Bumiputera MELAYU Mesti Tonton Video Ini

Tun Musa: Ucap tahniah; terima kasih kepada Karangkraf dan Astro kerana dijemput sampaikan ucapan kepada orang yang menarik dan tertarik.

Tun Musa: Saya jual kuih "ketipot". Orang Melayu dulu dianggap bodoh, malas dan dianggap tak sesuai dalam proses permodenan

Tun Musa: Begitulah perasaan orang Melayu sendiri, mereka sedar...

Tun Musa: Sikap di kalangan orang Melayu inilah yang menjadi masalah kepada orang Melayu untuk bergerak dalam bidang ekonomi

Tun Musa: Atas daya usaha kesedaran, oleh Tun Razak, segalanya menjadi baik

Tun Musa: Dua strtaegi telah ditentukan, pembangunan luar bandar dan pendidikan

Tun Musa: Kalau kita katakan negara berdaulat, kita lihat aspek ekonomi orang Melayu boleh dibanggakan

Tun Musa: Namun dalam sistem apa pun kita gunakan persoalanan akan terus dibangkitkan...

Tun Musa: Jadi persoalanan inilah yang perlu kita... betulkan

Tun Musa: Apabila kita guna survival orang Melayu, ada yang dakwa ekonomi ini makin serius; ancam hingga luput. Ini saya tidak setuju

Tun Musa: Saya juga percaya orang Melayu boleh berjaya dengan usaha mereka sendiri

Tun Musa: Lagi satu pengalaman saya di Dubai, jumpa budak Melayu, berbual, tanya "buat apa di sini, buat bisnes bunga."

Tun Musa: Maksud saya ceritakan hal ini, kerana, masanya sudah tiba - orang Melayu jangan sikap merendah diri

Tun Musa: Kalau setiap kali kita kata kerajaan kena tolong, kalau tak, tak boleh, ini tak boleh, kita harus kikis mentaliti ini

Tun Musa: "Tidak ada jalan senang untuk melakukan bisnes"

Tun Musa: "Bukan ada jalan senang untuk kita mencapai kejayaan. Pahit maung harus kita lalui"

Tun Musa: Apalah salahnya kalau kita lihat Cina itu bagus, kita ambil mereka uruskan perusahaan kita, apalah salahnya.

Tun Musa: Kalau slogan Malaysia Boleh, kalau itu boleh beri kebanggaan, tiba masanya kita katakan dalam ekonomi, Melayu Boleh!

Soalan kepada Tun Musa: "Adakah sekarang survival ekonomi Melayu atau survival kepimpinan Melayu?"

Tun Musa jawab: "Semuanya ada survival"

Soalan kepada Musa: "Pendapat Tun dalam Iskandar, penglibatan orang Melayu untuk tingkat ekonomi Melayu?"

Jawab Tun Musa: "Iskandar adalah konsep wilayah untuk menetapkan zon-zon tertentu"

Jawab Tun Musa lagi: "Kalau dari segi angka untuk zon tertentu memang kita dapat"

Soalan kepada Musa: "Bagaimana generasi muda boleh naik?

Tun Musa jawab: "Manusia ada prejudis suka dan tak suka. Saya tidak ada statistik tertentu."

Malah kata Tun Musa, "dari segi masa panjang dan dasar ekonomi baru, kita harus sesuaikan ikut masa."

Soalan untuk Musa: "Bagaimana nak ubah minda orang Melayu"

Tun Musa: "Sukar untuk ubah mentaliti orang Melayu, ia kena melalui satu proses"

Tun Musa: "Siapa yang gunakan perkauman sebagai politik, dia ahli politik bankrup"

1 comment:

  1. Aku suka sangat dengan keterbukaan yang dipamer dalam video ini. Aku anak miskin yang berjaya hasil dari dasar bijak kerajaan dan asohan baik ibu-bapa mengenai makna berdikari. Bapa aku berniaga kecil=kecilan . Tetapi semangat bapa buatkan aku sedar betapa pengorbanan penting dalam segala hal. Ibu ajar erti menghormati janji dan menepati masa. Aku berjaya dalm pelajaran dan memncebur diri dalam perniagaan. Sikap suami yang tidak kisah apa orang lain fikir, menyemarak kejayaan. Semangat yang sama aku semai pada anak-anak. Anak aku sudah dewasa dan berkerjaya baik. Mereka ikut perinsip keluarga. bersederhana dan tidak teruja dalam hal kenduri kendara besar-besaran yang diamal balik orang Melayu. Sikap orang Melayu macam inilah yang membinasakan.Bergolok bergadai hanya kerana nak tujuk gah. Ada antara anak Melayu yang menagatakan aku membebel bila aku beri nasihat tentang jati diri! Aduhai,, anak Melayu sedarlah diri kamu! Aduhai, ibu bapa jangan lah lupa menimbangkan keutamaan hidup supaya anak-anak tidak tertinggal dalam memperbaiki ekonomi. Aduhai ibi bapa dan anak-anak Melayu jangan pandang rendah usaha berniaga kecil-kecilan. Tanakan sikap rendah diri, baik perkataan dan manis budi bahasa jika memilih untuk berniaga. Buang sifat sombong dan tidak memilih-milih semasa beri khidmat. Jangan TAMAK! usaha sedikit-sedikit tetapi konsisten akan membawa kejayaan! InsyaAllah!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...