Showing posts with label kickdefella. Show all posts
Showing posts with label kickdefella. Show all posts

Video - Kickdefella: "Husam Arahkan Saya Jatuhkan Menantu Nik Aziz, Saya Jadi Mangsa"

Bekas Pegawai Khas kepada Datuk Husam Musa, Syed Azidi Abdul Aziz membuat pendedahan mengenai arahan Husam supaya beliau menjatuhkan Abdul Ariffahmi Abd Rahman yaitu menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat beberapa tahun lalu dengan pembongkaran beberapa skandal.

Selain itu Syed Azidi juga turut mendedahkan musuh-musuh politik Husam didalam Pas antaranya ialah Adun Meranti, Nasaruddin Daud dan spenderman Mustafa Ali, pada masa sama beliau turut menyentuh berkaitan isu pokok yaitu mengenai pentadbiran Pas Kelantan yang disifatkannya sebagai gagal, bohong, beralasan, zalim serta bodoh didalam menguruskan aset rakyat sepanjang 23 tahun Pas memerintah di Kelantan yang menyebabkan penderitaan kepada rakyat.

Syed Azidi dalam satu forum penerangan mengenai pembohongan Husam dan Pas turut mencabar Husam untuk berdialog dengan beliau selain membuat ujian poligraf bagi menentukan samada Husam tergolong dikalangan golongan kambing jamnapari ataupun kambing boer.

Apa yang dibangkitkan oleh Syed Azidi itu seharusnya dijadikan sempadan dan dinilai secara keseluruhan, terutamanya masalah air yang setiap hari dan sepanjang masa terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan.

Dalam pada masalah ekonomi rakyat yang disebabkan kurangnya peluang pekerjaan, rakyat Kelantan turut dibebani dengan kos-kos yang tidak sepatutnya ditanggung akibat ketiadaan air ini, antaranya seperti kos membeli air mineral, pemasangan pam air, bayaran bil angin, alternatif modified paip dsbnya.

Kesimpulan dari bebanan itu, adalah sangat tidak wajar jika rakyat Kelantan terus memilih Kerajaan Pas untuk mentadbir negeri ini, dan kita yakin hari ini seluruh rakyat sudah sedar dengan hakikat tersebut.

Justeru semua pihak perlu peka, dan tidak mengambil pendekatan menambahkan lagi penganiayaan terhadap rakyat Kelantan, khasnya mereka yang bersekang mata berjuang sehabis daya untuk menumbangkan rejim Pas di Kelantan ini. Kerana sikap tidak amanah seperti itu pasti tidak akan bertahan lama sebelum menyusulnya kebenaran.

Sebagai rakyat yang berkuasa menentukan kuasa dengan izinNya, ia harus mengambil tindakan yang positif mengadili situasi agar kesongsangan itu tidak terpalit semula kepada diri sendiri. Kebenaran itu penting untuk dinyatakan, keberanian wajib ada untuk mempertahankan, keadilan itu perlu didalam penghukuman, kebangkitan pasti bermula selepas kezaliman. Anda Mampu Mengubahnya.

Debat Royalti: Antara Hak dan Manipulasi Kickdefella VS Setiausaha R

Rakyat Kelantan terus tertipu dengan permainan politik suku sakat Abu Mawas, formula yang digunapakai mereka cukup senang, mudah atau simple.

Nik Aziz style - " Kalau Umno tukar dasar kepada Islam kita akan bubar Pas serta merta", bukankah itu satu hal yang mustahil, kerana dasar Umno itu sendiri pun sudah Islam, jika tidak apa yang bezanya antara Pas dan Umno dari segi tindakan bukan darisegi 'kecep sajo', namun dongeng itu jugalah yang dipegang sebahagian besar penyokong Pas. 

Tapi ramai yang tak sedar, kalau Pas berjuang atas dasar Islam sehingga terjualnya tanah-tanah dibumi Islam kepada kafir, apa maknanya dasar Islam Pas itu ? Belum lagi dikira dengan isu kalimah ALLAH dsbnya.

