Ternyata Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin tidak meletakkan diri beliau ditempat yang sepatutnya, kerana rakus dengan kebendaan duniawi, terutama gila nak jadi Pengerusi Media Prima, beliau tanpa rasa tanggungjawab dilihat begitu seronok mengkritik sambil memfitnah sekaligus seolah-olah turut mengesahkan beberapa persepsi negatif berkaitan PM dan Isteri.
Sikap dendam dan tidak berpuas hati Kadir hanya kerana tuntutan nafsunya tidak dipenuhi telah menggambarkan dirinya yang sebenar, memburuk-burukkan kerajaan dan UmnoBN tanpa mengira masa termasuk ketika menjelang PRU13 lalu adalah sikap terlalu jahat bagi seseorang yang masih mengharapkan 'sesuatu' daripada kerajaan UmnoBN.
Selain itu, cubaan Kadir menjatuhkan maruah isteri PM dengan beberapa fitnah dan persepsi juga antara sikap 'kurang ajar' yang tak patut beliau lakukan terhadap isteri pemimpin no 1 negara itu. Status yang ada pada Kadir tidak seharusnya digunakan untuk mengesahkan persepsi buruk terhadap isteri PM. Tak salah kalau Kadir nak kritik, tapi biarlah berasas setaraf dengan beliau selaku Tokoh Wartawan Negara.
Lagipun orang tua seperti Kadir perlu lebih sedar akan hakikat usianya yang sudah tidak senonoh kalau masih bersikap seperti kebudak-budakkan. Jika ya pun berhajatkan sesuatu daripada kepimpinan Najib dan sementara hajatnya itu tidak dilayan, Kadir tidak wajar meroyan sehingga memperkatakan mengenai sesuatu tanpa bersandarkan kepada fakta yang jelas, kerana sikap itu langsung tidak layak kepada seorang yang dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara.
Wanita Paling Berkuasa ? Apa motif Kadir ? |
"Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan
dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat
kepercayaan rakyat jelata".
Hairan sungguh!, yang Kadir ni duk kalut sangat sampai berbuih mulut apa pasal ? Siapa Kadir ? Kalau tokoh sebesar Mantan Perdana Menteri Tun M, Mantan Menteri Kewangan dll, Tun Daim, Tengku Razaleigh dll pun tidak sekalut Kadir dalam memperkatakan hal Rosmah, jadi apa rasionalnya Kadir ni terlebih 'kalut' ? Mengalahkan pembangkang! Apa besar sangat Kadir sampai paksa orang untuk terima cadangan 'bengong'nya!. Bukan soal hanya sindir tak sindir, tapi yang Kadir bersungguh sangat tu kenapa ? Atas kapasiti apa yang Kadir bersungguh hingga sedemikian rupa ? Atas kapasiti 'Pengerusi Media Prima'kah ? Kahkahkah ?.
Hairan sungguh!, yang Kadir ni duk kalut sangat sampai berbuih mulut apa pasal ? Siapa Kadir ? Kalau tokoh sebesar Mantan Perdana Menteri Tun M, Mantan Menteri Kewangan dll, Tun Daim, Tengku Razaleigh dll pun tidak sekalut Kadir dalam memperkatakan hal Rosmah, jadi apa rasionalnya Kadir ni terlebih 'kalut' ? Mengalahkan pembangkang! Apa besar sangat Kadir sampai paksa orang untuk terima cadangan 'bengong'nya!. Bukan soal hanya sindir tak sindir, tapi yang Kadir bersungguh sangat tu kenapa ? Atas kapasiti apa yang Kadir bersungguh hingga sedemikian rupa ? Atas kapasiti 'Pengerusi Media Prima'kah ? Kahkahkah ?.
Tak tahannya alasan Kadir ialah supaya tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib
dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan
kemudahan kerajaan... Bengong sungguh...!, macammana boleh jadi Tokoh Wartawan Negara ? Nak ikut orang tuduh?, orang tu pulak pembangkang yang memang kerjanya begitu, habis kalau pembangkang tuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, takkan nak suruh Najib lantik ayah Altantuya pulak jadi Menteri ? Bab tuduh ni, apa yang pembangkang tak tuduh ? Dah lunyai dah Najib dan Rosmah dituduh dengan pelbagai tuduhan jahat, tapi mana BUKTInya ?
Orang nak tuduh, tuduhlah, apa kaitan dengan
nak kena lantik jadi Menteri ? Solusi bangang diatas kekecewaan tak
dilantik jadi Pengerusi Media Prima ni memang haprak. Kita bukan 'over' nak bela Rosmah, masalahnya sekarang semua tuduhan itu terbukti hanyalah FITNAH, takkanlah kita ni pun nak sambung fitnah pembangkang.
Lagipun negara kita ada undang-undang, dikalangan pemimpin pembangkang punyai ramai pakar perundangan, kalau dikatakan berlaku penyalahgunaan kuasa dsbnya, sila buat pendakwaan dimahkamah, jangan duk sembang tepi longkang. sebelum kata mahkamah tak adil, buktikan juga ketidakadilan itu, bawa dulu kes kemahkamah...
Itulah bahana bila Kadir mendahului nafsu daripada akal, apa yang beliau hendak perkatakan semuanya menjurus kepada kebodohan, beliau seronok kritik atau cemarkan imej isteri PM, pada masa sama beliau marah kalau diperlakukan perkara sama kepada beliau. Inilah pandainya Tokoh Wartawan 'Kangkung'.
Selain marah tak dilantik jadi Pengerusi Media Prima, Kadir menjadi bertambah marah apabila tidak dibenarkan turut serta dalam perjumpaan dengan PM. Sepatutnya bila orang tak jemput tak payahlah buat muka tak malu nak meminta-minta, faham-faham jerlah, bila dah kecewa, mulalah nak meroyan sampai blogger pun dijadikan mangsa. Tak cukup dengan itu analogi seluar dalam juga yang digemarnya.
Itulah Datuk A Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara yang rendah mutunya tapi tinggi nafsunya, merasakan beliaulah yang hebat, tahu segala-gala tentang politik, memaksa orang menerima pendapatnya, bahkan cenderung bersifat sebagai 'penentu' atau tepat dalam membuat ramalan politik. Sedangkan hakikatnya Kadir Jasin tidaklah lebih dari sehelai seluar dalam lusuh yang putus getahnya...Selanjutnya mengenai skandal seluar dalam lusuh putus getah ada diSINI, SINI juga SINI. Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.