Showing posts with label sulu. Show all posts
Showing posts with label sulu. Show all posts

Krisis Di Lahad Datu Iktibar Kepada Rakyat Kelantan Yang Buminya Dipajak

Krisis yang berlaku di Lahad Datu Sabah seharusnya dijadikan iktibar oleh seluruh rakyat Kelantan yang selama ini alpa kerana telah memilih sebuah kerajaan yang terlalu gemar memajak tanah-tanah di negeri tanah serendah sekebun bunga ini.

Pada masa-masa akan datang kita tidak tahu apa yang akan berlaku, namun sikap suka 'MEMAJAK' tanah itu pasti akan mendatangkan risiko, cumanya mungkin risiko itu dalam bentuk yang berbeza, namun ia tetap berisiko.

Hari ini mungkin kita boleh mendabik dada menepis isu-isu pajakan tanah ini dengan kepelbagaian mantik , esok hari ianya belum tentu, dan begitulah yang berlaku terhadap Kesultanan Sulu yang telah memajak tanah di Sabah.

Menurut maklumat sejarah, Sultan Jamalul A’zam @ A'lam, (perjanjian Pajakan Sabah 1878)

Beliau menandatangani surat perjanjian "PAJAKAN SABAH 1878" dengan Baron Von Overbeck & Alfred Dent sebagai individu pemajak (penyewa).

Perjanjian "pajakan" yang bersejarah ini tidak mendapat persetujuan dari ke-rabat diraja Maharaja Adinda Aranan mahupun para datu-datu diraja yang lain keseluruhannya.

Istilah "PAJAKAN" bermaksud pajak atau sewa, bukannya "PENYERAHAN" yang membawa maksud 'menyerahkan hak keseluruhannya tanpa ada tuntutan lagi di hari kemudian'. Istilah "penyerahan" itu sendiri tidaklah membawa maksud penyerahan secara mutlak tetapi sebenarnya adalah "Amanah", lihat Kamus Dewan (Edisi Keempat) m.s. 1463 tertulis "Penyerahan perbuatan menyerahkan (mempercayakan, mengamanahkan, dll): Contoh ayat "Kekalahan China diikuti oleh penyerahan Hong Kong kepada British". Walhal umum mengetahui kerajaan British akhirnya menyerahkan semula Hong Kong kepada China. 

Kerajaan Malaysia juga masih menganggap "PENYERAHAN" itu sebagai "PAJAKAN" ini kerana tanpa diketahui umum Kerajaan Malaysia masih tetap meneruskan bayaran pajakan Sabah itu kepada waris Kesultanan Sulu dari keluarga KIRAM hingga hari ini sebanyak RM 5000.

Sungguhpun begitu istilah 'pajakan', namun ia bukan penentu kepada hak diatas faktor masa dan keadaan.

Berbalik kepada pajakan tanah di Kelantan, laporan audit telah mengesahkan dimana, pajakan tanah seluas 716.8 ekar yang dipajak oleh Kerajaan Pas Kelantan kepada sebuah syarikat  dalam keadaan kepentingan kerajaan negeri tidak dilindungi itu boleh mengundang risiko yang tinggi kepada Kerajaan.

Perjanjian Projek menyatakan sekiranya pindah milik tanah diperlukan oleh Syarikat bagi pembangunan Projek, Perbadanan Menteri Besar hendaklah membantu Syarikat memperoleh hak milik tanah dan Kerajaan Negeri hendaklah memindah milik tanah tersebut kepada Syarikat.

Semakan Audit mendapati tanah seluas 716.8 ekar telah dipindah milik tanpa sekatan kepada Syarikat antara tahun 2003 hingga 2009. Senarai tanah yang telah dipindah milik kepada Syarikat adalah seperti dibawah.
Sepatutnya, bagi menjamin kepentingan Kerajaan Negeri, pindah milik tanah hanya perlu dibuat selepas Syarikat menyelesaikan projek terutama sumbangan kepada Kerajaan.