Royalti: Antara Hak dan Manipulasi

Husam@Royalti style - "Siapa Syed Azidi? Saya ada pengikut 30000 orang. Sebagai contoh pengikut saya yang berlarak dibelakang saya, bersama saya dari KLCC Ke Stadium Merdeka. . Kalau dia ada 5000 ok lah nak berdebat dengan President R. Saya cabar Dato Mustafa Mamat & Dato Awang Adek. . Bukanya orang lain"..

Mereka cukup tahu bahawa mana-mana Menteri pun tidak akan menyahut cabaran untuk berdebat, sepertilah juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak menyahut cabaran Minda Pondok untuk berdebat dalam isu doa 'KO BN' beberapa bulan lalu, tindakan mengajak pemimpin berstatus Menteri untuk berdebat  hanyalah satu tindakan untuk meraih publisiti semata-mata, tidak kiralah ia berlaku kepada mana-mana pihak sekalipun.

Begitu juga soal pengikut, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bukannya seorang pemimpin mana-mana parti atau NGO, beliau hanya seorang rakyat biasa yang pernah bekerja dibawah pentadbiran Pas Kelantan dan kebetulan waktu itu beliau diberi tugas khas bersama rakan-rakan lain untuk belayar menjejaki telaga-telaga minyak yang didakwa berada didalam kawasan perairan Kelantan.

Diatas rasa tanggungjawab beliau sebagai anak Kelantan, beliau tidak sanggup untuk terus membohongi rakyat Kelantan diatas perkara sebenar yang beliau tahu mengenai kedudukan royalti  ini.

Tapi apakan daya, Presiden R yang mengaku dirinya berjuang untuk rakyat Kelantan mencari helah dengan membuat penegasan  dimana Syed Azidi bukan seorang yang layak untuk berdebat dengan beliau, kerana beliau hanya layak untuk berdebat dengan bapak-bapak Menteri sahaja.

Namun Setiausaha NGO R, Syam Ghaz dilaporkan bakal mengambil tempat Presidennya untuk berdebat dengan Syed Azidi.

Kesanggupan Setiausaha R itu tetap disambut baik oleh Syed Azidi yang tidak menilai soal kedudukan lawannya malah turut mengulangi kenyataan beliau sebelum ini bahawa “Kita debat untuk ilmu dan untuk menjernihkan pengetahuan rakyat Kelantan terhadap isu sebenar”.

Bagaimanapun masa dan tempat belum dapat dipastikan lagi, difahamkan ianya akan ditetapkan dalam masa terdekat ini.

Presiden Royalti Ke Benggali Roti Ni ? Ada Hati Nak Debat Dengan Menteri

Gila orang ni ada macam-macam jenis gila, gila terkini oleh sebuah gerakan di Kelantan adalah gila publisiti, dek gila publisiti ni ada yang sanggup lakukan apa sahaja asal boleh jadi glamour, sanggup pecahkan kereta sendiri, lebih gila lagi sanggup bakar banner gambar Sultan, gila ini dilaporkan telah menyebabkan berlakunya 13 insiden yang tidak diketahui hujung pangkalnya, namun jika melihat akan bagaimana insiden yang berlaku itu dimainkan oleh mereka, secara peribadi ia agak sukar untuk diterima bahawa insiden itu dilakukan oleh orang lain dan bukannya dikalangan mereka sendiri.

Tapi tak perlah, yang tu kita tak tengok, maka kita tak jelas, apa yang kita nak cakap ni adalah daripada apa yang kita tengok dengan mata kepala kita sendiri, ianya berkaitan dengan nak cari publisiti dengan mengajak Menteri untuk berdebat, agaknya Menteri ni gila ke nak sahut cabaran tu ?

Wartawan Sinar Harian Tanya saya tadi. Saya jawap.. sape Syed Azidi? Saya ada pengikut 30000 ore. Sbg contoh pengikut saya yg berlarak divbelakang saya, bersama saya dr KLCC Ke Stadium Merdeka. . Kalu dia ada 5000 ok lah nak berdebat dg President R. Saya cabar Dato Mustafa Mamat & Dato Awang Adek. . Bukanya orang lain..

Sebelum ni Syed Azidi Syed Abdul Aziz @ Kickdefella pernah menyahut cabaran Presiden Royalti ini untuk berdebat secara ilmiah, tapi sayang seorang Presiden memberi alasan BODOH seperti seorang Jkkk, inikah orang yang nak mengaku bahawa dia mewakili rakyat Kelantan untuk menuntut apa yang dikatakan sebagai hak rakyat itu ?

