Showing posts with label demontrasi bersih aman haram. Show all posts
Showing posts with label demontrasi bersih aman haram. Show all posts

Bersih.. Aksi Kurang Ajar Peserta, Tolong Jawab Ini Bendera Siapa??

Siapa agaknya yang ajar mereka buat begini.Ini adalah antara gelagat budak-budak Bersih yang berhimpun sekitar Dataran Merdeka Khamis malam menyertai himpunan ‘Janji Demokrasi’.

Mereka fikir boleh buat apa saja sesuka hati hingga bulan dan bintang pada bendera negara, Jalur Gemilang ditukar ke warna kuning dan dikibarkan di celah himpunan itu.

Tak cukup itu warna bendera ditukar ke merah putih…macam bendera Republik Singapura dan Indonesia

Apakah ini bendera Republik Bersih Malaysia atau bendera negara jika pembangkang berkuasa?

Apakah mereka merancang hendak jadikan negara ini sebuah republik?

Juga tersebar risalah mengenai pertukaran bendera negara.

Mungkin pihak penganjur gabungan 47 NGO yang pro-Bersih boleh tolong jawab tentang perbuatan yang over dan biadap ini.

Ramai orang biasa di situ yang melihat gelagat ini terkial-kial budak-budak ini kedengaran mencemuhnya.

Puak Bersih mungkin merasa syok sendiri dapat berkumpul sekitar Dataran Merdeka.Namun kalangan orangramai yang ditemui wartawan meluahkan rasa kecewa gara-gara mereka tiada majlis countdown ambang Merdeka seperti yang diadakan setiap tahun.
Pada jam 11.30 malam dianggar sekitar 5,000 orang yang memakai t-shirt kuning Bersih bercampur aduk dicelah-celah orangramai yang datang ingatkan ada countdown ambang Merdeka.

Pada awalnya 10.30 malam sekitar 1,000 orang sahaja yang kelihatan mundar mandir di situ.

Geng gabungan 47 NGO itu yang membawa ungkapan sama seperti Bersih menuntut pilihanraya adil kemudiannya disertai oleh puak Selamatkan Jalan Sultan yang mula berhimpun di Jalan Hang Jebat dekat Stadium Negara jam 8 malam.

Puak yang menuntut kerajaan menghentikan pengambilan tanah untuk projek MRT kemudiannya berarak ke jalan dekat stesen lama bas Klang.Mereka bersurai jam 9.30 malam untuk ke Dataran Merdeka.

Polis hanya berkawal memastikan lalulintas berjalan lancar dan tidak mengambil sekarang tindakan terhadap mereka yang berhimpun di kedua tempat.

Kawasan padang Dataran Merdeka telah ditutup kepada orang ramai kerana persiapan perbarisan Hari Merdeka pagi Jumaat.

Pada sebelah petangnya polis telah menyatakan perhimpuan Janji Demokrasi adalah haram kerana penganjur tidak memberi notis 10 hari seperti yang ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman.

Namun penganjur berdegil hendak teruskan juga himpunan itu.

Kini ramai ternanti-nanti apa pula alasan hendak digunakan oleh puak Bersih ini untuk balon polis yang ‘berlembut’ terhadap himpunan haram mereka.

Puak ini diketahui umum cuba berselindung disebalik kehadiran orangramai yang kebiasaanya berpusu-pusu ke Dataran Merdeka untuk meraikan countdown ambang Merdeka.

Pihak penganjur cuba ‘ coverline’ menyalahkan pihak berkuasa sekat mereka turut meraikan ambang Merdeka sedang kehadiran mereka adalah satu perhimpunan yang terancang.

Kecuali Timbalan Presiden PAS ,Mat Sabu,orang kanan PKR Tian Chua dan Fuziah Salleh tiada pembesar pembangkang lain yang hadir di himpunan itu.

Seperti mereka rancang,Datuk A Samad Said telah mendeklamasi sajak di depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengadap ke Dataran Merdeka.