Keputusan membenarkan pindah milik tanah kepada Syarikat pemaju ini telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar. 

Pemilikan tanah tanpa sekatan kepada Syarikat merupakan satu risiko kepada Kerajaan sekiranya projek tersebut tidak disiapkan sebagaimana perjanjian.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK telah bersetuju tanah yang telah diberi milik boleh dicagarkan kepada mana-mana institusi kewangan setelah mendapat perakuan daripada Jawatankuasa sebelum diangkat kepada MMK bagi mendapat pertimbangan dan kelulusan. Semakan Audit mendapati Syarikat telah mencagarkan tanah seluas 13.52 ekar untuk mendapat pinjaman RM75 juta daripada institusi kewangan untuk membiayai kos projek pembangunan. Cagaran tanah untuk tujuan pinjaman mendatangkan risiko kepada Kerajaan sekiranya pinjaman tidak dapat dijelaskan.

Tanah seluas 9.83 ekar dalam Zon A dan Zon B telah terlibat dalam pengambilan balik tanah bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kelantan. Syarikat telah dibayar pampasan RM4.07 juta oleh Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri sekiranya tanah tersebut tidak dipindah milik.

Bon Jaminan Pelaksanaan Tidak Diserahkan

Berdasarkan Klausa 7.18 Perjanjian Projek, Syarikat hendaklah menyerahkan Bon Jaminan Pelaksanaan kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perjanjian ditandatangani bagi tujuan melindungi kepentingan Kerajaan Negeri ke atas tanah sekiranya projek tersebut tidak dapat disempurnakan oleh Syarikat. Semakan Audit mendapati bon jaminan pelaksanaan sebanyak 5% atau RM15.91 juta daripada nilai tanah RM318.29 juta yang dipindah milik tidak diserahkan oleh Syarikat.

Pihak Audit dimaklumkan perkara ini berlaku kerana pihak UPEN tidak menyedari mengenai klausa tersebut dalam perjanjian. Bagaimanapun sehingga kini surat tuntutan bon jaminan pelaksanaan kepada Syarikat belum dikeluarkan oleh pihak UPEN.

Pada pendapat Audit, penukaran hak milik tanah kepada Syarikat dan tanah dicagarkan kepada bank serta bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan sepatutnya tidak berlaku kerana boleh mengundang risiko yang tinggi kepada Kerajaan.

Penilaian Terhadap Cadangan Projek PTSK

Projek PTSK melibatkan pembangunan dan pengindahan di tebing Sungai Kelantan yang melibatkan kos lebih kurang RM2 bilion. Antara komponen projek yang akan dimajukan ialah projek perumahan, taman rekreasi, pusat peranginan, hotel, kemudahan marina dan pusat air, taman awam dan jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina. Projek ini dicadangkan oleh pihak Syarikat melalui usaha sama dengan Kerajaan Negeri.

Untuk melaksanakan projek usaha sama ini Kerajaan Negeri sepatutnya melantik pakar untuk membuat penilaian projek sama ada viable atau tidak dan kepentingan rakyat terjamin kerana Kerajaan akan memberi tanah seluas lebih kurang 1,000 ekar yang bernilai RM657 juta. Pihak Audit mendapati tiada kajian terperinci dibuat oleh pakar untuk menilai kemampuan syarikat dari segi kewangan dan prestasi, kemampuan Syarikat melaksanakan projek serta keluasan sebenar tapak projek yang akan diberi.

Berdasarkan kertas cadangan UPEN yang diangkat untuk kelulusan MMK, didapati Jawatankuasa Teknikal yang dilantik hanya membuat penilaian biasa berdasarkan pandangan Jabatan Teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Penilaian yang dibuat adalah berkaitan dengan tapak projek dan kesan kepada alam sekitar.

