Video - Syed Husin Tak Pakai Kondom Jawapan Kepada 'Mengapa 9 Raja Melayu Tidak Satu ?'

Mengapa 9 Raja Melayu tidak satu ? Apa yang dipersoalkan oleh Syed Husin Ali dalam bukunya berjudul 'The Malay Rulers - Regression or Reform? itu adalah satu persoalan yang jarang didengar dan tidak pasti apa motifnya yang sebenar.

Syed Husin yang pernah menjadi Timbalan Presiden PKR dan sebelumnya Presiden PRM turut mempertikaikan mengenai bahasa istana seperti 'patik', 'duli' dan 'sembah', apa pandangan anda mengenai kenyataan beliau itu ? Apakah ia sekadar pandangan atau ada agenda lain yang tersirat disebaliknya.

Bagi pertikaian mengenai 'sembah' yang berhubungkait dengan hukum hakam Islam sebaiknya hal itu diputuskan oleh mufti atau Majlis Fatwa Kebangsaan kerana mereka yang lebih layak.

Alasan Syed Husin dalam pendapatnya 'Mengapa 9 Raja Melayu tidak satu' ialah alasan simbol perpaduan yang lebih menjurus kepada hal ekonomi bagi sebuah negara kecil, maksud secara kasarnya ialah 'nak buat apa ramai raja, menghabiskan beras jer'... Kononnya nak berjimatlah kot...

Pendapatnya itu sepertilah kalau ditanya 'Mengapa 3 anak Syed Husin tidak satu' kenapa tidak ditunggalkan, darisegi perpaduan dan ekonomi bukankah ia juga sama dengan 'Mengapa 9 Raja Melayu tidak satu' ?. Ini kerana kerajaan juga tidak terlepas dari menanggung bantuan atau subsidi kepada anak-anak Syed Husin, ke anak-anak Syed Husin ni tak bersekolah atau tak isi minyak ?

Kalau nak bercakap dalam aspek keadilan, adakah ia adil bagi mereka yang punyai seorang anak atau langsung tidak punyai anak, sebagai contoh Syed Husin ada 3 anak, Syed lain ada 1 anak, sudah pasti perbelanjaan kerajaan lebih besar kepada keluarga Syed Husin yang punyai 3 anak berbanding Syed lain yang punyai 1 anak. Kesimpulannya bukan salah ibu mengandung tapi mungkin salah Syed Husin tak pakai kondom......

Sistem beraja yang ada ini tidak dapat tidak wajib diterima oleh seluruh rakyat, sebarang pendapat yang mengganggu-gugat kedudukan raja-raja akan mendatangkan lebih banyak kecelakaan dari kebaikkan, tidak kena cara kalau Syed Husin nak menjimatkan perbelanjaan kerajaan dengan mengurangkan 9 raja kepada 1 raja. Takkanlah kerana nak ekonomi, liberal Syed Husin sanggup nak bunuh 2 anak supaya tinggal 1.... Paling kuat pun untuk anak yang membazir tu kita nasihatkan supaya berjimat cermat, nak buang anak tidak sekali-kali...

Untuk makluman, raja-raja Melayu punyai fungsi tetap yang cukup penting melibatkan dasar dan perlembagaan berkait kepentingan orang Melayu, raja berbeza dengan pemimpin yang dipilih melalui sistem demokrasi, pemimpin yang dipilih punyai misi dan visi yang berbagai, kalau sebelum ini Pak Lah dengan 'Hadhari', Najib pula dengan 'Transformasi', sebaliknya raja bersifat tetap dan khusus dalam menjaga kepentingan orang Melayu dan juga agama Islam.

Bagaimanapun raja adalah manusia seperti kita, tidak maksum dan terdedah kepada melakukan kesilapan, tapi itu tidak bermakna alasan untuk raja ditunggalkan, perpaduan tidak bermaksud tunggal pada fizikalnya, tapi ia tunggal pada matlamat dan tujuannya, sebaliknya jika ada bukti mana-mana raja yang zalim  seperti melakukan jenayah, atau membazir wang rakyat secara melampau, parlimen perlu ada sedikit kuasa untuk gulingkan raja itu dari takhtanya dan bawa ia kemuka pengadilan sebagaimana rakyat biasa.

