Mukhriz Bimbang BN Tumbang @Ibdil Dan @KhairyKJ Pula Syok Puji Pembangkang

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang dasar “betul tapi tak popular” dalam menangani masalah khususnya kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan wajib mendengar rintihan pihak yang memberikan kemenangan pada BN dan dikhuatiri mereka kesal kerana "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".

"Malangnya dalam keadaan sekarang, BN menang tipis tak dapat dua pertiga majoriti seperti sebelum ini. Ada perkara yang boleh dibuat, ada yang tak mampu dibuat selagi kita tidak dapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.

"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.

"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam Berita Minggu hari ini.

"Satu lagi ialah isu siapa mengatakan bahawa yang baik itu tidak popular. Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri," katanya.

Mukhriz berkata tiada jaminan orang yang memberi nasihat itu bersikap ikhlas untuk membantu dan menggesa BN perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah rakyat "secara popular dan betul".

"Betul dan popular itu bukannya suatu yang eksklusif, ia sebenarnya tidak menidakkan satu sama lain. Tetapi kena kaji mendalam, apakah penyelesaian itu," katanya.

Kebimbangan Mukhriz  itu harus diberi perhatian yang sewajarnya, bilamana disebut soal 'populariti' dan 'persepsi' sudah tentu ianya berkait rapat dengan medium penyebaran maklumat. Dalam perkembangan dunia hari ini, penguasaan media baru adalah sangat penting bagi sesebuah parti politik, untuk menguasai media baru jentera media baru itu sendiri hendaklah  diurus oleh mereka yang benar-benar berkelayakkan dan arif aka medium berkenaan.

Sebaliknya apa yang berlaku didalam Umno hari ini ialah meletakkan individu 'syok sendiri' untuk mengepalai jentera cyber parti itu. Hasilnya sudah pastilah cacar marba. Sebagai contoh, apabila PM di'kangkung'kan, individu yang mengepalai Biro Media Baru langsung tidak mempertahankan PM atau memperjelaskan kedudukan sebenar sekaligus memberi peluang kepada pembangkang untuk terus memanipulasikan isu tersebut, buktinya diSini.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yaitu individu yang bertanggungjawab melantik Pengerusi Biro Media Baru dalam satu kenyataannya beberapa hari lalu menyifatkan pendekatan yang digunakan media baru parti itu sebelum ini tidak berkesan selain memuji pihak pembangkang, "Itu membuktikan strategi media sosial yang kita gunakan selama ini membuktikan ia tidak berkesan, cakap dalam kelompok sendiri, masih syok sendiri, sedangkan pembangkang lebih kepada sasaran mendekati masyarakat umum. Saya akui, strategi lama itu tidak berkesan".

Kalau Ketua Pemuda Umno sendiri memuji dan mengiktiraf pembangkang, apa lagi yang nak dibanggakan dengan Umno ? Tapi bagi kita pengamal media baru yang mesra Umno, biarpun adakalanya kita kritik Presiden UmnoBN namun kita tidak sesekali memuji apatah lagi memuja Ketua Pembangkang. Seandainya kita memuji dan memuja pembangkang atau Ketua Pembangkang berkemungkinan besar ada sesuatu yang tidak kena dengan kita.....
Coretan Pengerusi BMB di blog peribadi beliau 'Cocodilly.blogspot.com'
Dalam pada sesuatu yang tidak kena itu, ianya terlalu bahaya kepada UmnoBN, kerana sesuatu yang tidak kena itulah yang sedang mengelilingi pentadbiran PM. Diatas hal itu jugalah ada baiknya kita renung-renungkan kenyataan Mukhriz yang juga anak tokoh pemimpin yang berpandangan jauh  sepertimana katanya, "Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri". Anda Mampu Mengubahnya.


"Takkan hari-hari kerja kita nak hentam pembangkang, dah takder kerja lain ke" - Pengerusi Biro Media Baru, Ibdillah Ishak

2 comments:

  1. selagi ada khairy, sahlan, omar ong, dan mamat2 dalam pemandu maka peluang bn jadi pembangkang lepas pru14 makin cerah. teruskan strategi bongok tu wahai pemimpin umno...

    ReplyDelete
  2. Mentrli kangkong maaaa....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...