Mesyuarat MMK pada 19 Jun 2002 telah meluluskan projek ini berdasarkan pandangan dan mengesyorkan melalui Kertas Cadangan yang dikemukakan oleh UPEN. Kegagalan Kerajaan Negeri membuat penilaian dan tidak mendapat maklumat terperinci berkenaan kemampuan dan kedudukan kewangan sebenar Syarikat menyebabkan pelaksanaan projek ini tidak mengikut jadual dan sebahagian besar komponen sumbangan tidak dapat diserahkan mengikut jadual dalam perjanjian.  

Pada pendapat Audit, penilaian yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah tidak menyeluruh kerana tidak meliputi kajian terhadap keupayaan Syarikat, keluasan sebenar tapak projek dan keuntungan kepada Kerajaan Negeri.

Justeru melalui pajakan yang dibuat oleh Kerajaan negeri disamping kelembapan otak pemimpin Pas berfikir ini sebarang kemungkinan boleh berlaku, harus diingat, soal pajakan tanah ini tidak hanya berlaku di Lembah Sireh sahaja, malah beratus ribu ekar tanah di Ulu Kelantan telah dipajak kepada syarikat tauke-tauke cina dengan begitu rakus sekali sepanjang 23 tahun Pas mentadbir Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya

Video - Tali Barut Bersama Jeneral Hj Musa Pengganas Sulu


Jeneral Hj. Musa yg mengetuai ketenteraan sultan sulu, dipercayai terbunuh dalam serangan manakala lelaki yang menerima topi daripada Hj.Musa merupakan "Tali Barut" pengganas.. Video ini terperolehi dari salah seorang pengganas yg berjaya dibunuh. kedengaran dalam perbualan mereka ada menyebut "LAHAD DATU"... Dipercayai rakaman ini dibuat sebelum berlakunya peperangan. - Facebook Mata-Mata Lahad Datu

Bapak segala tali barut pula tidak lain dan tidak bukan tanya pada Anwar kenapa sebab saman, nanti jawab Anwar sebab u ulang..

Kuala Kubu Bharu - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu mendedahkan rancangan pakatan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 akan datang dengan mewujudkan keadaan porak-peranda di negara ini.

Beliau berkata daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk berbuat demikian kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang sudah mula meningkat.

"Macam (penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat.

"Bila dia menang, dia tak pernah kata SPR tipu rakyat, tapi bila nak kalah, nampak-nampak nak tumbang dan impian untuk jadi perdana menteri tak akan menjadi, maka dia dah mula buat telahan," katanya ketika berucap pada majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat sini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar.

Muhyiddin percaya kenyataan itu dibuat pihak pembangkang kerana sedar bahawa mereka tidak mampu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya berikan ini sebagai satu peringatan kepada kawan-kawan dalam Barisan Nasional, inilah yang akan kita akan hadapi, tapi saya yakin atas semangat kita yang kuat dan kerja keras yang kita lakukan kita akan dapat atasinya," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yakin BN mampu mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Tidak kira siapa.. calon hitam, putih, biru kita akan pilih sahaja...dan saya pergi ke tempat-tempat lain...gelombang biru menandakan sikongan rakyat sudah mula meningkat," katanya.

Beliau berkata kerajaan Selangor yang diterajui pakatan pembangkang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat negeri ini dengan pelbagai janji manifesto yang tidak ditunaikan yang sehingga kini tidak dijawab oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita tak nak mengulang banyak cerita yang sudah berlaku di sini...saya bukan orang Selangor, tetapi saya tahu apa yang berlaku di negeri Selangor ini...Rakyat Selangor sudah pun marah dengan kerajaan (negeri yang diterajui pembangkang).

"Ramai yang bawa kes ke mahkamah, ibu tunggal dan orang-orang yang berhak mendapat pembelaan atas janji yang dibuat pada manifesto PRU yang lepas juga tuntut supaya kerajaan Selangor tunaikan janji, sampai hari ini saya tak dengar pun jawapan dari Menteri Besar Selangor apa yang nak dilakukan tentang apa yang telah dijanjikan itu," katanya.

