Showing posts with label gopinath. Show all posts
Showing posts with label gopinath. Show all posts

Video - Gopinath Paria Dibebaskan, Boleh Jumpa PM Nak Minta Maaf

Berita pembebasan seorang pariapa Gopinath Jayaratnam yang menghina Allah dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan jaminan polis mendukacitakan hati perasaan dan nurani seluruh umat Islam yang peka didalam mendaulatkan syiar suci agama Islam. Berita ini juga tidak dilaporkan oleh sebahagian akhbar yang lain dan jenuh mencarinya, Hal ini hanya dilaporkan di  The Star dua hari yang lalu. Biarpun kes masih dalam siasatan, seharusnya ia perlu disegerakan dan tidak menyiasat kes ini dengan begitu lama seperti kes-kes yang lain, dan jika tanpa desakan kes ini akan tertangguh dan berlalu begitu sahaja.

Penghinaan yang dibuat itu bukan penghinaan yang remeh, Subhanallah maha suci Allah penghinaan yang terlalu melampau yang terlalu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, penghinaan itu jika berlaku keatas ibu bapa kita pun sukar untuk diterima apatah lagi berlaku keatas Allah tuhan yang Esa dan juga keatas Penghulu umat Nabi Muhammad SAW, kita bukan ingin bertindak sendiri keatas paria itu, tetapi tidak ada peruntukkan undang-undangkah untuk mendakwa paria itu sehingga seperti memaksa kita untuk mencari alternatif yang lain ?

Setahap mana pun kesabaran umat Islam untuk tidak mengambil tindakan sendiri, tapi itu tidak bermakna kerajaan boleh membebaskannya dengan langsung tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam di negara ini. Siapa yang boleh bagi jaminan perkara ini tidak akan berulang lagi ? Jika Sasterawan Negara berbangsa Melayu rebah dek kerana karya Interloknya yang menceritakan kebenaran paria dan kasta terhukum haram, kenapa tidak dengan paria yang menghina Allah dan Nabi, dimana keadilan dibumi Melayu ini, apakah ingin umat Islam bangkit sebagaimana Hindraf atau lebih dasyat dari itu.

Kita umat Islam bukan pelampau, kita tidak extreme sebagaimana sesetengah pihak yang kecoh memabukkan diri memaki hamun polis dan Umno di tepi jalan, mempertikaikan dan menuntut sesuatu bagaikan negara ini hanya mereka yang punya, seolah-olah pahlawan seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Penghulu Dol Said, Dato’ Maharajalela, Tok Gajah, dsbnya itu adalah anak lelaki bukannya anak JANTAN milik ketuanan.

Melayu jangan mudah lupa, jangan hanya hangat-hangat tahi ayam untuk perjuangkan Islam bangsa dan negara, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang genggam api biar sampai jadi abu, jangan terleka dengan buaian dunia yang bersandarkan politik semata-mata, percayalah hal ini jika tidak dicegah dari awal umat Islam akan rugi dan menjadi satu umat yang bacul dan tidak disegani lawan mahupun kawan. Sewenangnya mereka akan menuntut dengan pelbagai macam akibat dari sikap acuh tidak acuh kita menjaga hak kita.

1 Malaysia bukan bermakna semuanya mesti sama, sama pada perkara yang boleh sama tetapi tidak kepada perkara yang tidak boleh, seharusnya letaklah sesuatu itu biar kena pada tempatnya. Justeru itu sama-samalah kita bangkit untuk mempertahankan agama Allah dengan mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan yang adil kepada semua, jangan hanya bersemangat bangkit sekerat jalan, kerana demi agama kita perlu tegas dalam mempertahankannya,

Apakah kita ingin menjadi bangsa yang boleh dipermainkan dan ditertawakan ? Perlukah takut akan mati kerana berjuang di jalan Allah ? Perlukah takut dipenjarakan kerana berjuang dijalan Allah ? Sama-samalah berjuang dan jangan kita membisu dan berdiam dengan isu ini supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain. Anda Mampu Mengubahnya.
"Biarpun tidak lebai, Tapi berjuang kerana Allah, gerok subuh ambo bangun subuh Insyaallah"

Paria Hina Islam Dibebaskan, Dr Zakir Dakwah Islam Dihalang - Itukah Kebebasan ?

