Showing posts with label kenaikkan harga barang. Show all posts
Showing posts with label kenaikkan harga barang. Show all posts

Antara 'Kangkung', Rasionalisasi Subsidi Dan Rasionalisasi Rasuah Yang Mana @NajibRazak Fikir Lebih Relevan ? @Ibdil @KhairyKJ

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selepas ini tidak harus lagi dilihat terlalu 'kangkung' dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, antara transformasi dan 'kangkung' keduanya tidak mempunyai keselarian dalam  apa yang ingin dibawa oleh beliau, justeru beliau perlu lebih realistik setara dengan misi beliau.

Sikap pentingkan diri sendiri dan rakus melapah oleh Pegawai PMO membuatkan PM terabai dan seringkali dipandang rendah dan adakalanya ditertawakan, Najib juga kelihatan begitu sekali lemah dalam pentadbirannya, lebih lemah daripada pemimpin sebelumnya, sehinggakan budaya 'ugut' terus menjadi-jadi dikalangan pemimpin, ahli dan penyokong Umno itu sendiri.

Tak dapat jadi calon, atau kalah bertanding jawatan, ugut bagai....Siapa yang lantang bersuara, mengkritik dan mengugut akan mendapat... Sebaliknya yang setia menyokong akan melopong...

Najib mesti dibangkitkan dari lena, Najib mesti tampil sebagai seorang pemimpin sejati, Najib mesti berani menunjukkan ketelusan dalam pentadbirannya atau jika sebaliknya Najib wajib mengikuti jejakLah........

Penakut tidak bagus menjadi pemimpin, pemimpin perlu berani, tegas, lantang serta yakin dengan keupayaan sendiri dan tidak terlalu bergantung harap kepada punahsihat semata-mata. Contoh pemimpin itu Tun Dr Mahathir Mohamad. Najib perlu mencontohinya.

Sebagai pemimpin utama dalam kerajaan dan berbekalkan kuasa yang ada, Najib tidak perlu takut kepada kebatilan, Najib tak perlu gusar kepada tindakan mensabotaj parti, Najib tak perlu meredakan pembebanan terhadap rakyat ekoran kenaikkan harga barang dengan kenyataan 'kangkung'.

Sebaliknya emosi rakyat akan reda jika Najib berani mengumumkan antaranya bahawa Najib akan memastikan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) negara berada sekurang-kurangnya sebaris dengan negara jiran Singapura. Tapi sayang Najib tak berani nak umumkan! Kenapa ? Susah sangatkah ? Atau tindakan membasmi rasuah itu akan bankrapkan negara ? Rakyat benar-benar tidak mengerti!

Membebankan satu pihak yaitu rakyat, tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi negara, kalau kerajaan boleh rasionalisasikan subsidi, kenapa tidak kerajaan turut rasionalisasikan rasuah ? Kalau Singapura boleh berada pada tangga ke 5 dalam CPI kenapa Malaysia tidak boleh berada pada tangga ke 4 atau ke 6 ? Teruk sangatkah Malaysia ? Lemah sangatkah Najib?, dimana KJ yang hebat yang kononnya tak syok sendiri itu ?
Kalau boleh rasionalisasikan subsidi secara drastik, rasionalisasikanlah juga rasuah secara drastik itu baru adil, sedangkan bukti sudah jelas, dalam setahun berapa banyak ketirisan berlaku sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara, tapi perkara itu tidak dipandang serius, Paling kuatpun umum tubuh makmal atau jawatankuasa, hasilnya sifar!!!

Dalam pada itu saban hari kerajaan mengumumkan berjaya menarik pelaburan demi pelaburan, ratusan billion pelaburan dibawa masuk, tapi hakikatnya tiada pun kesan positif kepada rakyat, yang ada hanyalah kenaikkan harga barang. Jadi dimanakah relevannya kerajaan hari ini ?

Rakyat bersyukur dengan apa yang ada dan yang sedang dinikmati, tapi bersyukur itu tidak bermakna rakyat merelakan kerajaan untuk terus mengamalkan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dsbnya, kalau kita mampu untuk menjadi lebih baik kenapa kita tidak ingin lakukannya ?

Dengan segala apa yang berlaku itu, bila sampai masa pilihanraya, dan setelah keputusan PRU diumumkan itu kurang memberangsangkan, jentera maya pula yang dipersalahkan, bukankah bengong namanya itu ? Siapa yang persalahkan ? Khairy Jamaluddin dan balacinya Ibdillah Ishak, yaitu antara individu tingkat 4 yang paling dibenci oleh Tokoh paling berjasa Tun Dr Mahathir.

Sedangkan tokoh seperti Tun Daim Zainuddin pun tak kata jentera maya Umno ni lemah, syok sendiri atau bagai... Sebab tu KJ dan balacinya kena belajar dan tahu apa fungsi media maya dan apa yang perlu dilakukan dengan media itu. Asas dan faktanya cermin diri dulu diSINI. Justeru Najib yang lena diulit PEMANDU dan kroni KJ perlu segera disedarkan sebelum rakyat menyedarkan kerajaan UmnoBN....Anda Mampu Mengubahnya.