Justeru, Muhyiddin mencadangkan agar rakyat Selangor tidak lagi terpedaya dengan manifesto PRU-13 yang dilancarkan pakatan pembangkang baru-baru ini yang menurutnya menjanjikan pelbagai perkara yang mustahil untuk dilaksanakan tanpa penerangan yang kukuh.

Sebaliknya, beliau berkata manifesto yang akan dibentangkan BN kemungkinan selepas pembubaran Parlimen akan memberikan gambaran menyeluruh mengenai perkara-perkara yang akan dilaksanakan supaya difahami dan diyakini rakyat bahawa kerajaan BN mampu melaksanakannya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan sumbangan dana RM200,000 kepada masjid dan RM100,000 kepada kuil di kawasan itu untuk tujuan penambahbaikan.

Beliau turut melancarkan empat bas henti-henti syarikat Setara Jaya menambah kepada 12 buah bas sedia ada untuk kegunaan 22,000 penduduk di kawasan Hulu Selangor. - Bernama

Najib: Tiada Gencatan Senjata

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.

Najib, yang melawat Sabah selepas tiga hari pasukan keselamatan melancarkan serangan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, berkata presiden Filipina Benigno Aquino III telah menghubungi beliau untuk mendapatkan reaksi Malaysia berhubung kenyataan Jamalul Kiram III mengenai gencatan senjata.

"Saya bagi tahu Presiden Aquino bahawa mereka perlu letak senjata tanpa syarat dan senjata itu perlu diserah kepada kita," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat 16, di Lahad Datu Khamis.

Laporan media dari Filipina hari ini memetik Kiram meminta pihaknya meletak senjata di Lahad Datu selepas beberapa anggota kumpulannya terbunuh dalam gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia pada Selasa.

Terdahulu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon menyeru agar 'keganasan' di Sabah, dihentikan dan mencadangkan agar pihak terlibat mencari penyelesaian secara aman terhadap apa yang berlaku.

Najib berkata kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk menjamin keselamatan, keamanan dan kedaulatan Sabah.

Pada Selasa, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb dan pasukan keselamatan kini meneruskan operasi dengan tindakan susulan dan penggeledahan.

Perdana menteri berkata operasi bagi memburu kumpulan penceroboh militan itu akan diteruskan sehingga mereka meletak senjata.

Beliau berkata Malaysia menghormati prinsip kemanusiaan dan memberi cukup masa untuk berunding dengan kumpulan penceroboh militan sebelum melancarkan gerakan ofensif.

"Kita beri tempoh lebih tiga minggu (untuk rundingan) dan tangguh (serangan) empat kali, kita hanya bertindak bila mereka bunuh lapan anggota polis kita," katanya.

Najib yang melahirkan rasa puas hati dengan keberhasilan operasi bersama yang dilancarkan oleh polis dan tentera itu, berkata pasukan keselamatan negara mencapai banyak kejayaan untuk menumpaskan kumpulan penceroboh militan yang memasuki negara ini 12 Feb.

"Kerjasama yang sangat erat antara polis dan tentera dengan menggunakan kepakaran dan kekuatan masing-masing dalam satu operasi bersepadu adalah satu modul yang sangat baik untuk kita ambil langkah-langkah banteras dan tindakan tegas terhadap kumpulan itu," katanya.

Perdana Menteri juga melahirkan penghargaan kerajaan terhadap kerjasama polis dan tentera dalam menjayakan operasi itu.

Najib turut menegaskan jangan sesiapa cuba memandang ringan iltizam kerajaan menegakkan prinsip bahawa Sabah adalah sebahagian dari Malaysia buat selama-lamanya.

"Ini tidak boleh dipersoal sesiapa baik dari dalam atau luar negara. Kita akan pertahan prinsip, hakikat dan kebenaran secara mutlak dengan sepenuh kekuatan yang kita ada," katanya. - Bernama

Operasi Khas - Polis Tahan Empat Lelaki Ada Kaitan Dengan Penceroboh Lahad Datu

SEMPORNA - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.

