Showing posts with label chua soi lek. Show all posts
Showing posts with label chua soi lek. Show all posts

Chua Soi Lek Hina Lagi! - Dasar Islam(MBI) Mundur, Kurang Cerdik Dan Kotor

KOTA BHARU - Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi disifatkan oleh PAS sebagai menghina Islam apabila beliau mengatakan Islam itu mundur dan kotor dengan memberi contoh negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS yang berslogan 'Membangun Bersama Islam' (MBI), serta bandaraya Kota Bharu yang dijolok dengan nama Kota Bharu Bandaraya Islam.

Soi Lek turut berkata, apabila sesebuah negeri itu 'Membangun Bersama Islam', negeri itu akan mundur, senang ditipu dan bodoh, keadaan itu beliau merujuk kepada perjanjian Kerajaan PAS Kelantan berhubung projek Lembah Sireh.

katanya, Macam mana tak bodoh, syarikat belum lagi buat projek, kerajaan sudah pindah milik tanah kepada syarikat, lepas tu syarikat cagar tanah tersebut sebanyak RM 75 Juta, kalau syarikat itu lari dan tak bayar  pinjaman, apa kerajaan mahu buat, bon jaminan pun tidak ada.

Begitu juga dengan bandaraya Islam, sampah sarap yang bertaburan dan keadaan kotor di Kota Bharu adalah mencerminkan bagaimana sebuah Bandaraya Islam yang difahami kekotoran itu yang dianjurkan oleh Islam.

Bagimanapun itu hanyalah kenyataan yang diandaikan akan dibuat oleh Chua Soi Lek atau oleh sesiapa sahaja yang tidak memahami Islam, sekiranya itu yang berlaku, siapa sebenarnya yang bersalah ?, bagi kita orang Islam yang memahami Islam kita tahu kerajaan PAS yang dikatakan 'Membangun Bersama Islam' itu bukanlah mengikut ajaran Islam yang sepenuhnya, bandaraya Islam pun hanyalah nama untuk gimik politik sahaja dan bukannya menggambarkan Bandaraya Islam yang sebenarnya.
Sebagaimana kita melihat gambar diatas, apa yang kita bayangkan, lelaki itu orang awam ataupun orang PAS ? Sudah pasti pada fikiran kita ianya orang PAS, namun adakah apa yang kita fikir itu salah ataupun orang yang membawa gambaran PAS itu yang harus disalahkan.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dalam sebuah akhbar mingguan hari ini kerana sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam.

Pada masa sama Nik Aziz berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan ‘mana hukum hudud Umno’ dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan PAS.

Katanya, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan PAS adalah ajaran Islam

Apakah kenyataan Nik Aziz itu tidak akan menambahkan lagi kebingungan orang bukan Islam kepada Islam, apa yang diusahakan PAS adalah ajaran Islam, Masyaallah, kalau kata sebahagiannya saja ajaran Islam bolehlah tahan, dan yang baik itu adalah Islam yang buruk itu adalah PAS sendiri.

Bukankah lebih manis jika Nik Aziz berkata demikian, jangan nak kata PAS itu Islam dan Islam itu PAS, tidak ada perkara yang buruk kepada Islam, namun banyak perkara buruk didalam PAS, Pemimpin Islam sebenar tak berebut kerusi atau kuasa sesama Islam, tapi dalam PAS bagaimana ?

Wajarkah kita mencetus kebencian orang bukan Islam terhadap sikap kita sendiri yang ekstrem demi mencari keuntungan didalam politik, adakah kita ingin orang bukan Islam tunduk dengan kekerasan bukannya dengan hujah apabila timbulnya kekeliruan yang kita sendiri ciptakan, Islam dan politik tidak boleh dipisahkan, akan tetapi kita WAJIB pisahkan atau sukukan diantara PARTI dan juga ISLAM, parti suku Islam suku. Yang baik itu Islam yang cacarmarba itu PAS. Anda Mampu Megubahnya.

