Tiga Beradik Malang Jadi Mangsa Pemuas Nafsu

Menyingkap kembali satu peristiwa yang jarang berlaku di negeri yang tidak berkebajikan ini untuk diambil iktibar kepada semua.

Anak kecil berusia 10 tahun di atas dirogol  lelaki 24 tahun. Setelah diberkas polis, suspek disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan ke atas pesalah.

Kakaknya, beusia 14 tahun tersipu-sipu ketika saya temui di rumah mereka di Kampung Lipat Sanggul, Bonggol, Kota Bharu, Kelantan.


"Siapa buat love bites di leher?," soal saya.

"Boyfriend lah," balasnya selamba sambil tersenyum. 

Teman lelakinya berusia 17 tahun dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Manakala di bawah ini gambar perut kakak sulung mereka berusia 16 tahun, masih di bawah umur.


Jam 11.21 pagi tadi dia dibangunkan pasukan polis diketui Ketua Balai Polis Pengkalan Chepa, Cif Inspektor Rostam Ayob bersama 9 anggota beliau.

"Mengandung berapa bulan?," tanya saya.

"Lima," jawabnya ringkas.

Gadis terbabit dilahirkan di Puchong, Selangor dan berpindah ke Kelantan setelah ibu dan ayah didakwa dilanda krisis rumah tangga. Ketika rumah diperiksa, dia sedang tidur manakala ibunya, berusia 34 tahun bekerja di gerai menjual makanan berhampiran Stadium Sultan Mohamad ke IV.

"Saya dah lebih setahun kenal dengan boyfriend sejak saya pindah ke sini mengikut emak," jelasnya.

Kelihatan berserabut, dia tiba-tiba menjadi sebak sejurus saya menjelaskan kepadanya berhubung Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


"Lelaki mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur samada dia bersetuju atau tidak jika aduan dibuat, lelaki itu boleh dituduh merogol. Perogol adik awak dah kena penjara dan disebat"

Tanpa berlengah dia bangun dan mendapatkan teman lelakinya berusia 17 tahun, sewaktu kami tiba, tidur bersebelahan adik perempuannya di ruang tamu.

"Kenapa selepas ditangkap Jabatan Agama Islam semalam, awak masih tidur di rumah ini?," soal saya kepada teman lelakinya berbaju hijau.


Dia hanya membisu. Lelaki di sebelahnya itu, anak angkat emak mereka dan keduanya mengaku memasukkan dadah jenis metaphetamine atau lebih dikenali sebagai 'pil kuda', kali terakhir 4 hari lalu.


Kedua lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kota Bharu untuk menjalani saringan ujian air kencing.


Sebelum teman lelakinya melangkah keluar dari rumah, saya terdengar gadis mengandung terbabit berbisik kepada teman lelakinya sambil air mata bergenang di kelopak mata.

"B! B! Macam mana ni?"

Namun teman lelakinya hanya mampu menundukkan kepala dan melangkah perlahan dengan tangan bergari.

Syahdu nian suasana.

Namun kejadian pada jam 8.50 pagi tadi di Kampung Pulau Gorek, Badang, lebih menyayat hati saya. Saya tidak tidur sejak jam 8 pagi semalam, terlena di dalam kenderaan, dikejutkan jurukamera bertugas membuat liputan paparan 999.

Saya kemudian bergegas masuk ke rumah di bawah.


Sebaik masuk, saya terdengar suara tangisan anak kecil berusia 12 tahun, kelihatan  memeluk adik lelakinya berusia 10 tahun. Sebak hati saya buat seketika. Apa kesalahannya sehingga terpaksa meraung sedangkan wajah ibu dan ayahnya berusia 30 dan 35 tahun kelihatan selamba, berdiri tanpa riak sesalan di wajah mereka?


"Dah jumpa dah, dia sorong 'barang' dalam bantal," ujar anggota polis berdiri berhampiran saya.


Pasukan serbuan menemui bahan dipercayai pil kuda dan heroin. Pasangan terbabit dilaporkan menjual dadah kepada penagih dari kawasan berhampiran.


"Sebiji pil kuda dijual berapa harga?," tanya saya kepada ayah kepada 4 anak berusia di antara 10 dan 16 tahun itu.

"Dua puluh ringgit," jawabnya.

Lelaki terbabit dilahirkan di Thailand dan kemudian berkahwin dengan isterinya berasal dari Kuala Krai dan mereka disyaki mula menjual dadah secara kecil-kecilan sejak 6 bulan lalu.

Ketika keduanya diiring untuk menaiki kenderaan polis, tangisan anak perempuan mereka mendapat keputusan 3A dan 2B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah semakin kuat. Dua adik lelakinya juga turut menangis sambil memeluk erat tubuh ibu dengan tangan bergari.

Tidak mampu saya menahan airmata daripada mengalir di pipi melihat 4 beranak terbabit berjalan beriringan. Kesilapan ibu dan ayah, anak mereka terpaksa menanggung deritanya. Mengapa kejadian seumpama ini mampu berlaku?


