Skuad Khas Pas Kelantan - Tangani Perlombongan Emas Haram Dan Anak Haram...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menubuhkan pasukan khas yang dilengkapi senjata bagi menangani aktiviti perlombongan haram termasuk perlombongan emas, yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pasukan itu akan ditempatkan di markas sekitar Gua Musang dan Jeli, yang dikenal pasti sebagai lokasi yang sering kali berlaku aktiviti haram.

"Penubuhan pasukan ini berkuat kuasa serta-merta, ia akan melakukan risikan, rondaan, pemantau dan tindakan diambil sejurus aktiviti itu dikesan," kata beliau kepada pemberita, di Kota Darul Naim, hari ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan berpuluh-puluh tapak perlombongan haram yang dikenal pasti di negeri ini dan ia berlaku sejak beberapa tahun yang lalu.

Susulan itu, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat serbuan ke atas tapak perlombongan itu diancam oleh lapan lelaki bersenjatakan objek keras dan tajam yang cuba menghalang operasi tersebut.

Ahamd yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah berkata, pasukan khas itu akan dianggotai oleh 22 kakitangan Jabatan Hutan, enam dari

Pejabat Tanah dan Galian dan seorang dari pejabat daerah.

Ditanya adakah penguatkuasaan sebelum ini tidak berkesan sehingga aktiviti haram itu gagal dibanteras, Ahmad berkata, anggota penguat kuasa yang tidak berada dalam satu pasukan menyebabkan tindakan untuk mengawal aktiviti itu perlahan.

"Sebelum ini pegawai penguat kuasa hanya ada jajahan masing-masing, dengan adanya markas kita dapat bertindak dengan segera," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan terdapat unsur rasuah membabitkan segelintir pegawai, Ahmad berkata, pihaknya akan memantau perkara tersebut dan mengambil tindakan sekiranya terdapat bukti wujudnya pegawai yang melakukan tindakan tersebut. - Sinar Harian

Bersungguhnya kerajaan Pas Kelantan untuk membanteras kegiatan melombong emas haram itu seharusnya dipuji, namun bagaimana pula dengan perlombongan anak haram ? biarpun sedikit kasar tapi itulah hakikat yang sebenarnya yang perlu diketahui bagi menghalang aktiviti maksiat yang boleh menyumbang kepada kes pembuangan bayi itu, sebelum ia semakin parah ada baiknya kerajaan Pas Kelantan mempertimbangkan tindakan yang sama dalam menangani perkara maksiat ini.
Memetik petikan pada artikel lalu, tidak bolehkah sebagai contohnya dewan pemuda Pas bertindak sebagai pembanteras kepada maksiat ini dengan melakukan serbuan serta memberi nasihat kepada golongan ini supaya maksiat sebegitu tidak terus dilakukan.

Dengan cara itu, kes zina dan buang bayi dapat dielakkan kerana keghairahan itu tidak dapat dimulakan ditempat-tempat seperti yang dirakamkan. Bermulanya zina adalah adegan "ringan-ringan" ditepi pantai yang stimnya itu disudahkan dibilik-bilik hotel, rumah sewa dan sebagainya. Hasil dari itu, sebahagiannya seperti print screen yang telah dilampirkan dibawah.

Sampai bila kita nak bercakap pasal berjuang Islam tapi tindakan langsung tidak ada, sedangkan tindakan itu sangat mudah untuk dilakukan, tidak seperti mana untuk melaksanakan Hudud, undang-undang manakah yang menghalang satu skuad khas dalam membanteras maksiat seperti ini. Rasanya tidak ada dan pemuda Pas boleh lakukan pada bila-bila masa sahaja.

Memanglah rakaman itu tidak ada perlakuan yang teruk, kalau siar yang teruk dari itu mungkin ianya sudah mengaibkan dan memalukan, namun itulah pemula zina dan hukumnya tetap HARAM disisi Islam, kalau disisi Pas kena tanya Nik Aziz dulu, cukup setakat itu untuk kali ini, dan "Lensa Mungkar" tetap akan terus  merakamkan adegan-adegan seperti ini untuk disiarkan tanpa sebarang tapisan. Awas anak muda anda sedang diperhatikan....

Sebagai landasan dan dasar perjuangan yang PAS ingin tegakkan Membangun Bersama Islam dan menunjukkan seriusnya kerajaan PAS Kelantan dalam membanteras  gejala maksiat mungkin caranya lebih baik dengan   mengusulkan penubuhan satu unit khas dalam membanteras maksiat yang berlaku ini.

Jika cara penubuhan unit khas oleh dewan Pemuda Pas ini telah dilakukan maka bolehlah kalau kita nak kata PAS ni ikhlas untuk memperjuangkan Agama Allah. Ni terus nak pergi kepada perlaksanaan Hudud, sampai bila ianya dapat dilaksanakan kalau PAS pun bertanding tak cukup kerusi untuk mentadbir negara.

Ketahuilah Hukum Islam atau perlaksanaan hudud ini didalam kerangka Islam, bukannya politik, tidak semestinya menjalankan Hukum Hudud ini akan aman negara tanpa terlebih dahulu mewujudkan satu suasana yang kondusif. Lihat apa yang berlaku di negara yang menjalankan Hukum Hudud seperti  Pakistan. Adakah aman negaranya? Ketahuilah juga negara mana yang paling aman didunia. Adakah Negara yang menjalankan Hukum Hudud.?

Pastinya tidak, tetapi negara itu mengamalkan apa yang diajar oleh Islam didalam pentadbiran walau pemimpinnya bukan dikalangan orang Islam. Menjalankan Hukum HUDUD dikala keadaan yang tidak sesuai adalah seperti untuk menghancurkan Islam dan menunjukkan Hukum Allah tidak mampu mengamankan negara dari jenayah. Sedangkan kita yang tidak mengikut peraturan yang sebenarnya sebelum kita melaksanakannya.

Jika selama ini Nik Aziz dan Hj Hadi serta semua mereka yang tidak pernah mencuri, tidak pernah berzina apakah ianya kerana adanya Hudud dan juga takut dipotong tangan atau direjam? Baiknya seseorang insan bergantung kepada dakwah dan iman yang ada didalam hatinya, Iman terbentuk melalui cara dakwah bukan cara hukum.

Oleh yang demikian cegahlah kemungkaran ini yang lebih WAJIB dari perhimpunan Bersih. Ini jua adalah perkara mungkar yang sangat mungkar, pemaksiat zina boleh menjadi seorang pembunuh, Firman Allah s.w.t maksudnya  "Jangan kamu hampiri perbuatan zina kerana ia adalah kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan." (Surah Al-Isra’ ayat 32) Anda mampu mengubahnya....
Gambar-gambar kes pembuangan bayi di Kelantan Klik DISINI. juga DISINI

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...