Perbelanjaan Berhemah @NajibRazak Tidak Selari Dengan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra

11 langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari ini dilihat bukanlah satu langkah yang bertepatan sebagaimana keperluannya yang sebenar.

Dalam hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah, daripada 11 langkah itu 3 daripadanya adalah seperti berikut:

Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Langkah mengurangkan adalah tidak selari dengan usaha kerajaan untuk memperkasa ekonomi bumiputra, sebaliknya langkah menambah serta mengkaji semula pemberian tender kepada syarikat pengurusan acara dan katering itu yang lebih tepat.

Syarikat kroni yang sudah kaya raya tidak seharusnya dibantu sampai ke tua,  dah stabil pandai-pandailah berdikari, beri peluang kepada syarikat bumiputra yang lain juga, dan pastikan pekerja yang digajikan oleh syarikat berkenaan adalah rakyat tempatan bukannya warga asing. Begitu juga dengan harga, misalnya sewa khemah, takkanlah sewa khemah jenis piramid sampai RM 4 ribu  manakala khemah VIP jenis arabian RM 7 ribu untuk satu khemah ?

Dalam mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah, harga melampaui batas itu yang seharusnya dititikberatkan oleh kerajaan, ketirisan seperti ini yang perlu dibendung dan bukannya mengambil langkah bersifat mengurangkan yang pada akhirnya akan memberi kesan kepada pengusaha serta pekerja atau rakyat itu sendiri.

Berbelanja secara berhemah pun nak kena lihat dari pelbagai sudut dengan mengambil kira kepentingan semua pihak, jika dilihat kepada langkah yang bersifat untuk mengurangkan, kerajaan seolah-olah ingin meletakkan penggunaan syarikat sebagai punca kepada perbelanjaan tidak berhemah, sedangkan punca sebenarnya adalah disebabkan naga-naga didalam kerajaan sendiri yang berperanan memakan komisen atas angin dengan menaikkan harga sesuatu barang, projek atau perkhidmatan.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan ingin kekal mentadbir negara, Kerajaan harus mengelakkan sebarang tindakan atau langkah yang boleh membebankan rakyat, samada mengurangkan penggunaan syarikat mahupun mengurangkan subsidi, semua itu membebankan rakyat, walhal masalah atau punca sebenar tidak pula diberi penekanan dalam mengatasinya.

Kesimpulannya, kerajaan begitu tegas dengan rakyat yang tidak berdosa sehingga sanggup membebankan rakyat menerusi kenaikkan harga secara mendadak, tapi kerajaan tidak pula tegas dalam menangani kes rasuah ? Apakah kerajaan Najib tidak berhasrat 'murni' untuk meletakkan negara sebaris dengan Singapura dalam CPI 2014 nanti ? Kenapa kerajaan tidak tegas dalam isu ini ? - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.
 Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) 2013

Video - Kenapa Prof Muhaya Dimaki Hamun Tapi Rilaks Jer!!!

Sebelum ini sudah dijangkakan kenyataan Prof Dr Muhaya biarpun dalam konteks 'solusi keluar dari bebanan hidup', ianya sukar untuk diterima oleh segelintir golongan yang singkat akalnya kerana tak tahu nak bezakan antara kenyataan menyokong kenaikkan harga barang dengan nasihat dalam menghadapi situasi kenaikkan harga barang.

Sebagai contoh, dalam satu kampung tu ada pihak sedang bergaduh, si A mendakwa si B mencuri ayamnya, kemudian datanglah Ketua Kampung, agak-agaknya apa Ketua Kampung tu nak buat ? Meleraikan pergaduhan itu dengan cara damai atau mengeruhkan keadaan dengan memberi sebilah parang kepada kepada si A supaya menetak kepala si B ? Kalau Ketua Kampung tu nasihatkan supaya, 'jangan bergaduh, bawa bersabar, mengucap banyak-banyak, selesaikan dengan cara elok' dsbnya. adakah Ketua Kampung tu boleh dianggap sebagai menghalalkan kecurian ?

Ok, katakan Ketua Kampung meleraikan secara damai, dan ada pihak yang akan marah dengan Ketua Kampung kerana meleraikan pergaduhan tersebut, agaknya pihak manakah yang marah itu? pastinya pihak iblis laknatullah!!!.

Begitu juga dalam isu Prof Muhaya, yang kecoh duk maki hamun beliau tu mungkin pihak tu lah kot!, cuba fikir nak maki hamun beliau buat apa ? Beliau bukan orang politik dan beliau hanya bercakap dalam konteks motivasi yang selayaknya dengan beliau seorang prof. Kalau kita tak puas hati, itu kita punya pasal, tapi kita tak berhak untuk maki hamun beliau.

Apa yang Prof Muhaya katakan adalah realiti yang berlandaskan ilmu dan agama bukan berlandaskan politik, sama juga macam beliau kata 'merokok tu membazir, membakar wang, berhentilah merokok', bukankah kata-katanya itu benar ? Soal kita tak boleh berhenti itu kita punya pasal, tapi hakikatnya adalah benar bahawa rokok itu membazir, jangan pulak kita nak salahkan orang lain diatas kedegilan diri sendiri yang sengaja cari susah.

