Showing posts with label keretapi. Show all posts
Showing posts with label keretapi. Show all posts

Kelantan Maju Dengan Angan, Lebuhraya Entah Kemana Kini Nak Bina Laluan Keretapi Pula

Beratus-ratus ekor kambing yang diternak oleh salah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan dilaporkan dari semalam sehingga kini masih lagi mengilai-ngilai bilamana mendapat tahu  Kerajaan Kelantan kini sedang merangka untuk membina laluan keretapi laju bagi menghubungkan negeri itu dengan negeri-negeri di Pantai Barat termasuk Johor untuk keperluan jangka masa panjang.

Kambing pun sukar untuk menerima berita berkenaan,  laluan untuk kereta pun tak tahu lagi hujung pangkalnya ini pembinaan laluan keretapi pula, entah bagaimana yang difikirkan oleh pencadangnya itu, apakah dia ingat rakyat Kelantan ni begitu bodoh untuk dihampakan beberapa kali, tak sempat habis satu babak timbul lagi satu babak, berbabak-babaklah jawabnya.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beberapa pihak berkaitan telah dihubungi untuk membantu membuat rangka awal cadangan laluan keretapi tersebut.

Menurut beliau, pembinaan laluan keretapi itu akan menggunakan wang dari bayaran royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

"Kalau kos keratapi laju RM4 hingga RM5 bilion, itu masih dalam kemampuan kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri Harakah di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM hari ini.

Tambah beliau lagi, pembinaan itu nanti akan membantu perkembangan ekonomi Kelantan selain mempercepatkan masa perjalanan dan memudahkan perhubungan.

Pembinaan itu juga dilihat akan membantu mengurangkan penggunaan kenderaan rakyat Kelantan khususnya yang berada di perantauan untuk pulang ke kampung halaman terutama di musim perayaan dan cuti umum.

"Keretapi yang ada sekarang ini terlalu perlahan dan laluannya masih laluan yang dibuat oleh penjajah dahulu.

"Kita mencadangkan perjalanan dari KB ke KL lebih cepat dan selesa," katanya.

Mengulas cadangan BN Kelantan yang ingin memasukkan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam menifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, Husam berkata ianya sudah terlambat.

"BN terlambat, kita dah pikir nak buat kretapi laju dia baru nak ambik lebuh raya.

Itulah yang disebut sebagai jelmaan angan-angan yang tidak ada kesudahannya, mendengar guruh dilangit air ditempayan dicurah jangan, untuk membina sesuatu dengan mengharapkan hasil usaha orang lain bukanlah sifat yang baik bagi seorang pemimpin, biarpun itu hak kita sekalipun ia adalah samar disamping orang yang mengusahakannya juga turut menafikannya.

Menjadi pemimpin bersifat makan gaji buta tidak selayaknya untuk dipilih rakyat, nak berusaha sendiri diatas punca sendiri tidak reti, yang pandai hanyalah berjanji, dan beralasan bila gagal dalam melaksanakannya. Anda Mam[pu Mengubahnya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...