Jangan kata nak bela Chua Soi Lek ataupun orang bukan Islam, Selanjutnya rujuk disini

HUDUD - Chua Soi Lek Cabar Jamil Khir Debat

Batu Pahat - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak membuat kajian terperinci apabila beliau mengatakan Hudud PAS tidak memberi kesan ke atas orang bukan Islam.

"Mungkin dia tidak kaji. Saya kecewa dengan apa yang dia kata, "katanya

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa MCA Batu Pahat  Jumaat lalu, Dr Chua mengajak Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana hudud akan menjejaskan semua rakyat Malaysia serta menunjukkan bahawa ia terlibat dengan meminda Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga menegaskan bahawa parti politik tidak harus disamakan dengan agama.

"PAS adalah sebuah parti politik manakala Islam adalah agama rasmi.

"MCA menegakkan perlembagaan yang menyatakan agama rasmi negara adalah Islam manakala rakyat bebas untuk memeluk agama mereka sendiri," katanya.

Ditanya jika komen beliau mengenai Jamil Khir akan menjejaskan Barisan Nasional (BN), Dr Chua berkata MCA, sebagai sebuah parti politik, mempunyai hak untuk meluahkan pandangan.

Dr Chua berkata bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada sekumpulan ahli Pemuda PAS yang telah mengadakan bantahan di Wisma MCA di atas kenyataan beliau mengenai hudud.

"Mengapa kita harus takut? Kami hanya menekankan pandangan kami dan setiap orang mempunyai hak untuk memilih, "katanya. - Dipetik dari The Star

WARNING ! - Chua Soi Lek Hina Islam ! Pemimpin PAS Sila Faham Dan Ambil Perhatian

Umat Islam seharusnya perlu keluar dari kepompong politik kepartian apabila berdepan dengan sesuatu isu yang melibatkan sensitiviti keatas agama. Ini penting untuk melihat satu kesepaduan diantara umat Islam dalam menghadapi isu-isu yang menyentuh kesucian agama Islam. Kita melihat pada hari ini kebanyakan dari umat Islam lebih cenderung kepada membandingkan kenyataan kafir mana yang lebih teruk, sebaliknya kita harus sepakat menentang semua kenyataan kafir yang menyentuh hal ehwal Islam tanpa mengira kafir itu datang daripada kumpulan yang mana sekalipun.

Adapun isu-isu seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, cara mentadbir dsbnya itu kita boleh bertegang urat diatas perbezaan dasar yang dibawa oleh sesuatu parti, namun untuk isu agama ia sangat-sangat berbeza dan tidak boleh sama sekali kita berkompromi dengan mana-mana individu atau institusi yang cuba menyentuh sensitiviti yang berhubung kait dengan agama.

Tindakan PAS yang berdemontrasi di hadapan pejabat MCA itu bukan satu tindakan yang bijak berlandaskan Islam, malah memberi persepsi buruk terhadap Islam. Janganlah kita terperangkap dengan cara yang salah sebagaimana yang telah PAS lakukan, pembelaan mereka terhadap DAP sangat keterlaluan, lalu atas kepentingan politik untuk meneutralkan perkara itu ia telah memaksa kita turut membela MCA, akan tetapi Alhamdulillah kita tidak sejahil itu.
Keluar demontrasi hanyalah gimik untuk meraih publisiti murahan, cara macam ni tidak menyelesaikan masalah dan tidak menguntungkan Islam, ini bukan caranya untuk menghadapi Chua Soi Lek (CSL) dan ia berbeza dengan apa yang berlaku kepada individu yang menerbitkan filem 'innoncent of muslim', dan CSL juga tak lari menyorok, dia ada dalam negara.

Oleh yang demikian, PAS yang kononnya perjuangkan Islam perlu cabar CSL dengan hujah, ajak CSL berdebat dan suruh dia buktikan kata-katanya itu, statistik mana yang dia pakai ? Apa yang dia tahu mengenai Islam dan Hudud ? Atau dia ingat bila orang pakai serban itu semuanya Islam ? Kenalkah dia dengan syiah yang hampir menyerupai umat Islam ? Negara mana yang laksanakan Hudud itu korup ? Hudud apa yang beliau faham ? banyak perkara yang boleh dibangkit, dipersoal dan diperdebatkan.

