Dari segi populariti dan kewibawaan calon Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, tidak keterlaluan jika dikatakan Khairul Azwan Harun atau lebih mesra dengan panggilan AzwanBro tampak lebih menyerlah dan memperlihatkan kredibilitinya untuk menggalas jawatan tersebut.
AzwanBro yang dilihat begitu serasi dengan kepimpinan pemuda yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin seharusnya diberikan peluang untuk memperkasakan lagi saf kepimpinan pemuda agar ianya selari dengan kehendak orang muda pada hari ini.
Dalam pengamatan kita kepada bicaranya, ia lebih menjurus kearah memperkatakan mengenai permasalahan rakyat dan juga cara penyelesaiannya, kerana pada pandangan beliau, usaha untuk menguatkan parti dan mendekatkan rakyat kepada parti bukanlah tugas wakil rakyat semata-mata, malah barisan pemuda juga turut bertanggunjawab akan perkara itu.
Bagaimanapun dengan kelebihan yang ada pada beliau, sudah pastilah ianya menimbulkan kecemburuan dari mereka yang berkaitan, sepertimana yang ditulis oleh rakan blogger yaitu, mungkin dengan keluarnya wajah calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun akan menambahkan lagi sengsara sesetengah bloggers yang cuba memburuk-burukkan imej Azwanbro dalam beberapa artikel mereka.
Nasihat saya, siapalah penulis blog baru setahun jagung tersebut yang mahu mempertikaikan kredibiliti sama ada seseorang itu layak atau tidak menggalas tanggungjawab sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Jika hendak mempertikaikan Azwanbro sekalipun, carilah isu-isu yang berkaitan dengan bidang tugasnya sepanjang memegang jawatan dalam pemuda, bukannya dengan isu peribadi. Nampak sangat serangan yang dimulakan di blog kamu bermotif. - Double-Y
Rakaman penuh temubual MobTV bersama Khairul Azwan Harun dengan idea-idea yang bernas sila [KLIK]

Itu kenyataan bukan fantasi la bro, jgn la disebabkan ko dibayar maka ko nak org yg bermasalah jadi NKPUM.
ReplyDelete