Himpunan itu mula bersurai sekitar jam 12.30 malam.Tiada insiden tidak diingini berlaku.

'Himpunan Janji Bersih' Dibenarkan ? - Nazri Aziz

IPOH - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan tidak menghalang Himpunan Janji Bersih yang akan diadakan pada 30 ogos ini sekiranya dibuat secara aman dan bertamadun.

Beliau berkata, perhimpunan aman dibenarkan kerana ia telah termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman dan penganjur perlu mengikut undang-undang yang sedia ada.

"Kita (kerajaan) tiada masalah sekiranya mereka adakan perhimpunan aman kerana negara kita mempunyai Akta Perhimpunan Aman. Apa yang penting penganjur tidak melibatkan isu politik dalam perhimpunan itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya menerusi Program 'Ihsan Ramadan dan Aidilfitri' di sini, hari ini.

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. - Bernama

Kenyataan Menteri tersebut perlu difahami dalam konteks perhimpunan aman sepertimana perhimpunan menyambut hari kemerdekaan atau perhimpunan yang pernah dianjurkan Pas yaitu perhimpunan hijau dsbnya.

Untuk perhimpunan berbentuk demontrasi, melalak kearah provokasi yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam dan boleh mendatangkan mudarat  tetap haram disisi undang-undang Malaysia dan juga Islam.

Persoalannya sejauh manakah pihak penganjur boleh menjamin bahawa perhimpunan yang akan diadakan itu aman tanpa sebarang provokasi keatas mana-mana pihak ? Anda Mampu Mengubahnya..

DALANG SEBENAR DEMONTRASI GANAS TERBONGKAR - KETAKWAAN NIK AZIZ MERAGUKAN

Biarpun agak lewat sedikit untuk disiarkan keadaan yang sebenar mengenai pertembungan Demontrasi ganas oleh dua kumpulan dihadapan SUK baru-baru ini, namun kebenaran itu tetap akan muncul, walaupun lambat tapi ia pasti,

Jika minggu lalu Gk menyiarkan cerita sebelah pihak, hari ini cerita sebelah pihak yang lain pula, kelewatan kumpulan ini untuk menerbitkan gambar-gambar sebenar situasi kekecohan tersebut disebabkan mereka tidak merancang dan langsung tidak menyangka hal demikian boleh berlaku, atas sebab itu pihak mereka tidak sempat merakamkannya diatas kekelamkabutan yang timbul.

Berbeza dengan kumpulan yang dikenali sebagai TEAM "R" yang dilihat sudah merancang dengan mengambil gambar dan video pada angle yang memihak kepada mereka.

Disamping itu lebih malang lagi bagi kumpulan yang menuntut 22 Janji kerana mereka ibarat seperti anak tiri tanpa dipedulikan oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri sendiri. Kerajaan Islam Kelantan mengamalkan keadilan yang tidak pernah diajar oleh Islam dengan hanya merakamkan takziah dan memberi sumbangan kepada NGO yang berpihak kepada mereka sahaja.
 Hal ini tidak wajar berlaku kepada sebuah kerajaan lebih-lebih lagi kerajaan yang dikatakan terpimpin oleh Ulamak, sebagai kerajaan, ia bertanggungjawab  kepada seluruh rakyatnya tanpa mengira fahaman atau ideologi politik. Namun kenapa hanya 5 orang daripada kumpulan yang menuntut royalti sahaja diberi sumbangan sedangkan satu kumpulan lagi diabaikan.

Apakah Nik Aziz tidak mengaku rakyatnya sepertimana satu ketika dulu Nik Aziz tidak akui bahawa orang Asli yang turut berdemontrasi itu benar-benar Asli. Andaikata berlakunya demontrasi sekali lagi dan menyebabkan kecederaan kepada penyokong Pas, dan ketika membawa mereka ke hospital, pihak hospital tidak menerimanya kerana mereka bukan dikalangan yang menyokong kerajaan.

