Showing posts with label seks. Show all posts
Showing posts with label seks. Show all posts

Video - Tajuddin Gila Seks, Keluar Air Dalam Parlimen, Boleh Juga Jadi Pemimpin UMNO ?

Inikah taraf percakapan seorang pemimpin parti yang dikatakan memperjuangkan agama, bangsa dan negaa ? 'UMNO' ? Didalam dewan yang mulia yang sepatutnya digunakan bagi membahaskan perkara yang melibatkan kepentingan umum ternyata disalahgunakan untuk melepaskan klimaks porno yang sedang bermain didalam kepala otak MP Pasir Salak ini.

Andai rakyat mengetahui beginilah sikap pemimpin Umno, adakah rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada Umno sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara?, sedangkan pemikiran anak-anak muda hari ini jauh terkedepan dan mempunyai pilihan yang dilihat lebih condong kepada pembangkang.

Ketika mana pembangkang begitu agresif dengan pimpinan muda mereka, Umno terus dihuni oleh pemimpin 'puaka' seperti ini. Penapis 'transformasi' nampaknya turut gagal sehingga dapat dibolosi oleh sekerat dua pemimpin spesis 'puaka' tersebut.

Tidak cukup dengan kekolotan 24 jam berfikiran 'seks',  Tajuddin juga turut dikenali dengan gensterism 'taik kucing' kerana hanya berani terhadap sesama ahli Umno dan juga wartawan, namun bila berdepan dengan pemimpin pembangkang, Tajuddin umpama anjing-anjing kurap yang menyalak bukit.
Dalam parlimen berbahas bagai nak 'rak', bila keluar parlimen dibelainya Salehuddin Ayub sampai tersenyum 'stim', spesis Pak Anu jugak ker ni ?
Kalau Tajuddin berani menampar sesama ahli Umno, kenapa tidak ditamparnya pemimpin-pemimpin pembangkang semasa beliau bertekak didalam parlimen ? Sudah pastilah ada sebabnya dan ada rahsianya...Mengenai kisah Ahli Umno yang ditampar sila rujuk diSINI

Bagaimanapun dek kerana terlalu banyak masalah moral yang melibatkan Tajuddin ini, pendedahan bersiri mengenainya akan menyusul dari masa ke semasa, ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ahli Umno yang bakal menentukan masa depan dan halatuju Umno bersama-sama Tokoh Transformasi negara, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya ianya tidak tersalah pilih. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Cakap merapu porno macam ni pun boleh jadi pemimpin UMNO....Nasib....

Video - Jenayah Seks Paderi Membimbangkan, Lebih 600 Kanak-Kanak Jadi Mangsa

MELBOURNE - Gereja Roman Katolik Australia telah mengesahkan bahawa lebih daripada 600 kanak-kanak telah didera secara seksual oleh paderi mereka sejak tahun 1930 di negeri Victoria.

(Parlimen Victoria mengesahkan bahawa lebih daripada 600 kanak-kanak telah dicabul kehormatan oleh paderi Katolik sejak 1930-an)

Ketua Biskop Melbourne, Denis Hart, menyifatkan angka itu sebagai "ngeri dan memalukan".

Pengakuan itu dibuat dalam satu penghujahan kepada siasatan parlimen negeri dalam pengendalian kes-kes pencabulan, namun terdapat pihak yang mengatakan angka sebenar mungkin mencapai sehingga 10,000 mangsa kanak-kanak.

Pihak gereja berkata 620 kes itu bermula dari 80 tahun lepas dengan majoriti kes berlaku antara tahun 1960-an dan 1980-an, dengan 45 kes lagi masih dalam siasatan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Biskop Hart berkata ia adalah penting untuk bersikap terbuka "mengenai penderaan seksual yang telah berlaku di Victoria dan di tempat lain".

"Kita melihat siasatan ini sebagai cara membantu penyembuhan mereka yang telah dicabul, dan untuk memeriksa konteks yang luas tentang respons dari pihak gereja, terutamanya dalam tempoh 16 tahun yang lalu, dan untuk membuat cadangan bagi meningkatkan penjagaan mangsa dan bagi langkah-langkah pencegahan yang sedang dilaksanakan, "kata kenyataan itu.

Chrissie Foster, ibu kepada dua anak perempuan yang dirogol oleh paderi mereka dari pertengahan 1980-an, berkata pihak gereja mempunyai tempoh yang berdekad lamanya untuk menangani isu ini tetapi hanya baru mendedahkan angka penderaan seksual itu kepada siasatan parlimen Victoria Jumaat lalu.

"Hanya kerana usaha mangsa yang berulang alik melapor kepada pihak polis yang menyebabkan semua ini berhenti".

"Pihak gereja tidak pernah berusaha untuk menghentikan jenayah paderi fidofilia (tertarik secara seksual kepada kanak-kanak) mereka," tambah Foster, yang berkata salah satu daripada anak perempuannya akhirnya membunuh diri.

Kerajaan negeri Victoria mengumumkan siasatan ke dalam kes pencabulan kanak-kanak oleh badan agama dan badan bukan kerajaan selepas berpuluh-puluh kes bunuh diri oleh mereka yang dicabul oleh para paderi dilaporkan.

Penderaan kanak-kanak oleh paderi Roman Katolik telah menjadi isu utama di Australia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Semasa lawatan ke Australia pada Julai 2008, Pope Benedict XVI bertemu dengan beberapa mangsa dan membuat permohonan maaf secara terbuka ke atas pencabulan tersebut.

Tidak rugi sedikitpun untuk ruangkan masa mendengar rakaman video dibawah...Kerana kebenaran itu pasti, tidak ada sebarang soalan atau pertikaian tanpa jawapan mengenai  kebenarannya berbanding agama-agama lain yang punyai terlalu banyak percanggahan didalam ajaran mereka...Anda Mampu Mengubahnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...