Namun keadaan itu tidak begitu mencemaskan berbanding kejadian berlaku di gerai menjual makanan di Tanjung Kratong pada jam 4 pagi.


Lelaki berusia 20 tahun di dalam gambar di atas dipercayai terlangar dinding ketika cuba melarikan diri bersama beberapa rakan lain berjudi. Mulutnya berbuih, matanya terbeliak dan dia menggeletar, bagai terkena sawan babi.

Saya amat kagum memerhatikan tindakan pantas pegawai dan anggota polis terbabit dalam serbuan. Cif Inspektor Rostam secara tenang membasahkan muka remaja terbabit menggunakan air. Dalam tempoh kurang 3 minit, dia bangun namun kelihatan keliru.

"Awak terlanggar dinding dan lepas itu jatuh dan pengsan ke?," tanya saya.

"Eh! Mana ada saya jatuh dan pengsan!," jawab penganggur terbabit.

Dia dan 5 rakannya berusia di antara 16 dan 28 tahun kemudian dibawa ke IPD Kota Bharu. Pada jam 5.30 pagi dia disahkan positif pil kuda setelah menjalani ujian saringan air kencing.


Huh! Padanlah! Memang bikin suspense!

Apapun catatan saya di atas hanya sekadar 10% daripada liputan bakal saya sajikan kepada penonton setia program 999.

Terima kasih kepada semua pegawai dan anggota menjayakan misi kali ini.

 Sumber - Blog Mazidul Akmal Sidek

28 comments:

  1. ermmmm mmg negeri serambi TOKONG....jgn la guna lagi serambi Mekah....buat malu org Islam je....asyik nak mengata org je, akhirnya negeri sendiri hancur x sedar....ingat perfect sgt....ceh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau sedap jew nak hina negeri orang .. Memang sial lah ko ...

      Delete
    2. Otak geliga ko ni memang bodoh smbong suka hati nk hina negeri org..negeri kau lgi teruk lgi ada lah cuma xdiberitahu je....bodoh smbong

      Delete
    3. aiyooo... ap ni korg... korg duk kate2 mcm2 ni dpt pe? puas?..
      xde nye ulama' nk kutuk org tnpa sbb.. ko tu jgn ktuk ulama'.. oke..?? behave ye

      Delete
  2. betol tu...kawe org kelate pong malas nok pikir sbb kawe cari rezeki luar dr kelate...sapo2 dok kelate tu pikir laa molek2

    ReplyDelete
  3. dah cakap banyak kali yg boleh menjaga rakyat hanya umno...walau pun tak perfect mana...tapi skurang2nya kebajikan rakyat terjaga....ini parti Pas memeritah apa yg depa boleh bagi????nik aziz mencarut boleh le...lepas tu nak salahkan umno...tapi dia buat ape.....org ktan perlu berubah kalau tak hancussss ktan....asysik kena tipu oleh tok guru aje....dia kata dia hidup sederhana...walhal anak menantu dia paling kaya.........apa pembangunan yg dia buat untuk rakyat negeri Ktan????melainkan buat fitnah semua salah UMNO.....air pun tak setel2 dah 21 tahun memerintah.....snggup ke lagi 4 tahun seksa di bawah Pas....kalau depa menang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh .. kena mengena apew dgn parti poitik pulak bodoh !!

      Delete
    2. X tau diam2

      Delete
    3. Anonymous ko ni bodoh baik ko diam..parti ko jaga kebajikan rakyat ke jaga kebajikan scandel2 ..hahaa vermin diri dlu lah bodohhh

      Delete
  4. saya pernah mengenali seorang perempuan muslim yang berasal dari kelantan, memang molek bertuduung labuh, cuma yang tak tahan sikap suka mengumpat dan mengadu domba sehinggakan rakan sepejabat boleh bercakaran, akhirnya dia sendiri memohon untuk pindah jabatan kerana diboikot! harapnya dia ni hanya kes terpencil ya....

    ReplyDelete
  5. awek 16 tahun tu bodoh.tak payah kecoh ler sapa buat ko.ko patut suh bf ko tu blah dulu.ini bila bf ko dah sangkut, mulalah mengelabah.xley pakai betullah awek ni.sial

    ReplyDelete
  6. Islamiknya kelantan bukan mutlak ! isu ini hanya laris dalam persada politik , islamik ?? serambi mekah ??

    aku amat , amat dan amat kenal kelantan ! aku tahu bagaimana selera perut orang kelantan , aku tahu bagaimana permainan budaya kelantan , bagaimana sikap dan cara tindakan orang kelantan , aku arif perangai budak kelantan , cara berfikir dan cara gaya mereka , lelaki dan perempuan kelantan sama saja dengan budak dari negeri lain , beza cuma pada slang , dari segi akhlak dan perangai kepuraan ..sama saja !

    islamik cuma diatas kertas , pada batinya ..kelantan tak islamik mana pun !