Bukankah hal itu akan riuh seluruh dunia, jangan hanya nampak kesalahan orang lain semata-mata sedangkan kita yang berserban besar pun berjalan tidak betul dan bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Jika begitu siapa lagi yang akan menghormati orang yang dipanggil sebagai Ulamak itu.
Dengan bukti yang ada, adalah dinasihatkan mangsa yang menuntut 22 Janji  itu tampil membuat tuntutan keadilan supaya diberikan HAK sama rata dengan layanan sepertimana yang telah diberikan kepada NGO yang menyokong mereka. Ini kerana kedua-dua kumpulan tersebut adalah rakyat dan tuntutan mereka juga adalah untuk kepetingan rakyat.
Kenapa sanggup Kerajaan Pas Kelantan menafikan HAK rakyatnya sedangkan pada masa sama mereka sering melaungkan HAK itu, apakah HAK itu hanya tunainya diwajibkan keatas kerajaan BN sahaja dan tidak termasuk kepada kerajaan Pas?

Sekiranya Nik Aziz orang yang beriman dan bertakwa, lupakah beliau dengan firman Allah Taala didalam surah Al-Maidah ayat 8 yang menyebut:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa”.

Kesimpulannya jelaslah maksud ayat diatas bahawa sikap adil itu lebih hampir kepada takwa,dan hendaklah Nik Aziz serta kerajaan Pas Kelantan mencontohinya selari dengan apa yang dikatakan telah diperjuangkan oleh mereka. Anda Mampu Mengubahnya.


DEMONTRASI GANAS BUKAN SAYA YANG MULAKAN - TOK JOGHO

KOTA BHARU - Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar), Kamaruddin Kassim menafikan tuduhan yang mengatakan beliau adalah pencetus kepada pergaduhan ketika perhimpunan aman di depan SUK, kelmarin.

Sebaliknya, Kamaruddin menjelaskan, ketika itu beliau mencuba meleraikan perbalahan melibatkan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Himpunan Sedar dan Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) sebelum himpunan bermula.

“Saya mendapati wujudnya pelbagai dakwaan menerusi laman sesawang seolah-olah menunjukkan saya yang mencetuskan provokasi sehingga dan terlibat dalam pergaduhan tersebut. Saya menafikannya kerana pergaduhan tersebut berlaku sebelum kedatangan saya dan setelah melihat keadaan itu saya mencuba meredakan kekecohan itu supaya ia tidak berlarutan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, Kamaruddin juga menyifatkan dakwaan mengaitkan beliau yang memulakan pergaduhan terhadap Naib Presiden Royalti, Abu Samah Hassan adalah fitnah besar.

Kamaruddin berkata, walaupun ketika itu memang berada di tempat kejadian tetapi tegasnya, beliau tidak dapat melihat secara jelas individu yang menyerang sehingga menyebabkan Abu Samah cedera.

“Setakat ini saya tidak cadang membuat laporan polis berkaitan tuduhan tersebut tetapi tidak akan teragak-agak bertindak sedemikian jika dakwaan itu sudah melampau batas,” katanya.

Kelmarin, kira-kira 5,000 menyertai himpunan melibatkan dua kumpulan NGO di hadapan Kompleks Kota Darul Naim yang masingmasing memperjuangkan hak rakyat dan dalam masa sama lima aktivis Royalti cedera didakwa dipukul.

Himpunan Sedar kelmarin yang diketuai Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) mendesak Kerajaan Negeri bentangkan maklumat peruntukan Kerajaan Pusat yang dibelanjakan dalam menyediakan bekalan air bersih.

Manakala Royalti mengadakan himpunan berkenaan untuk menyerahkan memorandum tuntutan royalti kepada Kerajaan Negeri bagaimanapun perhimpunan berkenaan dicemari kekecohan. - Sinar Harian

DEMONTRASI GANAS - PERBEZAAN SEDAR VS TEAM "R" DAN INI HASILNYA...

