Showing posts with label pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya. Show all posts

PR Berkempen Secara Tidak Sihat Dan Tuduh Perkara Tidak Berasas - Mei Fun

KAJANG - Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun kecewa dengan tindakan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP yang menyebarkan maklumat dalam kempen Pilihan RayaKecil (PRK) Dun Kajang bahawa beliau akan menutup sekolah Jenis Kebangsaan Cina jika dipilih rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Menurutnya, parti pembangkang mengambil pendekatan berkempen secara tidak sihat dan menuduhnya dengan perkara yang tidak berasas.

“Kita tidak pernah menyebut mahu menutup sekolah itu tetapi kita mengikut permintaan PIBG untuk pindahkan sekolah itu dari tapak 0.8 ekar kepada 6.3 ekar.

“Sekarang sekolah itu lebih besar, lebih kondusif dan sesuai untuk bilangan murid yang ramai dan kini telah pun dibuka semula dengan bilangan murid seramai 307 orang," katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Jamek Bandar Kajang, semalam.

Mei Fun pada masa sama meminta semua pengundi Kajang tidak mempercayai dakwaan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina akan ditutup jika beliau menang.

“Saya sendiri belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Bila mereka cakap saya akan tutup semua sekolah Cina memang tidak berasas. Orang ramai tidak akan percaya kerana latar belakang saya.

“Saya selalu mencari pendekatan atau cara untuk memperkuatkan lagi budaya Cina termasuk budaya lain, kerana kita harus wujudkan masyarakat yang harmoni dan muhibah,” katanya.

Mei Fun turut menyelar tindakan pihak yang sengaja menurunkan posternya sekali gus melabelkan perbuatan itu sebagai bukti kempen tidak sihat yang diamalkan PR.

“Tindakan itu memang tidak boleh diterima kerana kalau kita mahu bertanding kita kena bertanding secara sihat.

“Kalau tindakan ini diteruskan ia akan menjejaskan dan mencemarkan kempen,” katanya. -Sinar Harian

Anwar Alami Tekanan Mental Tak Dapat Terima Keputusan PRU 13 Disyor Ke Tanjung Rambutan

DAMANSARA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang telus dan adil.

"Saya kecewa dengan proses pengundian awal dan undi pos. Ia diragui dan jumlah undinya boleh dipertikaikan," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan PRU13 di sini, sebentar tadi.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan kemampuan SPR menangani masalah pengundi hantu yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum kali ini.

"Saya minta SPR siasat pengundi hantu yang terdiri daripada warga Bangladesh dan Myanmar," katanya.

Kenyataan beliau itu anehnya dibuat selepas keputusan PRU 13 diumumkan dan tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat, jika berpihak kepada PR sudah pasti tidak akan timbul sebagaimana yang ditimbulkan itu.

Seolah-olah mereka cukup baik dan sempurna untuk memenangi hati rakyat, tapi hakikatnya tidak nampak apa-apa kebaikkan yang dibuat oleh PR yang boleh menyenangkan rakyat, sedangkan Barisan Nasional yang membuat kebajikan dengan berbillion ringgit pun masih kurang dihargai oleh rakyat.

Kita tidak hairan dengan kekalahan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan perbezaan 3,935 undi di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Apalah besar sangat Saifuddin kalau nak dibandingkan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tewas di Parlimen Bukit Katil apabila hanya mendapat 40,720 undi manakala lawannya calon dari PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendapat 46,167 undi.

Tapi kalau semua orang bangang macam Anwar, alamaknya huru-hara negara ni, bila kalah tak nak terima kenyataan, elok pergi simpan jer kat Tanjung Rambutan, memang ada something ni!

Bagaimanapun Anwar sebagai seorang yang mengaku muslim, sepatutnya menerima qada' dan qadar, apa gunanya muslim jika tak beriman kepada rukun iman yang keenam itu. Sudah menjadi adat bila bertanding ada menang dan ada kalah, kalau tak nak kalah jangan bertanding, conform takkan kalah.

Nak diikutkan, empat Menteri dan empat timbalan menteri yang tewas ni pun sukar nak terima kekalahan mereka, tapi apakan daya jika itu hakikatnya, terima saja dengan hati yang terbuka tanpa perlu menunding jari kepada sesiapa.

Antaranya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Turut tewas, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...