Shafee: "Rayuan Kes Liwat Anwar Adalah Karut, Hanya Melengahkan Kes"

Pendakwa utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau akan memohon dengan Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan tarikh awal memandangkan perkara itu terlalu lama dilengah-lengahkan.

Pada 4 Feb, Anwar berkata beliau ingin memanggil semula Pereira untuk menentukan sama ada keterangannya, dalam perbicaraan liwat yang utama di Mahkamah Tinggi boleh bertahan dengan penelitian dan boleh dipercayai berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang lain bulan lepas untuk menolak permohonan Pereira diterima sebagai peguam bela dan peguam cara.

Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar, 66, daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, semasa membebaskan Anwar, memutuskan bahawa terdapat penembusan zakar tetapi tidak disokong keterangan lain.

Beliau memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti berhubung integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana ia mungkin boleh terjejas sebelum dianalisis Jabatan Kimia.

1 comment:

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...