Syaitan Yang Dikenali Dakwa Hudud Hanya 'Umpan Umno'

Sesetengah pihak menganggap isu perlaksanaan hukum hudud hanyalah umpan Umno dan Pas tidak harus termakan umpan itu.
 
Tanggapan seperti itu boleh diklasifikasikan sebagai tanggapan untuk memperbodohkan intelek rakyat, sedangkan umum amat mengetahui hudud itu sendiri adalah teras kepada perjuangan Pas, bagaimana pula ia boleh dikatakan hudud itu umpan Umno.

Antara contoh yang boleh dilihat ialah amanat keramat yang dibuat oleh Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. 
 
Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. 
Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. 
Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. 
Oleh kerana itulah kita menentang mereka. 
Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. 
Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. 
 
Amanat Hj Hadi itu sendiri sudah jelas untuk difahami  apa matlamat sebenar perjuangan Pas, jadi untuk mengatakan Hudud itu sebagai 'umpan Umno' sama sekali tidak relevan.

Malah kesediaan Umno untuk berkerjasama dengan Pas dalam perlaksanaan hukum hudud boleh diibaratkan sebagai 'orang mengantuk disorongkan bantal', sebagai sebuah parti siasah yang dikatakan memperjuangkan hudud mana mungkin Pas akan menolak kerjasama kearah perlaksanaannya.
 
Demi perlaksanaan hukum itu Pas sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk Dap dan juga syaitan, jadi sangat tidak adil jika dalam konteks sama Pas ingin menolak kerjasama dengan Umno.
'Syaitan yang dikenali'
Pihak-pihak yang mengecam kerjasama Pas dan Umno lebih mementingkan diri sendiri serta langsung tidak memahami atau memikirkan masa depan Pas.

Tak timbul soal hudud ni umpan Umno kerana Umno juga turut mendapat tentangan daripada parti komponennya dalam BN seperti MCA, MIC dan GERAKAN. Kalau Umno sanggup hadapi risiko mengapa tidak Pas ?

Jikapun kerjasama itu muslihat politik dan perlaksanaan hudud tidak akan tercapai, ketika itu rakyat khasnya golongan muda yang mampu mendapatkan maklumat dihujung jari akan melihat pihak mana yang sebenarnya 'MUNAFIK' dalam isu ini.

Dengan itu usahlah pihak-pihak tertentu cuba memperbodohkan rakyat, lebih-lebih lagi rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, harus diingat, tsunami kaum telah berlaku dan mempengaruhi keputusan dalam dua pilihanraya umum sebelum ini, namun kerajaan BN tetap juga mampu mempertahankan kerajaan.

Tapi bagaimana jika tsunami Melayu berlaku ?.....Bukankah ia akan meruntuhkan kerajaan yang ada pada hari ini ? , jadi terpulang kepada kerajaan samada untuk menjaga hati orang Melayu atau sebaliknya...Tunggu dan lihat!!! Anda Mampu Mengubahnya.

'Semua Melayu Islam sokong Hudud'

4 comments:

  1. Ape nk heran. IRF kan diketahui sbg pertubuhan utk mempromosikn islam liberal. Sumber dana die pn dari negara barat. Xjauh beza dgn IKD....institut kajian dasar.

    ReplyDelete
  2. Kau ingat kalau PAS saja yang buat hudud parti PAS akan kuat,mcmmana kalau DAP ,PKR keluar parti, boleh PAS tubuhkan kerajaan ,mcm cakap orang yang pentingkan diri sendiri je,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekuatan, kelemahan, kemenangan, kekalahan... semuanya ditangan Allah... ada apa2 bantahan?. Kalau anda islam sebenar, maka samaada PAS laksana hudud menyebabkan pas dimusuhi kafir atau tidak, Allah jua sebagai penentu... kau apa tau?

      Delete
  3. Skrg mase sesuai utk Umno dan PAs bgbg pndpt utk laksanakan hudud..lagipun suara MCA, Gerakan xlaku dlm BN sbb mereka juge mngundi DAP ketika pru13..majoriti AP dlm kerajaan adalah Islam n jika semua AP Islam kerajaan n pmbkg mykg hudud, tcapailah cita2 itu..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...