Sedikit masa lagi jangan pula umat Islam terkejut jika ada kumpulan tertentu yang membantah atau anti Al-Quran dengan dakwaan bahawa Al-Quran menghina agama mereka dan sangat tidak sesuai bagi sebuah negara yang mengamalkan kebebasan dalam beragama. Itulah yang bakal terjadi nanti bila yang batil berusaha untuk mengatasi yang hak, hujah ilmiah mengenai kebenaran dan perbandingan diantara agama tidak boleh lagi diterima, mereka rasakan mereka yang benar, kita pula merasakan kita yang benar, tetapi benar itu mestilah ada hujah, dalil dan buktinya, jika gagal memberi dalil dan bukti usah pula menghalang orang lain dari menyatakan kebenarannya.

Tidak timbul soal menghina, bukankah membantah tokoh Islam berdakwah juga merupakan penghinaan terhadap Islam ? pendakwah Islam yang dibantah ini bukan penghina agama seperti paria Gopinath, mereka ada hujah sebagaimana yang dijelaskan didalam Al-Quran, bukan mereka menghina mengguna dalil dongeng yang tidak ada asasnya. Sebelum mereka menjelaskan apa yang didakwa sebagai menghina itu mereka memohon maaf terlebih dahulu, kebenaran wajib disampaikan walau ia pahit untuk ditelan. Tapi bila ilmu 'belit' digunakan untuk memenuhi segala impian tanpa menghormati hak orang lain yang lebih berhak, maka beginilah yang terjadi.

Diatas kelemahan kita umat Islam sendiri, walalaupun secara halus, namun sedikit demi sedikit percubaan untuk menafikan hak kepunyaan kita senantiasa berlaku diatas nama kebebasan, mereka hanya nampak kebebasan yang menguntungkan mereka tanpa mengambil peduli hak kebebasan orang lain, atas nama hak kebebasan juga mereka sengaja mentafsir sesuatu penjelasan itu sebagai penghinaan, seakan sudah tidak tahu membezakan diantara soalan dan jawapan, lelaki dan perempuan, depan dan belakang, semuanya disamakan dan disamaratakan tanpa had dan batas.

Kita mesti tahu membezakan diantara sudu dan kuah, begitu juga penghinaan dan penjelasan, sebagai contohnya tindakan mereka yang membantah kehadiran Tokoh terkemuka Islam Dr Zakir Naik untuk  berdakwah di Malaysia, adakah wajar tokoh Islam dibantah berdakwah di negara Islam oleh orang bukan Islam ? Dakwah itu berlangsung di Majlis Agama ISLAM bukan majlis agama BUKAN Islam, kebebasan sepatutnya bukan dengan membantah tetapi perlu dengan berhujah, jika ada perkara yang tidak puas hati dengan Islam, atau nampak kekurangan Islam, hadirlah untuk melontarkan pandangan itu, dan Islam tidak nampak ia sebagai penghinaan sebagaimana pertanyaan orang Kristian seperti rakaman video dibawah.

 
Seperti juga yang berlaku dalam hal yang boleh disifatkan sebagai hal 'budak-budakan' yang dilampirkan pada print screen dibawah, 10 patah dibalas dengan 100 patah, tapi kenapa Melayu itu membangkitkan hal demikian ? Kalau tahu jaga hal masing-masing dan sedar diri perkara seperti ini takkan berlaku. Tapi lihatlah ketuanannya mengatasi segala-gala. Bagaimanapun Melayu masih tetap punyai adabnya dan mengakui kesilapan serta memohon maaf dari apa yang dikatakannya bukan dengan tidak mengaku dan mendakwa 'ada orang hack FB dia.'
Politik puji 'A' hentam 'B' terlalu biasa, tapi hakikatnya..
Melihat kepada caci maki diatas mungkin kita tertanya-tanya mengenai sialan yang dilaporkan menghina agama Islam beberapa hari yang lalu, sebelum ini akhbar melaporkan pihak polis telah menahan Gopinath di rumahnya di Taman Klang Jaya bagi membantu siasatan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang. Bagaimanapun sumber yang lain mendakwa Peguam Negara telah menutup kes tersebut kerana sialan itu telah memohon maaf , selanjutnya baca diSINI
Cuma apa yang diharapkan adalah supaya seluruh umat Islam bersatu dan sedar akan sebahagian dari hakikat ini, jangan terlalu lemah dan bersabar, adakalanya kita perlu bangkit dan tegas, bagi pakar dakwah berdakwalah jangan jadi hipokrit yang merosakkan agama dan negara, jangan kerana undi kita sanggup menggadai body, ketahuilah kebebasan yang akan memusnahkan umat Islam sedang mara mengalir dan menghampiri kita yang sedang terleka. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...