Sebagai orang Islam, saya berkeyakinan anda tidak akan berpihak kepada raja yang zalim, tiada sebab untuk kita membelanya, kalau bela juga itu mungkin hanya orang bodoh, kita tidak bertuhankan raja, kita bertuhankan Allah, namun jangan hanya kerana seekor lalat, kita hendak membunuhnya dengan nuklear sehingga turut akan menggugat kepentingan kita orang Melayu beragama Islam.
Selanjutnya, mengenai penggunaan bahasa 'patik' dan 'duli', katanya patik bererti anjing, dan duli bermaksud tapak kaki yang dipenuhi debu, apabila kita ketahui maksud yang demikian, sedikit sebanyak kita sebagai rakyat benar-benar merasa terhina dan timbul sedikit bencikan raja, jadi, seperti agak secocok bilamana pendapatnya 'Mengapa 9 Raja Melayu tidak satu ?' itu dibawa bersama dengan bahasa istana yang dikatakan menghina rakyat.

Kita tidak menolak maksud sebenar bagi perkataan itu dalam Bahasa Sanskrit, tapi sekalipun benar ia membawa maksud yang hina, ia tidak bermakna maksud itu yang dimaksudkan oleh rakyat di Malaysia, sementelah Bahasa Sanskrit ini tidak digunakan dalam negara kita dan hanya negara seperti India, Nepal, Bangladesh, dll saja yang menggunakannya.

Penggunaan bahasa ni sangat luas akan takrifannya, sebagai contoh dalam negara kita sendiri, di Kelantan misalnya, perkataan 'kopek' adalah merujuk kepada buah dada atau payudara dan bukannya membuang atau mengupas kulit buah-buahan. Sama juga dengan perkataan-perkataan yang kita fahami sebagai buruk dan mencarut seperti 'pantat', 'burit' dsbnya, rujukan: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=  , ia punyai maksud yang luas, jangan nanti bila orang luar datang ke Kelantan dan sebut 'kopek' orang Kelantan marah kerana hanya memahami perkataan itu sebagai mencarut.

Lagipun asalkan berkait dengan raja, bukan kita rakyat bawahan saja yang membahasakan diri sebagai 'patik', malah golongan profesional cerdik pandai atasan dan pembesar negara juga tidak terkecuali. Adakah golongan ini mengiktiraf perkataan itu sebagai perkataan yang menghina diri mereka ? Bodohlah kalau macam tu!!!

Jika kita tak merasa hina seperti maksud yang hina itu, tapi apa yang kebanyakkan tahu dan fahami ia satu perkataan ganti nama selaras dengan apa yang ditakrifkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, justeru adakah wajar isu ini ditimbulkan ?, terfikir juga apa motif isu ini dikembarkan dengan 'Mengapa 9 Raja Melayu tidak satu ?'.... 

Untuk perkataan 'sembah' yang turut dibangkitkan, mungkin itu nampak relevan dan bajet bagus Syed Husin untuk mengumpan, namun jangan hanya kerana satu perkataan yang kita fikir ia baik kita nak anggap semua yang datang dari beliau itu baik.

Rakyat seharusnya lebih bijak dan berhati-hati dalam penerimaan maklumat dunia hari ini, jangan mudah untuk menilai sehingga kita tertipu dan menyangka kelantangan seperti pemimpin Iran, Ahmadinejad itu sosok muslim yang baik, beriman dan berguna untuk umat Islam. Anda mampu Mengubahnya.

Tidak pernah aku pinta untuk adanya raja, wujud ia kurnia dari yang Maha Esa, lantas aku menerima seadanya...

3 comments:

  1. Puak2 PR ini lama kelamaan mereka akan soal sampai bab Tuhan.. jgn hairan krn bg mereka akal mereka telah jadi 'tuhan' dlm diri mereka.. semua neraca logik dan wang dijadikan otak asas.

    Satu shj asas yg perlu kita pegang utk yakini kenapa perlu sgt kita taat dan warisi sistem kesultanan Raja2 Melayu? yaa... cuba kita celik sejarah dh fikir secara holistik.. jika tidak krn adanya Kerajaan Kesultanan Negeri-negeri Melayu ini.. entah skrg ini Malaysia-negara kitapun tak mungkin wujud!!!