Perhimpunan ganas yang dianjurkan oleh dua kumpulan semalam masing-masing mendapat faedah disebaliknya. Sangat mustahil untuk dikatakan tidak mendapat apa-apa darinya, kalau makan nasi dapatlah kenyangnya, kalau makan batu permata itulah bukti adanya telur rakyat Kelantan yang sebelum ini cuba dipertikaikan keberadaannya.

Melakukan sesuatu perkara tanpa melihat kepada kesan dan faedahnya bukan cara yang baik dalam politik hari ini, syabas kepada Pas Kelantan menerusi NGO TEAM "R" kerana hasilnya cukup besar didalam penyertaan mereka pada perhimpunan semalam.

Hasil dari perhimpunan semalam mereka sedang hangat mengisukan hal yang berlaku sehingga menyebabkan  pendarahan kepada salah seorang ahli kumpulan mereka, biarpun luka yang tidak seberapa tapi mereka cukup hebat memanipulasinya. Apakah tidak ada KPI dari perhimpunan yang dianjurkan oleh kumpulan satu lagi..
Perkara yang dituntut sudah tidak timbul lagi, apa yang timbul adalah seperti gambar-gambar yang dilampirkan itu. Maka jika dilayan jenuhlah nak menjawabnya, mungkin semalam hari Selasa sekolah-sekolah di Kelantan cuti Umum kerana perhimpunan ini dan berkeliaranlah kanak-kanak riang disitu.

Isu yang dah sediaada ni pun banyak tak terjawab lagi nak ditimbulkan isu yang baru ? Dengar cerita ramai dah yang rasa letih sekarang ini, kalau letih tu tidur jerlah...

Gerakan Pas di Kelantan sangat hebat, kurang 5 jam selepas perhimpunan ganas semalam, pelbagai isu ditimbulkan oleh mereka dan ianya senang sahaja untuk didapati kerana bebas bermain diruang-ruang sembang Facebook, Blog, Tweeter dan sebagainya.

Gk juga tidak terkecuali hanya menerima maklumat menerusi penceritaan mereka sahaja. Sudah pasti penceritaan itu sangat berpihak kepada mereka, cuba untuk mencari berita dari kumpulan satu lagi namun iklan perbesarkan diri sendiri sahaja yang sedang berlegar-legar tanpa menjawab isu yang ditimbulkan oleh puak Pas.
Bila buka blog pro kumpulan SEDAR untuk dapatkan maklumat dari mereka, hampeh, cerita copy paste dari blog ini juga yang di spin mereka, so masihkah nak bercakap pasal TUKAR dan BN akan menang di Kelantan ?, tak payahlah buat busuk mulut jah...

Semasa perhimpunan juga kumpulan TEAM "R" dilihat lebih banyak berkongsi microphone dengan beberapa wakil NGO termasuk mahasiswa, lebih dari 5 orang wakil-wakil NGO berucap untuk lebih menampakkan kemantapan mereka berbanding kumpulan satu lagi yang suka kulum mic sepanjang masa.

Sebagai blogger bebas yang tahap mencacainya tidak berada pada tahap kritikal yang mana bertepatan dengan kehendak golongan atas pagar untuk mengetahui isu yang sebenar maka inilah cerita yang sebenarnya...Bukan kerana Pas itu baik dan BN itu tidak baik, tapi kerana pencacai BN itu selfish mengampu dan pencacai Pas pula................Anda Mampu Mengubahnya.........

"Itu hanya sebahagian kecil sahaja dari gambar-gambar peristiwa perhimpunan semalam, kalau video penuh ia lebih memalukan".

DEDAH PENGAKUAN MANGSA PECAH KEPALA JADI ALAT DEMONTRASI GANAS DI KELANTAN

Dalam keghairahan kita berbicara mengenai demontrasi adakalanya kita terlupa untuk menghayati demontrasi yang diadakan itu secara ilmiah dalam konteks realiti dari apa yang telah berlaku. Maksudnya dari apa yang didapati dalam tujuan demontrasi yang diadakan  itu, apakah ia menepati dari kehendak keatas perkara yang dituntut?

