Nik Aziz Merajuk Pasal Baja Cap Dacing

Semakin hari semakin jelas cara Nik Aziz berfikir dan niatnya yang sebenar dalam menerajui sebuah pemerintahan yang diperkononkan dengan cara islamik. Perkara yang melibatkan kepentingan peribadi pun dimasukkan sama didalam teras pemerintahan beliau.

Zaman ini bukan masanya kita nak bercakap pasal orang tak ajak kita ceramah di sekolah, dia tak ajak itu
dia punya pasal, tapi kita nak bentuk keperibadian rakyat dan sekaligus menyediakan kemudahan kepada rakyat supaya rakyat hidup lebih selesa dan senang untuk melakukan amal ibadat selari dengan apa yang dituntut didalam Islam.

Ini bukan soal baja tu di cap dacing ataupun tidak, jika pemerintahan Islam dan baik hati pemimpinnya apa masalahnya dengan cap dacing pada baja tersebut? Janji rakyat dapat baja, itu yang penting, melainkan isinya bukan baja, taik lembu seumpamanya.

Apa tujuan Pas yang sebenarnya ? Untuk rakyat atau untuk kepentingan peribadi pemimpin Pas? Dah kalau pemimpin Umno tu jahil, dakwahkanlah mereka, yang sama naik nak berkuasa dengan mereka apa pasal, mewujudkan dua kerajaan didalam kerajaan Islam adalah perkara yang mungkar jika hanya berdendam dengan Umno semata-mata kerana tak jemput ceramah disekolah rasanya sudah jauh lari dari konsep perjuangan Islam yang sebenarnya kerana ia jelas berkepentingan peribadi.

Nik Aziz lebih baik nasihatkan rakyat dengan cara kesatuan bukan kebencian, kalau kerajaan pusat tak bagi kita kata dianak tirikan, bila kerajaan pusat bagi seperti BR1M seumpamanya kita kata dah memang itu duit rakyat, jadi bila masa kita nak berterima kasih kepada kerajaan pusat yang berjaya menguruskan kewangan sehingga mampu bagi duit free RM500 pada rakyat.

Jangan reti ajar jahat saja, rakyat pun reti nilai, kalau semua benda tak betul apa ke jadahnya yang Pas buat tu betul, jangan sampai rakyat meluat-luat dengan kenyataan seperti diatas, kerajaan pusat berbalah dengan kerajaan negeri secara tidak langsung rakyat juga berbalah sama dengan kerajaan pusat, kalau macamtu damaikanlah rakyat, ke Islam ajar macam mana?

Rakyat berbalah ? Apa rakyat nak berbalah, rakyat dapat BALAK ke? apakah rakyat dapat sama sepertimana yang pemimpin Pas dapat ? nilailah sendiri kenyataan orang yang diagung-agungkan itu jika benar datang dari mulutnya sendiri tanpa ditokok tambah oleh wartawan, laporannya ada dibawah...Anda Mampu Mengubahnya..

KOTA BHARU - Umno dikatakan punca wujudnya jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, situasi itu berlaku kerana pemimpin Umno yang mula bertindak meletakkan jurang tersebut antara Umno dengan Pas.

“Pemimpin Umno sendiri membuat perbezaan antara Pas dengan mereka (Umno). Sedangkan Pas ini parti yang halal sebagaimana Umno berdaftar, kita (Pas) pun mendaftar sebagai sebuah parti.

"Jadi kenapa semasa lakukan pentadbiran di negara ini Kerajaan Pusat membezakan layanan antara Kelantan dengan negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah mendapat jemputan ceramah daripada pihak sekolah kebangsaan mahupun menengah sepanjang tempoh 20 tahun memegang jawatan Menteri Besar.

“Pernah berlaku kejadian yang mana ada Exco saya buat program rekreasi dan menjemput pelajar sekolah kebangsaan menghadiri tetapi ditolak, kenapa?” katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, perbezaan layanan daripada Kerajaan Pusat terhadap negeri ini menyebabkan rakyat Kelantan khususnya penyokong Pas membentuk persepsi negatif kepada Umno.

“Contohnya mengenai baja padi dan di sini kenapa Kerajaan Pusat tidak bagi baja padi kepada Kelantan. Kelantan habis RM3 juta setahun beli baja khas kerana jika mahu baja, kena tampal logo dacing dan isi borang Umno dahulu,” katanya.

Terdahulu ketika dalam kuliahnya, Nik Abdul Aziz menempelak Umno sebagai dalang yang menyebabkan rakyat huru-hara.

Beliau mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat tidak memberi peruntukan dana untuk pembangunan Kelantan secara terus kepada Kerajaan Negeri tetapi menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) terlebih dahulu.

“Duit royalti petroleum Kelantan yang berapa ratus juta satu sen pun kita tidak dapat. Bila Kerajaan Pusat berbalah dengan Kerajaan Negeri ini secara tidak langsung rakyat negeri ini akan berbalah juga,” katanya. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...