MH370 - Ustaz Manzil Marah Jika Mimpinya Mengenai Pesawat Itu Terhempas Dikatakan Sebagai Cerita Rekaan

Cukup tertarik dengan apa yang cuba dikongsikan oleh seorang Ustaz yang dikenali sebagai 'Ustaz Darul Manzil' mengenai misteri kehilangan pesawat MH370. Ustaz Darul Manzir dikatakan telah didatangi mimpi dan dalam mimpinya itu juga diperlihatkan bagaimana pesawat MH370 terhempas.

Namun sudah menjadi lumrah, disebalik mimpi yang telah beliau kongsikan, pelbagai pandangan tampil daripada setiap sudut, ada yang memberi komen positif dan tidak kurang juga yang negatif.

Bagaimanapun menurut Ustaz, terpulanglah kepada umum samada untuk anggap mimpi beliau itu sebagai petunjuk ataupun mainan tidur, cuma jangan anggap mimpi beliau itu sebagai cerita rekaan semata-mata, kerana beliau MARAH sebab ianya benar-benar mimpi bukan cerita yang direka.

"Maka jika kata itu khayalan, silakan.. Nak kata itu petunjuk pun silakan.. Tapi nak kata saya REKA CERITA memang saya MARAH kerana saya BENAR-BENAR BERMIMPI..."

Biarpun Ustaz telah mengingatkan bahawa cerita itu hanyalah mimpi, namun masyarakat terlalu teruja, sehinggakan ramai yang menghubungi Ustaz untuk memohon pertolongan dalam pelbagai masalah yang mereka hadapi.

"MINTA TOLONG... Saya bukan tukang SCAN... Lepas post MIMPI MH370 ni, ramai pulak yang telefon darulmanzil minta guna kaedah sama suruh scan anak lari lah, suami lari lah, bini lari lah, rantai emas hilang la... adus... pls.. Kalau urusan tu saya tak mahu kerna ia menghampiri syirik... Mimpi ni bab lain... Takkan tiap2 malam nak mimpi masalah hilang jer... jenuh la macam ni..."

Tidak dinafikan mungkin masyarakat tertarik dengan amalan Ustaz sebelum tidur yaitu menurut Ustaz,

"Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O…" 

Menerusi pemerhatian saya di Facebook Ustaz, rupanya bukan sekadar amalan itu saja yang Ustaz amalkan sebelum Ustaz didatangi mimpi mengenai MH370, malah anak-anak Ustaz juga turut berparodi 'Raja Bomoh Ala-kazam' sekaligus menunjukkan kecenderungan Ustaz sekeluarga mengikuti perkembangan MH370 sehingga berparodi berkemungkinan antara faktor yang mendorong mimpi Ustaz.
Sebagai rakyat Malaysia kita merasa bangga kerana Ustaz terpilih untuk diperlihatkan didalam mimpi mengenai misteri MH370, tapi jangan pula ada yang teruja sehingga menggangu Ustaz dengan permintaan yang pelik-pelik, seperti kata Ustaz ada yang minta suruh scan anak lari, suami lari, isteri lari,...... sebaliknya urusan sebegini mintalah pertolongan daripada Allah. Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. Minta maaflah Pakcu cuba mencelah sikit....

    Pakcu bukan nak kata siapa-siapa tapi dalam bab mimpi dan tafsir mimpi ni jarang benar ketepatannya..nak percaya boleh tak nak pun boleh kecuali tabir mimpi yang di buat oleh Nabi Yusuf Alaihisalam kerana itu adalah satu mukjizat yang dikurniakan Allah kepadanya.

    Malah hati para ambia ini bersih dan tak pernah terpesong dari landasan Qada dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah...walahualam.

    ReplyDelete
  2. Salam bro! Tolong linkkan blog http://nakhodakuale.blogspot.com/ .
    Terima kasih .

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...