Tumpat - Penceramah Pas dalam satu ucapan ceramahnya mempersoalkan, jenazah yang empat jam lewat dikebumikan kerana masalah ketiadaan air kenapa perlu menunggu air paip sedangkan sungai berhampiran dengan rumah jenazah yaitu Sungai Tat begitu luas, dan sepatutnya mayat diselam saja disungai berkenaan.
"Isu air keruh, sampai mayat di Kampung Simpangan,... tahun lepas,...empat jam lewat sebab tiada air tak boleh dimandikan, ambo (saya) kata kenapa duk tunggu air paip, Sungai Tat luas selam situ...."
Jika begitu mudah Pas membicarakan soal urusan kematian, maka bergelimpanganlah mayat disungai-sungai seluruh Kelantan akibat kebengongngan pemikiran yang diamalkan oleh mereka serta sikap mengambil mudah demi menjaga kepentingan politik semata-mata. Orang hidup Pas korbankan, mati pun Pas korbankan. Undilah Pas untuk dua kali terkorban.
Begitu juga dengan isu tanah yang digadaikan kepada tauke-tauke Cina dari luar Kelantan, namun menurut penceramah Pas, Kerajaan Pas Kelantan tidak menggadaikan tanah, sebaliknya hanya menggadaikan umbi getah dan pohon kelapa sawit sahaja. Tak beraso kebodo ko weh?
Penceramah Pas yang dikenali sebagai Hamid Derani itu turut mengulas keadaan yang berlaku di Sabah, katanya, rakyat Sabah menggunakan air hujan setiap hari termasuk mengambil wudhuk, mandi dsbnya, namun akibat mandi junub dengan air hujan ianya terasa sejuk, apabila sejuk maka ia akan berdakap, setelah berdakap akan mandi junub lagi sekali, begitulah rutin harian masyarakat dinegeri Sabah.
Kesimpulannya, maki hamun, menghina, mengcela, fitnah dan seks adalah makanan asasi kepada pemimpin Pas dan PR, justeru sebagai rakyat yang bertanggungjawab, anda perlu menghentikan perbuatan yang tidak senonoh itu. Anda Mampu Mengubahnya.
nanti kita selamkan jenazah dia dulu
ReplyDeleteTinggi ilmu ugamanya.Kenapa orang yang mendengar tidak terfikir penyelesaian seperti itu?
ReplyDelete