PAS JUAL TIKET MAULID NABI RM 20 SEKEPALA, YA ALLAH BERIKANLAH HIDAYAH

"Daripada buat Maulid nabi, Lebih baik duit tu buat tandas masjid", perkataan ini adalah yang terpacul keluar dari mulut seorang sahaja ulamak didalam dunia ini. Sungguhpun begitu GK tidak punyai hujah yang kuat untuk menafikan ungkapan tersebut. Namun merasa terpanggil untuk membela Rasulullah dengan digerakkan hati oleh Allah taala untuk menjelaskan ungkapan tersebut yang ada hubung kaitnya dengan sebuah majlis yang akan diadakan ini.

Hati GK tidak merasa tenang sekiranya hal ini tidak diluahkan untuk dikongsikan dengan seluruh muslim dan mukmin semua. Mengimbas kembali apa yang GK baca pada sebuah portal  Klik SINI mengenai  majlis maulidur rasul yang akan diadakan dengan dengan tujuan mengutip dana atas sasaran RM 50,000 dengan mengenakan tiket RM 20 satu kepala untuk menghadiri majlis tersebut.

Subhanallah seorang yang jahil seperti GK ini merasakan.....(tidak terungkap dengan kata-kata) bilamana terbaca kenyataan demikian. Jika apa yang dilaporkan oleh portal tersebut sesuatu yang benar tanpa sebarang tokok tambah, maka malanglah untuk kita umat Islam jika masih tidak celik mengenai perkara ini.

Diatas nas dan dalil mantik apakah yang digunakan untuk menghalalkan kutipan tiket bagi sebuah majlis agama yang satu ketika dahulu dikatakan bidaah dan 'kerja tidak sudah' ini. Diatas satu-satu kepentingan sanggup mengenakan caj pada majlis mengingati Rasulullah untuk kepentingan sesuatu pihak.

Bagi GK yang hanya biasa menghadiri majlis yang diadakan oleh masyarakat kampung seperti majlis kesyukuran kerana anak berjaya memasuki universiti luar negara sebagai contoh, tidak pula dikenakan tiket, hanya sumbangan ikhlas sahaja dialukan bagi membantu meringankan perbelanjaan menyambung pelajaran tersebut.

Kalau sampai tahap BERTIKET ni sudah menjadi hal yang agak luar biasa dan perlu diberi kesedaran mengenai kelalaian diatas matlamat menghalalkan cara ini. Jangan sampai kelakuan matlamat menjadi ibadat dan terus menerus menjadi hukum yang akan menyesatkan generasi umat Islam dimasa hadapan.

عن جابر بن عبداللّه أن رسول اللّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان يقول في خطبته: أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ. 
Maka sesungguhnya, sebaik-baik ucapan adalah kitab Allah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhamad s.a.w. dan sejahat-jahat perkara adalah perkara-perkara rekaan. Dan setiap bid’ah adalah kesesatan.
Sedarlah kita semua, perlakuan mengada-adakan sesuatu perkara didalam agama ini tidak boleh dibiarkan, apatah lagi untuk kita menyokongnya. Mohonlah perlindungan daripada Allah . Insyaallah Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...