    Tanah Melayu ini jika tidak di tadbir oleh Sultan dan Raja2 terdahulu sudah lama rasanya kita dijajah oleh bangsa lain, ataupun tanah ini berpecah2 sehingga tidak mungkin jd sebuah negara Malaysia spt skrg. Igtlah.. fikir..

    Kekuatan KEdaulatan Sultan Raja2 Melayu mempertahankan negeri masing2lah menyebabkan kita mewarisinya menjadi persekutuan Tanah Melayu.. tanpa persetujuan Sultan dan Raja Melayu yg mulia hati itu.. atau jika salah satu dr mereka bersikap penting diri tidah mahu menyertai persekutuan Tanah Melayu.. apakah kita akan dpt negara Malaysia seperti skrg? Seluas sekarang??

    Apakah kita yakin tanah subur kaya ini akan kosong tnpa siapa berani usik,beratus tahun?? dan tiba2 jer menjadi Malaysia?? Kenangilah jasa Sultan dan Raja2 Melayu yg kerana merekalah kita mewarisi kemewahan dan tanah tercinta ini melalui cantuman negeri2 Melayu BerRaja Sultan ini.. bayangkan tanpa mereka sudah lama Siam+Indonesia+Belanda+Portugis+Komunis China+Jepun dan entah puak mana lg akan meratah tanah ini utk dijadikan hak milik mereka..

    Daulat Tuanku.. Semoga Allah SWT berkati Sistem Sultan dan Raja Berpelembagaan Malaysia ini, Ketua kpd Agama Islam dan penaung kpd Rakyat Jelata.. AMinn!!

    ReplyDelete
  2. Puak2 PR ini lama kelamaan mereka akan soal sampai bab Tuhan.. jgn hairan krn bg mereka akal mereka telah jadi 'tuhan' dlm diri mereka.. semua neraca logik dan wang dijadikan otak asas.

    Satu shj asas yg perlu kita pegang utk yakini kenapa perlu sgt kita taat dan warisi sistem kesultanan Raja2 Melayu? yaa... cuba kita celik sejarah dh fikir secara holistik.. jika tidak krn adanya Kerajaan Kesultanan Negeri-negeri Melayu ini.. entah skrg ini Malaysia-negara kitapun tak mungkin wujud!!!

    Tanah Melayu ini jika tidak di tadbir oleh Sultan dan Raja2 terdahulu sudah lama rasanya kita dijajah oleh bangsa lain, ataupun tanah ini berpecah2 sehingga tidak mungkin jd sebuah negara Malaysia spt skrg. Igtlah.. fikir..

    Kekuatan KEdaulatan Sultan Raja2 Melayu mempertahankan negeri masing2lah menyebabkan kita mewarisinya menjadi persekutuan Tanah Melayu.. tanpa persetujuan Sultan dan Raja Melayu yg mulia hati itu.. atau jika salah satu dr mereka bersikap penting diri tidah mahu menyertai persekutuan Tanah Melayu.. apakah kita akan dpt negara Malaysia seperti skrg? Seluas sekarang??

    Apakah kita yakin tanah subur kaya ini akan kosong tnpa siapa berani usik,beratus tahun?? dan tiba2 jer menjadi Malaysia?? Kenangilah jasa Sultan dan Raja2 Melayu yg kerana merekalah kita mewarisi kemewahan dan tanah tercinta ini melalui cantuman negeri2 Melayu BerRaja Sultan ini.. bayangkan tanpa mereka sudah lama Siam+Indonesia+Belanda+Portugis+Komunis China+Jepun dan entah puak mana lg akan meratah tanah ini utk dijadikan hak milik mereka..

    Daulat Tuanku.. Semoga Allah SWT berkati Sistem Sultan dan Raja Berpelembagaan Malaysia ini, Ketua kpd Agama Islam dan penaung kpd Rakyat Jelata.. AMinn!!

    ReplyDelete
  3. Setiap perbuatan itu BERMULA DENGAN NIAT, kalau niat untuk sebutan itu baik maka baiklah jadinya.TETAPI kalau hati ,otak dan perasaan sentiasa bersangka buruk, maka buruklah jadinya.Para Pencacai PR ini akan sentiasa mencari isu Picisan..ha ha ha. aku tidak memBUTUHkan mu wahai pencacai

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...