dan malaikat yang digambarkan oleh Tun M, sampai hari ini mereka masih duk jaja cerita itu.

Dakwaan Kadir bahawa Malaysia merupakan kekasih Allah juga pelajaran yang baru kita dengar dan akan dapat kita lihat bagaimana mereka membela Kadir. Anda Mampu Mengubahnya.
Daripada  Malaysia negara Islam, Kadir dah upgrade Malaysia Kekasih Allah

Kadir Bakal TPM: "Percayalah Segala Tuduhan Pada Anwar Itu Fitnah" - Video

Pada siri jelajah Anwar Ibrahim ke Sabah minggu lalu yang turut disertai oleh Kadir Sheikh Fadzir tampak kelainan bilamana penyertaan Kadir pada program itu menambahkan lagi isu untuk dibongkar mengenai apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim.

Ini kerana dengan yakinnya Kadir umpama pahlawan Melayumak terakhir bangkit mendakwa semua pertuduhan keatas Anwar itu adalah fitnah dan perancangan yang beliau sendiri mendengarnya tanpa memberitahu atau menyebut nama mereka yang terlibat, persepsi yang cuba direkacipta oleh Kadir yang mungkin juga telah dijanjikan dengan jawatan TPM (2 minggu sudah menang) itu sedikit sebanyak punyai kesan kurang baik terhadap kerajaan diatas kapasiti beliau sebelum ini sebagai  seorang Menteri.

Bagaimanapun kenyataan beliau itu sememangnya banyak perkara yang boleh dipertikaikan lebih-lebih lagi kenyataan yang dibuat itu setelah beliau mengalami kekecewaan didalam parti dan sasau mencari destinasi.

Justeru, bagi membersihkan apa yang didakwa oleh beliau dan juga pemimpin pembangkang yang lain, dirasakan sudah tiba masanya untuk pimpinan UmnoBN bangkit membongkar segala yang tersirat dan terpendam, jika pembangkang menggunakan Rafizi untuk menyerang tanpa diserang, Umno juga perlu watak seperti itu.

Yang pastinya Anwar punyai 1001 ragam yang belum dibongkar secara terperinci walaupun sudah 1001 juga macam telah terbongkar, antaranya boleh dilihat pada rakaman sidang parlimen dibawah ketika MP BN membangkitkan soal peribadi Anwar, tiada seorang pun dikalangan pemimpin pembangkang  yang berani mencabar termasuk Anwar supaya ia didedahkan sekiranya hal yang disebut itu tidak berlaku, malah pemimpin pembangkang yang pada mulanya tegang dilihat serta merta menjadi dungu. Anda Mampu Mengubahnya...

Video - Kadir Sesat: Suara Allah Taala Minta Saya Turun Selamatkan Negara

Kerana bodek, bekas Menteri Umno Kadir Sheikh Fadzir menggambarkan seolah-olah mendengar suara Allah meminta beliau kembali kepada perjuangan suci Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan negara dan turut bersumpah dengan nama Allah tidak ada lagi pilihan lain untuk menyelamatkan negara ini melainkan memberi kuasa kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.

Sikap melampau menggunakan nama Allah untuk membodek Anwar Ibrahim adalah sikap paling keji dari ahli politik sesat yang tidak sedar diri, ketamakan dunia orang seperti itulah menyebabkan Islam terus dipandang serong oleh sebahagian besar masyarakat dunia pada hari ini.

Sedarlah wahai Kadir, setelah mengotori politik jangan dikotori pula ajaran Islam, bertaubatlah dan lebih baik menjaga cucu dirumah daripada mencemarkan Islam di ceramah, tiada ruang dalam politik untuk manusia-manusia yang jijik. 

Untuk Malaysia terus kekalkan keamanan dan menjaga kesucian Islam, ucapan sedemikian rupa perlu ditangani dengan serius sebelum ia menjadi barah yang akan memudaratkan umat Islam itu sendiri. Anda Mampu Mengubahnya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...