Paksa CSL minta maaf untuk apa ? Untungkah Islam ? Mungkinkah kerana kita umat Islam ni majoriti dia akan tunduk dan minta maaf, tetapi adakah itu cara Islam, memaksa seperti puak taliban, Tak perlu paksa dia minta maaf, ajak dulu debat, sekiranya beliau enggan barulah arahkan beliau tarik balik  kenyataannya dan pohon maaf kerana terlebih lajak dari laju.

Inilah sebenarnya peluang untuk dakwah dan perlihatkan kebenaran Islam, buat demontrasi macamni seakan-akan apa yang didakwa CSL itu betul dan memaksa PAS untuk menutup mulut beliau. Sedangkan Islam itu tiada tandingan dari aspek mana sekalipun berbanding agama-agama yang ada didunia ini, sebagai contoh seperti pertikaian seorang Kristian kepada Dr Zakir Naik bahawa terdapat lebih 20 kesalahan didalam Al-Quran, adakah Dr Zakir buat demontrasi desak dia minta maaf kerana hina Islam ? Pastilah tidak, apa yang dilakukan adalah dengan hujah, dalil dan fakta serta menjelaskan kekeliruan yan g ditimbulkan itu, sila rujuk video dibawah:

Bukan nak memihak kepada CSL, tidak sama sekali, namun sebagai umat Islam kita perlu adil janganlah nak berpolitik sangat, dan jangan sekali-kali lepaskan ia begitu sahaja, soal MENGHINA ni boleh ditafsirkan dengan maksud yang luas, kita renung sekejap kata-kata penghinaan yang dibuat oleh PARIA GOPINATH JAYARATNAM, kerana itu adalah penghinaan yang sebenar apabila memaki hamun dengan tidak ada hujah dan asasnya melainkan kerana jahat perangainya.

Namun kenyataan CSL yang bersifat menghina dengan hujah itu perlu dijawab dan JANGAN sekali-kali ditutup mulutnya, kerana jawapan kita itu adalah HAK,  justeru itu pada asas Islam agama yang adil kita perlu lihat kenyataan bersifat menghina yang dibuat CSL itu adalah dalam bentuk hujah dari apa yang dia faham dan ia perlu dijawab dengan hujah supaya dapat memperbetulkan apa yang telah dia salah faham, biarpun hujahnya dangkal, ia tetap hujah yang setaraf dengan apa yang dia faham.

Jika kita menyifatkan kenyataan CSL itu menghina Islam, bermakna kita juga perlu mengatakan hal yang sama kepada Dr Zakir dan Shah Kirit umpamanya. Sekiranya itu yang berlaku kita berhadapan masalah untuk menyampaikan kebenaran. Klik disini Paria Hina Islam Dibebaskan, Dr Zakir Dakwah Islam Dihalang - Itukah Kebebasan ?. Apapun lihatlah ia dalam  kerangka Islam yang luas dan meliputi semua perkara dengan memberi keadilan sebagai hak iatas dasar fakta dan hujah.

Tak payah PAS nak cakap berdegar-degar, kononnya perjuangkan Islam, kalau tak reti bagaimana cara nak perjuangkan Islam. Kerana itu hanya memburukkan Islam bilamana seorang pemimpin yang claim dia sebagai pejuang Islam melakukan tindakan bodoh dan ganas ala terrorist itu. Sebagai contoh lain yang mana ada segelintir mendakwa bahawa Malaysia negara sekular, kita tak perlu kata dia menghina negara atau agama seterusnya buat demontrasi, kerana kita tahu dasar sebuah negara sekular antaranya ialah tidak punyai agama rasmi atau tidak memihak atau memberi kelebihan kepada mana-mana agama, namun dengan jelas Malaysia punyai agama rasmi yaitu agama Islam. Dalil selanjutnya klik disini 15 Hujah Untuk Dinilai Samaada Malaysia Sebuah Negara Islam Atau Sekular ?