    ReplyDelete
  7. skurang2nya pemimpin klntan mengharamkan kelab malam,tmpat2 maksiat yg dilarang oleh ALLAH....soal ini adalah pilihan individu....pemimpin hnya perlu sediakan apa yg patot berlandaskan hukum ALLAH....membenarkan pusat hiburan,pusat judi,kilang arak adakah landasan yg benar????...
    aku ckgu di JOHOR....xperlu cari bukti jaoh2,skolah aku je dh ada beratus budak yg pernah buat seks....lelaki atau perempuan..setiap tahun ada budak yg beranak luar nikah..kenape???sebab ekses hiburan n maksiat hanya di depan mata....80% muridislam skolah aku (menengah) xtau solat dgn btul......

    ReplyDelete
  8. bodoh btol yg duk mngate mcm gtu... yg jd ni satu kluarga, bkn satu negeri... x pyah la psl hk wt jem gini minoriti je, abih senegri ko kutuk... kt kl ni lg byk yg truk2 dr yg ni...

    ReplyDelete
  9. gejala seks, gejala moral di kelantan lah yg paling teruk di malaysia.. kl dan selangor yg sesak penduduk pun tak setruk kelantan. kerajaan PAS buat apa? asyik main politik syaitan.. beginilah jadinya

    ReplyDelete
  10. alahai..bodohnya admin blog ni. nila setitik kau nak bising. nila sebotol kau tak nak bising? kelab malam sana sini. karoke sana sini. pusat urut sana sini. memang setiap penduduk ada yang okay tapi ada jugak yang tak okay. semua orang tak perfect bro. tp at least ada usaha. Allah akan tolong. pg pavi aku tgk awek melayu minum arak bro. open pulak. kau tak nak bising pulak ke?

    ReplyDelete
  11. bodoh punya admin...kalau kau boleh cari cerita gini di kelantan...dedahkan juga cerita dibawah UMNO BN...baru adil bodoh tak de akal...kau datang melaka tempat aku aku nak tunjuk ke mu....lagi buruk dari kelantan

    ReplyDelete
  12. sedap mulut jer korang,klau kelatan ade 1 kes macm ni...bersepah lgi kat negeri lain..

    ReplyDelete
  13. admin ni mmg bodo..dia kira bising benda org benda dia punya dia nk sorok..ni kompom admin ni taik umno ni...mmg taik karat niii

    ReplyDelete
  14. Org timbulkan kisah kelantan kerana org nak tengok macamana kelantan diperintah secara islam oleh tok guru tertinggi Pas

    ReplyDelete
  15. Org timbulkan kisah kelantan kerana org nak tengok macamana kelantan diperintah secara islam oleh tok guru tertinggi Pas

    ReplyDelete
  16. Qlate n orgnya x perlu diagung sgt pun,dah bwh pas,haruslah hancus,laenlah lau under bn bru stabil...

    ReplyDelete
  17. Kat Selangor lagi haru,,,exco PAS sendiri luluskan jual arak kpd org Islam.. lebih taghut dari UMNO yang dituduhnya.. itulah jadinya bila politik dijadikan tuhan

    ReplyDelete
  18. Mmg kelantan no.1 bab2 pil kuda ni...so islamic???wat malu islam jer

    ReplyDelete
  19. Mulut mcm puaka .ITU ke ko ckp bn bgus..hahaa ngeri ko pain terukk Bab oil kuda semua ni..jngn buat2 but a xnmpak keburukn negeri sendiri..bodoh punya org

    ReplyDelete
  20. Mulut mcm puaka.ITU ke ko ckp ko bgus ..hipokrit..negeri lain lagi terukkk kis pil2 kuda semua ni..jngn BT buta lah ..soal pinpinan bn paling bnyk scandel no 1 Bab scandel..haha parti bodoh

    ReplyDelete
  21. If you are a Buddhist monk from abroad to come and stay in any Buddhist association in Malaysia, any Buddhist monk should be more careful because some Malaysian Buddhist associations as committees are very dirty in their minds and they do not have Dhamma in their mind they (without Dhamma)

    For example, SAMNAK SAMBODHI one of Buddhist Temple (Malaysia Buddhist Association) located at Taman Desa Jaya, Kepong… YIP KUM FOOK as president, there is another more problem because the committee is like a ghost and animals

    Committees in SAMNAK SAMBODHI, they can collect any money from Buddhist monks, whose monks live in the Temple, one of our Myanmar Buddhist monks (VEN. U NANDIYA) lives there, the temple committee cheated his money about rm20,000.00, our monk is very sadly about that

    On the other hand, VEN. PHRA PIYA DHAMMO from Penang also committees at SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE remove him out, without any mistake, this is very stupid committees in the world

    If anyone reading this message, please forward it to anyone who knows...we will protect and save Buddhists teaching

    Sharing by Buddhist groups in Malaysia & Myanmar Buddhist People in Malaysia

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...