Setiap mereka yang menganjurkan demontrasi itu punyai niat dan kepentingannya yang tersendiri, samada niatnya itu baik untuk seluruh rakyat ataupun hanyalah untuk mencapai sesuatu keuntungan didalam politik, itu terletak kepada apa yang berlaku didalam penganjuran demontrasi tersebut.

Politik pula adalah satu hal dimana keberlakuannya sentiasa berada diluar jangka kotak pemikiran rakyat biasa, bagi Pakatan Rakyat mereka lebih arif dalam memanipulasi setiap demontrasi yang mereka lakukan dengan menimbulkan satu situasi yang menampakkan seolah-olah kerajaan Barisan Nasional dan pihak berkuasa bertindak zalim keatas mereka.

Pertembungan demontrasi yang berlaku di Kota Bharu pagi tadi diantara kumpulan SEDAR dan TEAM "R" adalah satu perancangan licik pemimpin Pas Kelantan, kegagalan membaca perancangan tersebut sekaligus memberi kesan besar terhadap politik Kelantan, dan sudah pasti pemimpin Pas akan menjaja cerita rakyat "pecah kepala" dipukul oleh samseng Umno disetiap ceramah mereka bagi meraih simpati dari rakyat.

Jika diamati setiap demontrasi yang disertai oleh Pas ataupun Pakatan Rakyat pastinya mendatangkan masalah, selalunya mereka akan menyalahkan pihak polis kerana adanya gas pemedih mata yang menjadi punca kepada huru-hara, dan jelas walaupun tidak ada gas pemedih mata kekacauan tetap berlaku dan orang lain jua yang disalahkannya, namun cubaan menfitnah untuk mengatakan adanya gas jelas disebut pada klipvideo dibawah sebelum cubaan itu dipatahkan oleh seseorang.

Kesimpulannya kekecohan yang berlaku pada perhimpunan tadi adalah satu perancangan licik oleh individu tertentu, dan perkara ini adalah jelas jika ia dianalis dari keterbukaan minda fikir berserta fakta yang kukuh, diantaranya seperti masa dan tempat perhimpunan itu yang mana NGO SEDAR terlebih dahulu menetapkannya sebelum seminggu selepas itu TEAM "R" pula mengumumkannya. Apakah sudah tidak ada tarikh lain untuk mereka jika ia bukan satu perancangan ?

Ore Kelate kato "Ore bodo makane ore cerdik", dan Gk kato pecoh kepalo tu adalah perancangan orang yang licik. Sejauhmana NGO Umno mampu untuk mengatasi perancangan licik seperti ini? Jangan terlalu jinak untuk masuk kedalam perangkap, kerana kesannya turut tempias kepada organisasi yang besar. Apapun perhimpunan ini berjaya untuk diperlihatkan kepada umum bahawa sokongan rakyat Kelantan terhadap Pas masih utuh dan tidak berganjak.

Keadaan ini adalah petanda bahawa segala apa yang telah diusahakan oleh bukan sayap Umno semuanya adalah gimik kontang berkepentingan peribadi semata-mata tanpa memberi kesan kepada rakyat Kelantan. Masih ada masa untuk memperbaikinya. Punca paling besar adalah tugas Penerangan yang gagal melaksanakan amanah yang diberikan selari dengan transformasi yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atas hakikat itu Anda Mampu Mengubahnya...

RAKAMAN VIDEO PERGADUHAN - DEMONTRASI GANAS DI KELANTAN

Rakaman kekecohan yang berlaku di perhimpunan yang bertembung diantara dua kumpulan yaitu SEDAR dan juga TEAM "R" pagi ini di depan SUK Kota Bharu.

Dilaporkan seramai lima orang ahli kumpulan TEAM "R"  cedera didakwa dipukul ketika perhimpunan tersebut.

