Daripada PC Rosak Kepada Menteri Ayam

Hampir sebulan sukarelawan tak dapat blogging ekoran kerosakkan motherboard dan harddisk pada pc yang sedang digunakan, tempoh sebulan itu sebenarnya adalah tempoh yang diambil oleh pengeluar untuk menggantikan dua komponen itu memandangkan ianya masih 'under warranty'.

Sedangkan jika komponen itu ditukar dengan kos sendiri, tak sampai sehari ia sudah boleh digunakan,  apapun terlintas difikiran saya apakah wajar jangkamasa itu dibebankan kepada pengguna walhal masalah itu berpunca daripada kualiti barangan yang dihasilkan oleh pengeluar?

Situasi ini berlaku bukan terhadap barangan komputer sahaja, malah pada kesemua barang, antaranya barangan elektrik seperti TV, peti sejuk, mesin basuh dsbnya. Masalah ini mengingatkan  akan jiran saya yang setiap hari membebel akibat mesin basuh yang baru dibeli seminggu mengalami kerosakkan, namun waktu itu saya gagal menghayati perasaannya kerana ia tidak berlaku kepada diri sendiri.

Sudah menjadi lumrah setiap pengguna beranggapan membeli sesuatu barangan baru lebih menguntungkan kerana mempunyai jaminan atau 'warannty' sekaligus  dapat mengelakkan kos maintenance berbanding menggunakan barangan lama atau terpakai. 

Namun secara logiknya, apabila sesuatu barangan itu baru, berjenama pasti ia berkualiti dan ia tidak harus rosak, lebih-lebih lagi dalam jangkamasa yang singkat atau kurang setahun, jika rosak, apa yang dikatakan sebagai 'warranty' itu perlu berfungsi dengan kesan serta merta, maksudnya pihak pengeluar perlu menggantikan komponen yang rosak itu dalam tempoh yang singkat atau kurang dari 3 hari bukannya berbulan.

Bagaimanapun apabila ditanya kepada pihak pembekal kenapa mengambil masa terlalu lama untuk mengantikan barangan yang rosak sedangkan ia dalam tempoh jaminan, pelbagai alasan yang diberikan oleh pihak pembekal, antaranya komponen yang rosak itu perlu order dari pihak pengeluar di KL. 

Wajarkah alasan sebegitu yang diberikan ? Jika hal yang sama berlaku didalam perkhidmatan  kerajaan, kita yakin ramai mulut-mulut berus akan menyalahkan penjawat awam Melayu kononnya buat  kerja lembab, makan gaji buta dsbnya. Tapi jika keadaan itu melibatkan syarikat khasnya syarikat milik cina semuanya bisu kecut berut.

Apapun masalah ini tidak kemana kalau setakat diperkatakan oleh orang-orang kecil yang tidak berkuasa, ia perlu campurtangan Menteri yang berkaitan, sejauhmana cerdik dan caknanya Menteri terhadap  permasalahan rakyat boleh dinilai dari apa yang telah dibuat ketika atau sedang menjawat jawatan itu. Tapi kalau Menteri kata, "Kita mesti menjadi pengguna yang bijak" tanpa sebarang peraturan atau akta baru atau pindaan yang dibuat oleh kementerian, maka Menteri tu bolehlah kita panggil ia dengan Menteri Ayam.

Mengimbau kembali apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersabit dengan masalah penarikkan kereta ketika beliau menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, mungkin kalau beliau ni taraf Menteri Ayam beliau juga akan kata "Kita mesti menjadi pengguna yang bijak", sebaliknya apa yang dilakukan beliau jelas menjaga kepentingan pengguna dan rakyat.

Memetik laporan Berita Harian bertarikh 15 Julai 2010. Institusi kewangan perlu mendapat kebenaran mahkamah jika hendak menarik kereta yang pemiliknya gagal membuat bayaran bulanan tetapi sudah melunaskan 75 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman sewa beli. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peraturan yang memberi perlindungan kepada pengguna itu akan dikuatkuasakan seperti yang terkandung dalam Akta Sewa Beli (Pindaan) 2010.

Beliau berkata, menerusi pindaan itu juga, penarik kereta akan diwajibkan mendaftar dan mendapat permit daripada kementerian untuk beroperasi.