"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.

Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.

Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.

Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh. - Bernama
OP DAULAT: SIDANG MEDIA KPN (6 MAC 2013 @ 11 AM) 1/2

Terkini Di Lahad Datu - Sidang Media KPN: 'Mopping Up' Dan Penggeledahan Sedang Dijalankan

LAHAD DATU: KENYATAAN MEDIA KPN

Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo. - Facebook Rasmi PDRM

Sama-sama kita doakan kejayaan dan keselamatan semua pahlawan negara, InsyAllah, pastikan lanun Sulu tidak meninggalkan baka.
Video diatas sekadar Ilusi Gk akan kehebatan Anggota Keselamatan kita di Lahad Datu.

Video - Keadaan Terkini Selepas Kejadian Di Kampung Simunul, Semporna, Sabah

LAHAD DATU - Polis mengesahkan seorang lelaki bersenjata M16 yang maut dibelasah penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna adalah seorang daripada anggota kumpulan penceroboh bersenjata yang menyelinap masuk ke negara ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, siasatan polis mendapati penceroboh itu merupakan seorang lelaki berbangsa Sulu dan berumur 60-an.

Lelaki itu yang turut membawa pelancar roket menyelinap masuk melalui jalan pantai ke Kampung Senallang Lama kira-kira pukul 5 pagi, katanya pada sidang akhbar di Residental Falda Sahabat kira-kira 30 kilometer dari sini hari ini.

Beliau berkata, penceroboh itu telah mengarahkan kira-kira 80 penduduk kampung berkenaan untuk keluar berkumpul di satu kawasan lapang berhampiran sebuah surau dan menjadikan mereka tebusan.

"Ekoran itu, 20 pemuda kampung telah bertindak dengan menyerang dan menangkap lelaki itu sebelum memukulnya hingga mati.

"Pada saya, tindakan itu walaupun dari segi undang-undang nampak salah, tetapi kita perlu ingat mereka dianggap tawanan. Mereka mengambil tindakan balas untuk menyelamatkan diri," katanya.

Sementara itu, Hamza berkata polis dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia sedang menyediakan perincian akhir sebelum mengambil tindakan drastik terhadap kumpulan penceroboh yang masih enggan menyerah diri.

Beliau berkata walaupun pihaknya sudah menjatuhkan risalah tapi mereka masih enggan menyerah diri.

"Setakat ini tiga anggota kumpulan penceroboh itu ditahan ketika cuba keluar dari kawasan kawalan di kampung Tanduo. Dua daripada mereka ditahan semalam dan seorang lagi ditahan pagi ini," katanya.

Beliau berkata, tiga lelaki itu adalah anggota kumpulan berkenaan yang pertama ditahan oleh pasukan keselamatan selepas mereka menceroboh kampung itu yang kini masuk hari ke-20.

Hamza turut mengulangi ingatannya kepada orang ramai khususnya penduduk negeri ini supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin tanpa pengesahan daripada sumber rasmi.

Terdahulu berita Bernama melaporkan  seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit. Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.

Kampung Sri Jaya Simunul terletak di pinggir bandar Semporna dan Kampung Senallang Lama pula kira-kira lima kilometer dari pekan itu.

Tinjauan Bernama di pekan Semporna hari ini mendapati pekan itu kini lengang apabila hampir semua premis perniagaan ditutup, termasuk tiga stesen minyak.

Pasar Awam Semporna yang biasanya begitu sibuk dengan peniaga dan pelanggan juga sepi apabila hanya kelihatan segelintir peniaga membuka gerai mereka, malah kaum nelayan juga tidak turun ke laut untuk menangkap ikan.

Sementara itu, beberapa penduduk Kampung Sri Jaya yang ditemui pula berkata hampir kesemua kira-kira 2,000 hingga 3,000 penduduk kampung itu telah meninggalkan rumah masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...