Perlembagaan ? Dr Asri Dan Hasan Ali Sependapat Hudud Boleh Dilaksanakan Di Kelantan

SHAH ALAM - Hukum Hudud boleh dilaksanakan di negara ini tanpa perlu meminda Perlembagaan Persekutuan, demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Hasan Mohamed Ali.

Beliau yang juga Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) berkata, tinjauan dan maklum balas oleh beberapa pakar Perlembagaan menjurus kepada kesimpulan
sedemikian sejajar dengan peletakan agama Islam sebagai agama Persekutuan yang memberi penafsiran meluas kepada pelaksanaan hukum hudud.

"Kepada mereka yang bukan beragama Islam, mereka tidak perlu takut dan risau kerana Islam adalah agama yang seadil-adilnya yang sentiasa menjaga hak penganut agama yang lain," kata beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dalam kenyataannya, hari ini.

Mengulas lanjut, Hasan menambah, sudah sampai masanya untuk dua parti politik Islam terbesar di negara ini iaitu UMNO dan PAS untuk bersatu dan saling bekerjasama dalam semangat 'Wahdah Islamiyah' untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini. -

"Umno dan PAS wajib mengenepikan sentimen dan kepentingan politik untuk duduk berpakat dan mencari jalan keluar secara bersama agar hukum hudud dapat benar-benar dilaksanakan satu hari nanti," -  Dipetik dari Antarapos
Sejauhmana kesungguhan dan keikhlasan Pas untuk melaksanakan Hukum Allah? Memang benar perlaksanaan hukum hudud ini bukan hanya menjadi tanggungjawab Pas sahaja, namun biar padanlah dengan pengkafiran yang telah dibuat oleh pemimpin Pas terhadap mereka yang tidak menyokong Pas  khususnya penyokong Umno.
Masalah ini dilemparkan kepada Pas secara khusus kerana Pas lebih melampaui batas dalam soal perlaksanaan hukum Hudud ini, namun bila dapat kuasa memerintah Kelantan apa yang Pas buat ? Balak habis botak, tanah pun serupa, tapi perlaksanaan Hudud langsung tidak berganjak dari keadaan semasa belum memerintah dahulu.
Kalau setakat nak buat papan iklan bertulisan jawi, Gk pun boleh buat header blog bertulisan jawi, namun apakah itu perjuangan Islam yang nak diagung-agungkan sehingga mengkafirkan sesama Islam, tunjuklah sikit keistimewaan pemimpin Pas yang boleh dibanggakan lebih daripada pemimpin Umno, kalau boleh pemimpin Pas istihar harta mereka setahun sekali pun kira ok lah, tapi habuk pun tarak....
Bagaimanapun kenyataan Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin bahawa kerajaan Kelantan boleh melaksanakan Hudud secara berperingkat lebih jelas kepada kita hakikat sebenar perlaksanaan hukum Hudud yang dipolitikkan oleh Pas selama ini. Kalau benar Pas parti yang memperjuangkan Islam kenapa tidak melaksanakan Hudud secara berperingkat seperti hukuman sebat kepada peminum arak?
Tidak semestinya perlaksanaan Hudud itu secara keseluruhan, pada peringkat awal ia boleh dimulakan dengan hukuman sebat keatas orang Islam yang meminum arak ? tapi kenapa Pas tak buat ? TAK CERDIK SANGAT KE HASAN ALI MEMBERI KENYATAAN BAHAWA HUKUM HUDUD BOLEH DILAKSANAKAN TANPA PERLU UBAH PERLEMBAGAAN JIKA KEADAAN SEBENAR ITU ADALAH SEBALIKNYA.
Mesti ramai rakyat dinegara ini nak tengok debat terbuka pakar-pakar politik dalam satu pentas yang turut disertai oleh pakar undang-undang bagi membahaskan, memperjelaskan dan memperbetulkan duduk perkara yang sebenarnya berkaitan HUDUD dan PERLEMBAGAAN samada retorik Pas atau realiti keadaan, ketika itu juga mungkin rakyat boleh lihat yang mana intan dan yang mana kaca...yang mana syurga dan yang mana neraka...Anda Mampu Mengubahnya...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...