Justeru harus diingat, apa yang PAS sedang lakukan sekarang ini adalah berjuang untuk parti dengan mempergunakan Islam diatas tujuan mendapat keuntungan politik yang akhirnya akan membinasakan Islam itu sendiri, nafsu politik yang rakuskan kuasa membelenggu sebahagian besar pemimpin PAS hari ini. Baimanapun kita mengharapkan umat Islam sedar akan hakikat ini seterusnya mengambil tindakan bagi menyedarkan PAS yang telah jauh terpesong dari  ajaran Islam yang sebenar. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Demontrasi Pemolitik PAS Pergunakan Islam Untuk Meraih Publisiti

Inilah sikap pemolitik yang sebenarnya telah mencemarkan agama Islam selama ini, bercakap berdegar-degar dengan dipenuhi hawa nafsu politik, kononnya merekalah pejuang Islam, sebaliknya mereka ini pemimpin hipokrit yang mempergunakan agama untuk tujuan mencari kepentingan dalam politik, mereka bukan berjuang untuk Islam, tapi mereka berjuang untuk parti, semoga seluruh umat memahami keadaan ini. 

Kalau nak berjuang Islam ikutlah cara Islam, cara mereka ini bukan cara Islam tapi cara parti nak cari keuntungan politik, kalau tang DAP terutamanya Karpal Singh, semua mereka ni jadi bisu, apakah mereka ingat cara mereka ini pernah dilakukan oleh junjungan besar nabi kita ? Siap bagi tempoh seminggu lagi tu. Orang PAS ni faham ke tak MAKSUD MENGHINA yang ditafsirkan itu bagaimana ? Penghinaan dengan hujah mesti dijawab dengan hujah, bukannya penghinaan CSL itu bersifat menghamburkan kata-kata cerca terhadap Islam - Bersambung

Isu Soi Lek - Mufti Perak Bidas Ahli Politik Lemah Dan Takut 'Tak Usah Duduk Di Kerusi Itu'

IPOH – Ahli politik yang disifatkan sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara diselar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran kegagalan  penguatkuasaan undang-undang yang didakwa menjadi faktor utama kelantangan beberapa pemimpin mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan tersebut.

“Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara, kita perlu hormati Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

“Sekiranya kuasa politik digunakan hanya untuk menimbulkan perpecahan, lebih baik tak usah duduk di kerusi itu, sebagai negara berperlembagaan, sewajarnya isu membabitkan agama tidak dibicarakan tanpa kajian dan kefahaman yang tinggi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini.

Tambah beliau, pemimpin tertinggi MCA itu tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang Islam.

“Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal-hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya.
Sementara itu seorang lagi pemimpin DAP yang turut mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan di Tweeter beliau sebelum ini, Datuk Ngeh Koo Ham berpendapat  kenyataan Presiden MCA berkaitan kesan pelaksanaan hudud di negara ini, sebagai bukti parti komponen Barisan Nasional (BN) itu ketandusan isu.

"DAP meskipun ada ketikanya tidak sependapat dengan rakan PR yang lain, namun kami sama sekali tidak akan menyentuh isu membabitkan agama semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat Cina.

“Suatu ketika dahulu saya pernah dikecam hebat apabila mesej Twitter disalah ertikan. Namun, kini secara terang beliau (Soi Lek) mempersoalkan kepercayaan umat Islam, tindakannya itu tidak tepat. Nasihat saya, carilah alternatif lain, jangan kerana terdesak, kita mengeluarkan ungkapan yang menyakiti pihak lain,” katanya. katanya dipetik dari Sinar Harian, semalam. 
'Yang pasti Mufti tak pilih bulu, Ngeh Ko Ham ke, Chua Soi Lek ke sama saja, kerana Islam itu adil dan politik itu parti'

