Video - Tun Musa Hitam: "Dosa Saya Banyak, Yang Besar Sekali Pada Saya Ialah Memali"

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlalu, baru sekarang Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam membuat pendedahan berhubung peristiwa hitam itu.

Namun pendedahan yang dibuat lebih tertumpu kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan ketika itu berada di Kuala Lumpur dan bukannya berada di China sebagaimana yang umum ketahui.

Ketika ditanya adakah beliau kesal dengan peristiwa Memali ?

"Ya! Saya berasa sangat sedih, bila saya berhenti... waktu saya lepas berhenti waktu dengan Dr Mahathir, saya pergi mana?  pergi Mekah,..... Saya bertaubat, Ya Allah ya Tuhanku, dosa aku banyak bukan saja Memalilah, yang besar saya nak cakap terus terang, yang besar sekali pada saya ialah Memali, dan saya tak boleh lupakan perkara ini".

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.

Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.

Mungkinkah ada sesuatu yang tersirat disebalik pendedahan beliau ini ???

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...