Sama juga kalau kita ada penyakit kencing manis, bila jumpa doktor, doktor kata, untuk elak dari penyakit melarat yang pada akhirnya mungkin kena potong kaki, jadi, doktor nasihatkan supaya  kurangkan makanan manis, tiba-tiba kita marahkan doktor sebab makanan manis tu kita beli pakai duit sendiri bukan duit doktor, yang doktor nak larang kita makan tu apa hal ? Sedangkan ketika itu doktor bercakap dalam konteks untuk mencegah panyakit kencing manis daripada merebak bukannya doktor bercakap dalam konteks duit siapa ? So, waraskah kita ?

Kalau ya pun kita marah sangat dengan harga barang naik, pi balunlah Menteri Ayam, sebab Menteri Ayam tu orang politik yang selalu duk buat keluar kenyataan berstatus 'ayam'. Tu pun kalau nak balunlah, kalau tak sabar jerlah, tunggu PRU 14 buatlah keputusan. Apa yang payahnya?, yakinlah dengan rezeki Allah, takkan kebulurlah setakat nak tunggu 4 tahun lagi tu.... Kalau kerajaan tunjuk angkuh dengan kuasanya sehingga secara kerap menaikkan harga tanpa batas, apa kurangnya kita sebagai rakyat untuk tunjukkan keangkuhan kuasa yang ada pada kita dalam PRU nanti.

Justeru, kepada sebahagian golongan yang singkat akalnya, usahlah memaki hamun orang yang telah memberikan kita ilmu berguna walaupun ketika itu kita tidak tahu menggunakan ilmu tersebut kerana kejahilan diri kita sendiri, sebaliknya fikirlah dengan akal yang waras dan selebihnya kita bertawakkal kepada Allah. Yakinlah, macammana sekalipun kehidupan kita, tidak ada sesuatu yang mustahil dengan izin Allah... Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Menteri Ayam Suruh Rakyat Jangan Bercakap Tentang Harga Barang Naik

"Kita hari ini jangan saja bercakap tentang harga barang naik, ni naik, itu naik dan sebagainya, cuba kita fikirkan juga bagaimana kita sebagai rakyat boleh menyumbang, menyumbang idea, menyumbang cadangan kepada kita, kepada kementerian, jangan besok dilihat soal harga barang ni Kementerian Datuk Hasan Maleklah, Datuk Amrinlah punya tanggungjawab".

"Harga ni ditentukan oleh pengguna sebenarnya, sebab itu saya juga nak mendidik pengguna supaya bijak".

Ada ke patut seorang Menteri bercakap sedemikian rupa ? Apa gunanya sebuah kementerian yang dipertanggungjawabkan kalau Menteri sendiri pun tak tahu apa yang nak dibuat sehingga mendesak rakyat menyumbang idea dan cadangan ? Seperti seorang doktor pakar bedah tanya kita macammana nak membedah ? Tak rasa pelik ke ? Atau itik bertanya kepada ayam macammana nak berenang ?

Kalau harga barang ditentukan oleh pengguna buat apa adanya kementerian ? Menghabiskan boras saja!!! Nak tunggu ada laporan dulu baru nak siasat ni letihlah, baik jadi Menteri Bomba, sebab bomba memang tak keluar cari api, tunggu ada laporan kebakaran barulah mereka turun.

Nasib baik Menteri Dalam Negeri tak guna pendekatan Menteri Ayam, sekurang-kurang pihak polis keluar juga meronda dan tak bergantung kepada laporan baru nak bertindak.

Sebelum Menteri bercakap perlukan idea dan cadangan dari rakyat, sejauhmana usaha Menteri membuka ruang kearah itu ? Kalau tak tahu tugas sebagai Menteri, lebih baik letak jawatan, jangan duk meroyan jadi liabiliti pada kerajaan. Ni lah padahnya bila Menteri dilantik hasil dari berkat bodek mencium tangan bukannya dari kebolehan dan kepakarannya.

Alang-alang dah Menteri minta cadangan dari rakyat, maka dicadangkan supaya sebelum seorang Menteri bercakap pastikan percakapannya itu tulen datangnya dari kepala otak bukan kepala lutut, so terlebih dahulu Menteri perlu membuka ruang atau platform yang mesra untuk digunakan oleh rakyat bagi memudahkan rakyat membuat laporan dan memberi cadangan atau idea dsbnya,

Sebagai contoh, aplikasi seperti WhatsApp, wujudkan seorang wakil kementerian disetiap daerah dengan satu talian WhatsApp, maklumkan kepada rakyat mengenai kewujudan talian itu menerusi kesemua media cetak dan elektronik, dari situ segala aduan masalah, cadangan serta idea boleh didapati oleh Menteri dan kementerian. Nak cadangan lagi mantap ada di blog DinTurtle. Anda Mampu Mengubahnya.

Harga ayam naik jangan makan ayam, harga barang naik, jangan bercakap pasal kenaikkan harga!!! Pantang nampak tangan Najib cium mmmmuahhh!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...