'Lapar' Nak Jadi Calon 5 Bahagian BN Di Kelantan Kebuluran

Menurut sumber Umno Kelantan menghadapi masalah meletakkan calon sekurang-kurangnnya lima kerusi Parlimen kerana perebutan antara tokoh lama dengan muka baru.

Kawasan Parlimen terbabit ialah Ketereh; Kuala Krai; Rantau Panjang; Machang; dan Pasir Puteh. Kesemua kerusi berkenaan dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 2008.

Sebahagian masah berpunca kepada keinginan tokoh-tokoh lama parti yang masih mahu bertanding dalam PRU akan datang.

Di Kuala Krai, lima calon dikatakan berminat untuk bertanding kerusi Parlimen – Datuk Ramzi Abdul Rahman; Datuk Junaidi Bakar; Datuk Nik Sapiea Nik Yusof; Tuan Aziz Tuan Mat dan Azizuddin Hussein.

“Saingan sesama sendiri ini boleh menyebabkan perpecahan di kalangan penyokong Umno.

“Jika peringkat atas berpecah, orang bawah juga boleh berpecah. Kalau semua berpecah, peluang untuk merampas Parlimen Kuala Krai akan berkecai,” kata Ketua Wanita Umno bahagian, Rohani Abdul Majid.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN Azizzudin kelah kepada calon PAS, Dr Hatta Ramli.
Di Parlimen Ketereh, khabar angin bertiup kencang bahawa Tan Sri Annuar Musa mahu bertanding sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang.

Pada 2008, bekas menteri kabinet itu kalah kepada sepupunya Aziz Kadir dari PKR.
Bola dan politik

“Annuar mahu menggunakan popularitinya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai tangga untuk menjadi calon.

“Kononnya Tok Nuar (Annuar) boleh menang semula kerusi Ketereh dengan populariti bola,” kata Ismail Abas dari Melor, Ketereh.

Ismail berkata, Timbalan Ketua bahagian, Datuk Alwi Che Ahmad merupakan calon paling kayaj di Ketereh.

“Ketereh perlukan muka baru. Annuar sudah terlalu sebagai orang politk Ketereh dan Kelantan,” katanya lagi.

Saingan di Machang pula dijangka berlaku antara tokoh veteran Datuk Ismail Mamat dengan bekas ahli Parlimen, Datuk Sazmi Miah serta ketua bahagian sekarang Datuk Nur Jazlan Yaakob.

Di Rantau Panjang pula membabitkan dua pemimpin utama bahagian Datuk Mohd Zain Ismail dan Abdullah Mohd Yassin.

Abdullah ada ketua bahagian manakala Mohd Zain adalah bekas timbalan ketua bahagian. Calon 2008 iaitu Afandi Yusof juga disebut-sebut mahu menjadi calon sekali lagi. - http://persadapasirmas.blogspot.com/2012/07/umno-kelantan-bermasalah-di-5-bahagian.html

9 comments:

  1. Machang tu, elok bagi Datuk Jazlan la pulak. acu tera teh

    ReplyDelete
  2. tidak kiralah siapa yang akan menjadi calon........... yang penting Umno_Bn Kelantan mesti rampas semula Kelantan drp pas demi RAKYAT KELANTAN yang kesusahan.... hantarlah seberapa calon yang boleh tetapi keputusan calon bertanding mesti mesti diterima dengan hati terbuka yang dipilih oleh DS Najib..... janganlah terus cantas mencantah seperti PRU 12, PRU 11 dan sebelumnya kerana cantas mencataslah menyebab pas Kelantan terus merasa diri mereka kuat di Kelantan dan Umno Kelantan pula semakin lemah krn perpecahan semakin parah bermula dari pas perintah Kelantan hingga sekarang... sedar sekarang DEMI RAKYAT KELANTAN...

