KUOTA HAJI DAN BERSIH 3.0 - SATU PERANCANGAN PAS BERSAMA AMBIGA!

Perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu usaha terancang pihak yang menyokong supaya ibadat Haji ditangguhkan dan pihak yang mendokong murtad serta seks bebas LGBT dalam usaha untuk mengekang umat Islam dari terus mengamalkan cara hidup Islam sebaliknya mengikut fahaman bebas yang dibawa oleh mereka.

Dengan memperalatkan parti bertopengkan Islam, gerakan Bersih yang dipimpin oleh Ambiga Sreevasanan selaku tokoh anti Islam yang diiktiraf oleh dunia yahudi seakan berjaya melancarkan jihad mereka terhadap umat Islam dengan cara yang cukup terancang, 

Umum mengetahui sesuatu yang besar itu bermulanya dari kecil, ibadat Haji ialah ibadat ke lima dalam rukun Islam, mencantas atau meremehkan ibadat kelima itu menjadikan rukun Islam kurang satu dan  lama kelamaan secara halus atas dasar kebebasan dan tolak ansur ia akan mengorbankan kesemua rukun tersebut.

Mengadakan himpunan Bersih di Kota Mekah baru-baru ini punyai kepentingan diantara mereka, Ambiga pastinya akan merasa bangga kerana aliran beliau sebagai anti Islam dan pro murtad dapat menembusi kota umat islam sekaligus memberi kesan kepada kerajaan Arab Saudi dalam mempertimbangkan kuota Haji umat Islam dari Malaysia.

Bagi Pas pula, manfaat yang didapati daripada pengurangan kuota Haji itu ialah sebagai persediaan mereka menghadapi PRU 13 kerana mereka khuatir PRU 13 akan diadakan pada musim Haji. Demi kuasa dan politik Pas sanggup memperkecilkan ibadat haji, dan untuk menyebarkan fahaman bebas tanpa agama pula  perjuangan Ambiga selari dengan Pas didalam isu ini.

Kesan dari tindakan itu kepada umat Islam adalah, umat Islam melihat rukun Islam ke lima itu tidaklah penting dan WAJIB untuk dikerjakan, malah mengundi yang dirasakan kecil itupun lebih penting dan WAJIB dari mengerjakan Haji, dan Ambiga pasti tertawa besar kerana sedikit demi sedikit berjaya menghakis serta mengurangkan kepercayaan umat Islam kepada agama. Anda Mampu Mengubahnya....
Bagaimanapun kuota jemaah Malaysia yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji akan diketahui Ramadan ini.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sudah berusaha secara positif bagi memastikan sekurang-kurangnya kuota sebelum ini seramai 28,000 jemaah, dikekalkan.
  
Kerajaan benar-benar berharap tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas tidak menjejaskan jumlah kuota jemaah haji Malaysia tahun ini, katanya

Jamil Khir berkata kerajaan menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun menghubungi kerajaan Arab Saudi mengenai isu itu.

Malah semasa lawatan perdana menteri ke Arab Saudi pada bulan lepas untuk memberi penghormatan terakhir ke atas Putera Mahkota Nayef bin Abdul Aziz Al Saud yang mangkat pada bulan lepas, Najib turut memohon kerajaan Arab Saudi memberi pertimbangan kepada kuota Haji Malaysia, katanya.
  
Jamil Khir berkata setakat hari ini jumlah yang mendaftar dengan Tabung Haji ialah seramai 984,204 orang dan 12,000 ialah mereka yang berusia 75 tahun ke atas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...