Showing posts with label kerja kerajaan.goverment. Show all posts
Showing posts with label kerja kerajaan.goverment. Show all posts

Benarkah Nak Kerja Kerajaan Perlu Ada 'Kabel' ?

Rata-rata masyarakat terutamanya lepasan siswazah berpendapat untuk diterima berkerja disektor kerajaan sebahagian besarnya memerlukan 'kabel' atau orang dalam, walaupun bukan semua yang diterima berkerja dengan kerajaan itu menggunakan 'kabel' tetapi sebahagiannya juga tidak dapat dinafikan. Benarkah tanggapan itu ? Jika benar bagaimana dengan nasib mereka yang tidak punyai kabel, nasiblah kan, ahaksss, shhhhhh...

Sebenarnya bukan apa, isu ini dibangkitkan supaya pihak-pihak terlibat menanganinya dengan sebaik mungkin agar tidak ada dikalangan mahasiswa kita yang memberontak atau tidak berpuashati dengan kerajaan diatas cara pengambilan yang sebegitu. Ini kerana untuk mahasiswa belajar ia pasti memerlukan pinjaman daripada PTPTN, dan setiap pinjaman itu pasti akan dituntut bila tiba masanya atau selepas menamatkan pengajian, namun bayangkan sekiranya tamat pengajian dan sehingga layak digelar atuk atau nenek mahasiswa pun belum lagi mendapatkan pekerjaan yang terjamin sebaliknya berkerja kerani di syarikat swasta dengan gaji bulanan Rm 500, masakan mereka tidak sakit hati dan tentu juga tidak mampu untuk membayar balik pinjaman tadi.

Berbeza jika fresh graduate atau mahasiswa yang baru saja 3,4 tahun menamatkan pengajian, biasalah perlu bersabar dan sentiasa mengisi iklan-iklan jawatan kosong, tapi jika lepas SPM masuk Universiti dan tamat belajar hingga usia pun dah cecah 30 tahun tapi belum juga dapat kerja dengan kerajaan 'Janji ditepati', makanya kerajaan perlu menimbang balik situasi berkenaan. Sebagai contoh hal ini juga turut berlaku kepada orang rumah Gk yang mana sudah beratus kali memohon setiap iklan jawatan kosong kerajaan dan pernah beberapa kali dipanggil temuduga seperti jawatan pembantu tadbir dsbnya, namun semuanya tidak berjaya atau dengan kata manisnya masih belum ada rezeki.

Bagaimanapun hari ini sekali lagi ia dipanggil untuk ditemuduga atau mengambil peperiksaan yang diadakan di Kem Kijang Kota Bharu, biarpun kelihatan sudah hampir mulai kecewa dengan persepsi perlu adanya 'kabel' (biasalah orang berbadan dua) namun tetap juga menggagahkan diri menghadiri peperiksaan tersebut.
Dengan melihat kepada semua keadaan termasuk faktor ihsan, masa, usia dan juga tuntutan beban pinjaman, Gk fikir sudah tiba masanya bagi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab untuk berlaku adil dalam menimbang semula dan memberi perhatian sewajarnya terhadap kesemua kes-kes yang berlaku seperti ini walaupun ia tidak punyai 'kabel' atau seumpamanya.

Apapun tahniah diucapkan diatas keprihatinan kerajaan dalam Bajet 2013 yang begitu peka dengan kehendak orang muda masakini sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri yaitu :

"Bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat, satu pakej khas akan diperkenalkan oleh kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi. Melalui pakej Komunikasi Belia, rebat RM200 akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah-alih pintar melalui pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah ".
Anda Mampu Mengubahnya.
'Yang dahulu kita dahulukan dan yang kemudian kita kemudiankan'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...