    ReplyDelete
  3. tidak kiralah siapa yang akan menjadi calon........... yang penting Umno_Bn Kelantan mesti rampas semula Kelantan drp pas demi RAKYAT KELANTAN yang kesusahan.... hantarlah seberapa calon yang boleh tetapi keputusan calon bertanding mesti diterima dengan hati terbuka yang dipilih oleh DS Najib..... janganlah terus cantas mencantah seperti PRU 12, PRU 11 dan sebelumnya kerana cantas mencataslah menyebab pas Kelantan terus memerintah Kelantan serta merasa diri mereka kuat di Kelantan dan Umno Kelantan pula semakin lemah krn perpecahan semakin parah bermula dari pas perintah Kelantan hingga sekarang... sedar sekarang DEMI RAKYAT KELANTAN...

    ReplyDelete
  4. Jgn peduli , daah kaya u sudah la, beri lah kat or lain pulak, org lama meka ingat meka tu kaki tangan kerajan masuk politik nak jatan sehingga pencen umur 66 tahun, jika fikiran mcm TUN M ok jugak,,,,kelantan ni umno tak boleh kuat semua gila kuasa gile gila,

    ReplyDelete
  5. Kelantan kata tidak untuk Umno tapi barisan alternatif pakatan bolih cuba

    ReplyDelete
  6. Calon yang berpotensi untuk BN di Pulai Chondong tapi orang "tak nampak"...Nik Ramizi Abd Samad anak muda dari keluarga UMNO Tulin.....

    ReplyDelete
  7. Perebutan calon Parlimen antara tiga tokoh boleh membawa masaalah kepada BN yaitu antara Datuk Sazmi, Datuk Jazlan dan Datuk Ismail Mamat... Datuk Sazmi pernah menang Parlimen Machang, Dayuk Jazlan mungkin tak menepati syarat asas walaupun mempunyai ramai penyokong, Datuk Ismail Mamat pula boleh dikirakan sudah agak lama dan perlu berehat, kerana rata-rata tak mahu UMNO Machang dikatakan UMNO Anak Beranak..(isteri beliau Ketua Wanita, anak lelaki pula Ketua Pemuda, anak perempuan pula Ketua Puteri dan untuk menggenapkannya Bapa Ahli Parlimen kiranya terjadi ...

    Harap UMNO Machang dapat cari penyelesaian yang terbaik...

    ReplyDelete
  8. Mungkin disebabkan "Sifat Pemurahnya" orang ramai telah tertutup pandangan. Kawan kita ini dulunya "orang kuat" datuk Sazmi setelah lari dari PAS....dan apabila menjadi "orang kaya segera" beliau lari dari datuk Sazmi dengan "karung wang" dan kini menjadi "orang pemurah" dalam PAS..... orang kampung memang rata-rata bercakap "pitih supa daun kayu".... rezekinya yang terlampau...

    Tapi awas,,, kata orang "Pelanduk lupakan jerat, tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk..."

    ReplyDelete
  9. Sehingga kini DUN P.Chondong dilihat seperti dalam "kemelut" untuk menentukan calon PAS...pihak atasan parti mungkin merasakan sudah melakukan yang terbaik dalam menyenaraikan calon untuk PChondong...tapi agak malang kerana bakal calon yang masih hijau ini dan juga bukan orang politik telah "terperanjat beruk" dan bertindak agak kehadapan dengan "membocorkan" rahsianya sendiri. Akibatnya terlompat-lompatlah dua tiga ekor beruk.... dan apabila calon sebenar diistiharkan nanti banyak kemungkinan yang akan berlaku. Andainya orang lama dikekalkan sudah tentu beberapa ekor beruk akan menjerit-jerit...tapi kiranya orang baru ini dicalonkan ada mungkin penyokong orang lama akan resah juga, apa tidaknya mereka telah sekian lama dengan persiapan untuk menghadapi PRU13 ini... sama-samalah kita lihat apa kesudahannya nanti...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...