Showing posts with label pasir mas. Show all posts
Showing posts with label pasir mas. Show all posts

Video - Ibrahim Ali: "Saya Akan Bertanding Tiket Bebas, Mungkin Pakai Simbol Katak Puru"

KOTA BHARU - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas  sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau juga akan bertanding kerusi Dun.

Bagaimanapun pilihannya itu akan diumumkan pada hari penamaan calon Sabtu ini.

“Terus terang saya berharap akan dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN). Tetapi saya tidak disenaraikan dan sebabnya tidak diketahui,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.

Ketibaan Ibrahim pada jam 4.20 petang itu  disambut oleh lebih 500 ahli Perkasa. Menurutnya, walaupun tidak terpilih tetapi beliau langsung tidak berkecil hati dan menyeru kepada semua ahli Perkasa di seluruh negara supaya memberi sokongan kepada BN.

Beliau berkata, pilihannya untuk terus bertanding di Parlimen Pasir Mas bukan bererti beliau menentang BN tetapi atas dasar sebagai penyandang serta keinginan rakyat yang mahu beliau terus mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya oleh pemberita simbol apakah yang akan digunakan oleh Ibrahim untuk PRU13 nanti, dengan berseloroh berkata, beliau mungkin memilih Pakai.

“Saya akan pilih salah satu simbol yang akan diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada penamaan calon nanti,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas menewaskan calon BN, Datuk Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.

YB Tak Boleh Tolong Buat Kira Ke Tanah Kubur Tak Cukup Ni !

PASIR MAS – Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Chenok dijangka penuh, kurang bulan dari sekarang. Tanah perkuburan yang dibuka sebelum merdeka ini, sempit dan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

Wakaf tanah kubur

Penyelesaian kepada masalah ini, jawatan kuasa tanah kubur memohon bantuan orang ramai untuk menderma bagi membeli tanah perkuburan baru, berdekatan kawasan sedia ada.

Pengerusi Jawatankuasa Pembelian Tanah Kubur, Muhammad Nor berkata, pihaknya berusaha mendapatkan tujuh lot tanah bersebelahan tanah kubur tersebut.

Menurutnya, pembelian tanah ini akan diwakafkan sebagai tanah perkuburan, bagi menambahkan keluasan tanah daripada 1.5 ekar kepada 2.5 ekar.

“Demi tujuan ini, kita memerlukan bantuan sebanyak RM250,000 sebagai bayaran tujuh lot tanah berkenaan,” katanya, semalam.

Sehingga kini katanya, mereka mempunyai sumber sebanyak RM67,300 atau 30 peratus nilai yang diperlukan.

Muhammad yang juga Imam Masjid Mukim Jenereh Tujuh berkata, pembelian tanah kurang satu ekar dengan keluasan 4,024 persegi ini, bersesuaian dengan keperluan penduduk di sini.

Selain itu katanya, ia dijangka dapat menyelesaikan masalah kekurangan tanah kubur sehingga lebih 10 tahun akan datang.

Tinggal 20 ruang

Menurutnya, kawasan ini sudah dipenuhi 2,000 kubur, sejak dibuka puluhan tahun dahulu.

Beliau berkata, mereka menganggarkan kawasan yang tinggal, hanya dapat menampung 20 ruang untuk liang lahad.

“Kita berharap, kawasan sedia ada, dapat menampung keperluan penduduk sehingga penghujung tahun ini.

“Tanah perkuburan ini digunakan oleh enam kampung iaitu Kubang Chenok, Jenereh Tujuh, Kual, Pangkal Depu, Laka dan Serendah, dengan kepadatan seramai 3,000 penduduk,” katanya, semalam.

Kubur terpencil

Namun sekiranya keadaan tidak mengizinkan, penduduk terpaksa menyempurnakan jenazah di tanah perkuburan yang agak jauh di kawasan tersebut.

“Dua tanah kubur di Kampung Sawa Timba dan Kubang Durian ini, disediakan sejak 1930-an, namun ia agak jauh dan terpencil.

“Jalan ke sana juga agak mencabar, dikelilingi kebun dan ada sebahagiannya hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan,” katanya, semalam.

Muhammad berkata, penduduk di sini berharap agar bantuan orang ramai dapat menampung keperluan untuk membeli tujuh lot tanah dalam masa terdekat.

Bantuan boleh disampaikan kepada Tetuan Jawatankuasa Masjid Mukim Jenerih Tujuh, melalui akaun bank Islam, 03027010047739. 
- Sinar Harian

- Sesekali tidakkah kita terfikir apa fungsi seorang pemimpin ataupun YB yang dipilih untuk mewakili sesuatu kawasan itu ? Seorang YB ada gaji, namun tak perlu guna gaji itu pun untuk selesai masalah rakyat, soal rumah, soal masjid ok lagi, tapi sampai bab kubur pun YB tak berfungsi so apa tugas YB ni ? Sepatutnya isu seperti ini perlu diselesaikan segera oleh mereka yang bertanggungjawab, kesianlah sikit dekat jemaah, kalau masa hidup pun tak boleh tumpang YB, masa mati pun tak boleh jugak, duk pilih buat apa lagi ? mudah-mudahan kat akhirat nanti bolehhhlah tumpang. sama-samalah kita menderma. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...