Antaranya ialah  Naib Presiden Royalti, Abu Samah Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang berunding dengan anggota polis bertugas berhubung urusan pembahagian kawasan himpunan.

Katanya, sewaktu perundingan itu berlangsung, keadaan agak tegang dengan bunyi bising serta provokasi daripada penganjur Himpunan Sedar sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan berbincang dengan dengan pihak satu lagi.

“Belum sempat habis berunding dengan polis berhubung kawasan himpunan diperluaskan memandangkan peserta Pra-Himpunan Royalti ini semakin ramai, saya pergi berjumpa ketua pihak berkenaan untuk menasihatkan menenangkan ahli-ahlinya supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi.

“Tetapi malangnya mereka sukar untuk dibawa berunding hingga menjadikan saya ambil keputusan untuk beredar. Sewaktu saya hendak beredar tiba-tiba saya dipukul curi secara padu dari bahagian belakang, pada bahu, leher dan kepala,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu.

‘Pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V’ dianjurkan untuk menyerahkan memorandum tuntutan beserta plak Royalti yang telah ditandatangani Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak Kerajaan Negeri ini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, berkata dia terpaksa menerima tiga jahitan pada bahagian kepala setelah dipukul kira-kira 10 orang dari pihak yang sama.

“Saya tidak tahu dipukul dengan objek apa pada bahagian kepala ini sebab benda ini berlaku dengan cepat tetapi merujuk pemeriksaan doktor dipercayai luka disebabkan benda tajam,”katanya. - Di petik dari Sinar Harian

DEMONTRASI DI KELANTAN BERMULA GANAS

Pertembungan dua kumpulan pada perhimpunan yang diadakan di Kota Bharu pagi ini menyaksikan salah seorang dari kumpulan yang dikenali sebagai TEAM "R" mengalami kecederaan kecil di kepala  didakwa dipukul oleh anggota kumpulan satu lagi yang dikenali sebagai SEDAR.

Perhimpunan itu juga dicemari  dengan balingan asap merah (bom asap) daripada salah satu kumpulan yang hadir, bagaimanapun tindakan pantas pihak polis yang bertugas berjaya mengawal keadaan dan keadaan kembali tenang.

Dalam pada itu team Kelantan Cyber Warriors (KCW @AOK) yang berada di lokasi perhimpunan tersebut melaporkan lebih 4,000 orang menyertai perhimpunan itu dan 3,000  daripadanya adalah dari TEAM "R" kumpulan yang menyokong tuntutan royalti manakala selebihnya dari kumpulan sedar yang menuntut 22 Janji daripada kerajaan Pas Kelantan.

Difahamkan, perhimpunan itu juga menunjukkan sikap dan mentaliti penyokong parti, kerana, walaupun perhimpunan tersebut dikatakan dianjurkan oleh NGO namun NGO-NGO tersebut lebih condong berpihak kepada parti-parti yang didokong oleh mereka.

Kain rentang jumud juga terpapar yang langsung tidak ada anjakan paradigma selari dengan perubahan minda rakyat yang lebih bersifat profesional. Perbezaan ketara ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan itu sebenarnya akan diterjemahkan oleh rakyat pada PRU13 nanti. 

Mungkin ramai dikalangan anak muda malu untuk mengaku mereka pendokong kepada parti tersebut, ini disebabkan cara berhimpun mereka tidak ubah seperti cara berhimpun suku kaum di Indonesia akibat diabaikan oleh pemimpin dan seolah-olah menggambarkan itulah minda mereka. Anda mampu mengubahnya...Laporan kembali menyusul bersama rakaman video....

Nak bantu rakyat macam mana kalau nak bantu NGO yang menyokong pun tak boleh....Ini tahun 2012 bukan tahun 1912....Memalukan...Jangan sampai orang muda merasa malu dengan sikap tidak endah pemimpin UMNO negeri Kelantan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...