Katanya, penarik kereta yang didapati tidak mengikut prosedur ditetapkan termasuk bertindak ganas ketika menarik kenderaan akan didenda RM25,000 atau penjara tiga tahun bagi kesalahan pertama dan denda RM50,000 atau penjara lima tahun bagi kesalahan kedua.

“Pindaan akta ini akan lebih melindungi pengguna yang terbabit dengan perjanjian sewa beli dan pada masa sama mengelak tindakan ganas penarik kereta.

“Dengan adanya permit dan pelantikan penarik kereta diluluskan kementerian, kita boleh mengadakan peraturan jelas supaya tindakan keganasan penarik kereta dapat dielakkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010 di Parlimen, semalam.

Dewan kemudian meluluskan rang undang-undang itu menerusi undian suara.

Akta Sewa Beli 1967 pernah dipinda pada 1968, 1969, 1975, 1976 dan kali terakhir pada 1992 bertujuan diperbaiki kelemahannya.

Peraturan sebelum ini membolehkan pemilik kenderaan iaitu institusi kewangan menarik kenderaan penyewa yang gagal membayar satu pertiga daripada ansuran bulanan tanpa perlu mendapat kebenaran mahkamah. Penarik kereta juga boleh menarik sesuka hati kenderaan pengguna selepas mendapat arahan institusi kewangan untuk berbuat demikian.

Ismail Sabri berkata, peruntukan terkandung dalam akta sedia ada tidak memberi perlindungan menyeluruh kepada pengguna, malah menyebabkan kerugian besar kepada pemilik kenderaan.

Tidak semua akta sediaada sempurna atau relevan sepanjang masa, sesetengahnya perlukan pindaan, itulah pentingnya rakyat mempunyai pemimpin dan Menteri yang cerdik dan cakna, kerana Menteri sebegini mempunyai otak selain berjasa dan bertanggungjawab dalam setiap jawatan yang disandangnya, bukan sekadar menghabiskan boras semata-mata. Anda Mampu Mengubahnya.

"Bukan PC rosak nak salahkan Menteri, tapi Menteri perlu buka mata pada setiap kelompangan  yang memerlukan pindaan demi kepentingan seluruh rakyat".

1 comment:

  1. Anonymous9/26/2012 8:08 AM
    Kepada Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang hormati sekian,
    Bahawa saya, peguam Yip Jiun Hann, Pemuda MCA Gombak seorang anak Yip Kum Fook ingin bertanya mengapa orang ramai begitu dengki bapa saya beristeri lebih dari tiga? Ini sebuah Negeri demokrasi, dia mahu sepuluh isteri pun hak dia sendiri, sekiranya dia bolih bertanggujawab.

    Demi Islam pun bolih berkahwin lebih daripada empat perempuan. Saya harap orang ramai berfaham dan jangan bodoh.

    Kalau semua mahu cabar demokrasi dan hak asasi, orang ramai bolih bertanya pada YB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak and Pengurusi MCA Malaysia Datuk Dr. Chua Soi Lek, kerana memperbuatan mereka sama dengan bapa saya.

    Yang benar

    Pemuda MCA Gombak
    Sdr. Yip Jiun Hann

    http://margeemar.blogspot.com/2012/06/malaysia-between-les-majeste-treason.html

    REPLY:

    Anon 19:31 @Yip Jiun Hann. saya pekenal saya diri sendiri nama seorang lawyer jugak Marapoo a/l Tanyasapa. Ini orang Malaysia juga ada busybody takdak mau respeck sama demokrasi dak hak-hak kemanusiaan. Saya punya appa juga ada kawin 9 kali estet juga buat. Itu saya punya appa kasi bilang ini Malaysia duduk banyak freedom apa..India, Cina , Malayu juga boleh kasi kawin.Tapi itu Islam kasi kawin Ampat saja Mr.Yip, takda kasi lebih. Tuhan Alah cakap dalam Kitab Kuran kasi kawin satoo,duaa,tigaa, ampaaat. Tapi itu jam kaloo takda bole kontrol mari, angkat satoo jugak Mr Yip. You itu jam angkat Loyer mana ounya tempat?? Univesiti TonSan mana?? Mr.Yip itu main belakang mari pun sini undang2 Malaysia takda kasi macam isteri juga. Itu main banyak2 belakang nanti tabley kira macam you punya bapak loo. Ayoo yoo dey

    http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/07/kebodohan-suara-keadilan-persoal-kenapa.html

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...