'Crazy Sex' Chua Soi Lek Makin Kronik, Hanya Layak Untuk Jadi Presiden Parti Seks

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek nampaknya semakin berani menyentuh isu berkaitan hukum hakam Islam, jika pemimpin DAP, seperti Karpal Singh, Ngeh Ko Ham dll dicerca dan di kritik bila sentuh isu Hudud dan Islam, apa istimewanya MCA terutamanya Chua jika tidak ada ketegasan dari pemimpin Islam dikalangan UMNO untuk menyelar pertuturan biadap Chua Soi Lek sebagaimana yang pernah diselar keatas pimpinan DAP.

Chua Soi Lek sangat tidak boleh buat tak reti bahasa macam tu, nak sentuh isu Islam boleh sentuh, tapi kenapa perlu menghina ? Kalaulah pemimpin DAP yang melakukan hal yang sama adakah kita akan membiarkannya ? Ilmuan-ilmuan Islam jangan melihat imbuhan dunia lebih bernilai daripada agama Islam, nak berpolitik boleh berpolitik, tapi bila melibatkan agama perkara ini tidak boleh kompromi sama sekali.

Rakyat, umat Islam dan orang muda sentiasa memerhatikan gelagat 'hero-hero' ternama politik yang sentiasa bangkit mempertahankan Islam apabila Islam disentuh oleh bukan dikalangan kumpulan mereka, namun sepi membisu sahaja apabila Islam dihina oleh kafir dikalangan mereka, jadi disitu jugalah seharusnya orang muda melihat dan menilai yang mana satu benar-benar pejuang Islam yang  'ori' atau pejuang politik semata-mata.

Isu ini cukup besar dan terlalu sensitif bagi umat Islam, pemimpin politik Islam perlu bersikap 'gentleman' tanpa memilih bulu, ini soal agama, ramai dikalangan penyokong PAS benci dan tinggalkan PAS kerana tunduknya PAS kepada sikap biadap DAP, namun apakah selepas ini ramai juga dikalangan penyokong UMNO akan meninggalkan parti kerana benci dengan tunduknya pemimpin UMNO dengan kebiadapan MCA.

"Nak laksanakan hudud langkah mayat saya dahulu" itulah kata-kata Karpal Singh yang menjadi isu dan barah kepada umat Islam sampai kehari ini, biarpun kata-kata itu tidak menyeru masyarakat, dan hanya bersifat mencabar, menolak dan bukanlah kata-kata menghina secara mutlak, tapi ia tetap biadap, apatah lagi dengan kenyataan Chua Soi Lek adalah menghina Islam dengan melabel hukum Islam pada gambaran yang buruk bagi tujuan menolak, menghasut  dan menakut-nakutkan masyarakat.

Politik 'Gila Seks' dan tidak berakhlak seperti Chua Soi Lek itu mesti ditolak dan ditentang habis-habisan, tak usahlah dibela dengan kaedah mantik dan auta seperti Nik Aziz, kerana itu akan lebih memburukkan Islam pada masa-masa yang akan datang, jangan sampai jadi besar kepala seperti DAP.

Orang bukan Islam dinegara ini perlu sedar, tahu dan reti, bahawa menjadi satu hal yang sangat salah sekiranya mana-mana orang dalam negara ini, bercakap secara terbuka atau terakam mengenai sesuatu perkara yang berkait hal agama dengan penjelasan pada pemahaman yang salah sekaligus memburuk-burukkannya, tidak kiralah apa tujuannya sekalipun lebih-lebih lagi tujuan pada keadaan yang menghasut dan menyebarkan rakaman hasutannya.

Sikap saling hormat menghormati sahaja yang akan mampu memberi kehidupan yang aman bagi setiap kaum, sekiranya orang bukan Islam yang berada dalam kumpulan minoriti dinegara ini merasa marah jika agama mereka dihina, apatah lagi kami orang Islam dalam kumpulan majoriti yang bernegarakan Islam sebagai agama rasmi, fikir dan renungkanlah Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...