Video - Anwar Tak Layak Jadi PM - Nik Abduh

Dalam sebuah negara demokrasi seperti negara kita Malaysia, kuasa untuk menentukan corak perkembangan negara adalah terletak ditangan rakyat, proses ini ditentukan ketika pilihanraya berlangsung dimana rakyat diberi hak untuk memilih parti mana untuk menguasai kerajaan dan mentadbir negara,

Kesilapan memilih pemimpin juga akan ditanggung oleh rakyat, dan kesilapan memilih pemimpin itu tidak akan berlaku sekiranya rakyat benar-benar faham akan realiti sebenar apa yang berlaku kepada parti-parti yang dipilih mereka setelah mendapat kuasa kelak.

Merujuk kepada pembangkang dalam konteks Pakatan Rakyat khususnya Pas dan Dap, gabungan dua parti ini tidak ubah seperti air dan minyak, ini kerana dasar perjuangan mereka jauh berbeza cuma kesamaan mereka terletak diatas ideologi menentang yaitu berfahaman Khawarij dan Komunis,

Apa yang berlaku di Kedah baru-baru ini mengenai perebutan kerusi diantara Pas dan Dap itu sudah cukup jelas kepada kita hal yang akan berlaku sekiranya mereka diberi mandat sama bagi mentadbir negara. Mula-mula masa belum dapat ni biasalah, semuanya manis, kalau kentut pun wangi gamaknya dan begitulah juga sebaliknya.

Seterusnya kedudukan sebenar Pas didalam Pakatan Rakyat telah diterjemahkan oleh anaknda kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas pada perhimpunan hijau yang diadakan baru-baru ini.

Menurut Nik Abduh Nik Aziz, kuasa mentadbir negara ini perlu diberikan kepada yang berhak dan yang mengajak rakyat beriman kepada Allah, orang yang paling berhak dijelaskannya ialah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Benarkah apa yang dikatakan Nik Abduh itu? Pasti penyokong PR tersentak kerana orang yang disebut-sebut malah sudah dinobatkan bakal Perdana Menteri sekiranya PR berjaya ke Putrajaya adalah Ketua Umum Pkr Datuk Seri Anwar Ibrahim, macammana pula Nik Abduh dan Pas nak merampas kuasa tersebut untuk diberikan kepada Hj Hadi selaku orang yang dikatakan layak.

Maka disitu sudah berlaku pertembungan atau perbezaan pendapat dari mereka, perbezaan ini pula melibatkan perkara yang paling asas didalam sebuah pembentukkan kerajaan, silap percaturan pertelagahan memilih ketua itu akan mendatangkan ketidakstabilan dalam negara, huru-hara bakal tercetus akibat penyokong dua puak ini masing-masing inginkan ketua dari parti mereka itu untuk mengepalai kerajaan.

Parti yang taksub atau eksktrimis tidak memilih siapa untuk dipancungnya, tak kira kawan mahupun lawan...Anda Mampu Mengubahnya....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...