Ustaz Azhar Nasihatkan Abby Jangan 'Gedik' Dan Delete Gambar Dedah Aurat Di FB

Kelantangan seseorang dalam membuat kritikan yang bersifat serangan kepada sesuatu pihak pastinya akan menerima tindak balas dari pihak yang dikritiknya, dan perkara ini sudah menjadi lumrah serta tidak usahlah kita mempertikaikannya diatas faktor kebenaran dan realiti apa sebenarnya yang berlaku.

Bercerita mengenai hidayah, umat Islam yang mengikuti dunia politik khususnya, pasti teringatkan hidayah yang diterima oleh Abby Abadi yang juga merupakan selebriti terkenal tanahair yang kini dikatakan sedang mundar mandir diheret ke setiap pentas ceramah Pas yang berkemungkinan bagi memperkasakan hidayah yang diterima beliau.

Jauh sekali tujuan untuk mempertikaikan hidayah yang menjadi hak mutlak Allah Taala kepada hambanya, namun sejauh manakah pengertian hidayah itu difahami dan dihayati untuk dimanfaatkan kepada jalan yang sebenarnya jalan yang diredhai oleh Allah Taala.

Hidayah ataupun petunjuk akan menjadikan insan dari kurang baik kepada yang lebih baik, dan hidayah bukanlah satu hal yang bersifat kekal tanpa kita terus berusaha untuk mengekalkannya pada jalan yang benar berdalilkan firman Allah Taala didalam surah Asy-Syams yang bermaksud :

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya), Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa, Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). -Surah Asy-Syams 7-10

Semoga mereka yang mendapat hidayah itu mudah-mudahan kekal buat selamanya tidak sepertimana artis terkenal Akhay Hayy yang mana satu ketika dulu begitu lantang kehulu ke hilir di pentas ceramah Pas namun kini kelibat bayang pun sepi hilang entah kemana, 

Berbeza dengan salah seorang penceramah bebas seperti  Dr Ridhwan Tee seorang yang bukan Islam dan mendapat hidayah lalu memeluk Islam sehingga kini masih utuh pada jalan yang dipilihnya. Amat tidak tepat sekali untuk mengaitkan hidayah itu terpaksa berada di pentas ceramah Pas sedangkan Pas itu merupakan parti politik yang punya agendanya tersendiri dan agenda itu bercanggah dengan ketepatan ajaran Islam yang sebenarnya.

Lama kelamaan hidayah itu menjadi hidayah dari Pas yang cakapnya seperti cakap pemimpin Pas yang langsung tidak tergambar ciri-ciri percakapan yang dianjurkan didalam Islam.

Ada baiknya Abby yang dikatakan mendapat hidayah itu mendengar nasihar daripada Ustaz Azhar Idrus dalam memantapkan dan menyuburkan hidayah itu untuk diri sendiri sebelum meluaskan dakyah itu untuk didakwahkan kepada orang lain. Secara automatik Abby mungkin akan lebih dihormati dan tidak akan ada dari kalangan teman-teman Abby untuk mengajak Abby berdebat dan sebagainya.
Kerana setiap kebaikkan yang ikhlas itu pasti akan membuatkan manusia merasa malu, sebaliknya jika semakin lantang tanpa mengetahui duduk perkara yang sebenarnya atau mendengar penjelasan dari kedua belah pihak ia hanya akan membuatkan keadaan yang akan memalukan diri sendiri.....Anda Mampu Mengubahnya......

1 comment:

  1. BENARKAH MEREKA TERIMA HIDAYAH YANG BENAR KERANA MANUSIA YANG MENERIMA HIDAYAH SEBENARNYA AKAN MENJADI LEBIH BAIK AKHLAKNYA. MALANGNYA MEREKA INI MENDAKWA MENERIMA HIDAYAH TETAPI AKHLAK MEREKA MENJADI LEBIH BURUK SESUDAH ITU.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...