Kalau ya pun nak raih publisiti dari seorang Menteri, sahutlah dulu cabaran debat seorang yang bukan Menteri, nak lawan tok guru pun kalahkan dulu anak muridnya, ni nafsu besar macam biawak ni apa ke jadahnya bai ? Betul-betul nak perjuangkan hak rakyat ke ataupun nak perjuangkan hak siapa ?

Ini ada ke patut persoalkan siapa Syed Azidi, dan kononnya dia  ada 30,000 orang pengikut, kalau Syed Azidi nak debat kena ada 5,000 orang pengikut, bukan ke itu statement longkang dengan syarat yang bangang ? Dah tu kalau nak ajak Menteri, kalau Menteri kata "Saya dah bawa pelaburan ke negara ini sebanyak RM50 Billion, kalau nak debat dengan saya paling kurang pun perlu buktikan yang anda dah bawa masuk pelaburan sebanyak RM5 Billion." Kalau Menteri jawab macam tu bagaimana ? Tapi nasib baik Menteri tu tak sebodoh Tuan Presiden.

Sepatutnya kalau si Nazri ni ada hujah yang kuat, fakta yang jelas, maklumat yang tepat dan tuntutan yang hak, beliau sepatutnya berterima kasih kerana Syed Azidi mencemar duli sudi melayannya, agak-agak macam tu, ni lah masanya nak tampilkan hujah yang sahih dihadapan sekalian rakyat Kelantan, apapun buang masa jer nak ulas panjang berbagai pasal puak haprak ni, kerja mereka hanya nak raih publisiti dengan persepsi dan fitnah. Anda Mampu Mengubahnya.

Tuan Presiden kata "Saya ada pengikut 30,000 ore", minta Tuan Presiden catatkan lipatan sejarah mengenai Tuan Presiden didalam wikipedia supaya Tuan Presiden lebih dikenali.

Fitnah memanjang

Tun Faisal Dan Syed Azidi Turun Bantu Mantapkan Jentera BN Di Kelantan

Perubahan politik yang berlaku di Kelantan adalah satu penantian yang sangat menyeksakan, ramai dikalangan generasi muda tempatan baik penyokong Umno mahupun atas pagar senantiasa mengharapkan kelahiran pemimpin - pemimpin pelapis Umno dari mereka yang berpendidikan serta benar-benar mampu untuk membawa wadah perjuangan bangsa dipersada politik negara.

Umno Kelantan khasnya, umum melihat seolah-olah sudah ketandusan pelapis pemimpin yang berkaliber, sebahagian besar pemimpin yang wujud hari ini hanyalah pemimpin niaga yang sering menjadikan Umno sebagai platform mencari kekayaan untuk mendapatkan projek. 

Menyandang sesuatu jawatan dengan ianya tidak berfungsi sebagaimana yang diperlukan adalah satu kecelakaan yang paling besar buat mana-mana parti atau organisasi.

Bagaimanapun Umno Kelantan kali ini pastinya sedikit lega, dalam BN menghadapi PRU 13 yang dijangkakan tidak lama lagi, inisiatif pihak luar dalam membantu jentera BN dilihat mampu untuk memberikan tentangan yang sengit kepada Pas.

Kali ini pengamal media sosial di Kelantan juga pasti merasa bangga dan cukup bertuah dengan kesudian seorang pemimpin muda , Tun Faisal Ismail Aziz untuk hadir berkongsikan pengalaman bagi memastikan jentera maya BN di Kelantan lebih berketerampilan serta sedikit sebanyak mampu untuk mengubah lanskap politik jumud yang melebihi 23 tahun ini.

Selain menjadi Pengerusi kepada Unit Media Baru, Tun Faisal juga merupakan antara Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dilihat mempunyai daya kepimpinan yang baik serta  menepati kehendak cara berfikir orang muda. Dengan kelebihan yang ada pada beliau itu, dapat disaksikan dimana akaun media sosial beliau seperti Twitter, sudahpun menjangkau seramai 164,923 pengikut setakat ini.

Tampak lebih berwibawa, keberanian beliau berhujah dengan pemimpin pembangkang termasuk yang berstatus Ahli Parlimen menerusi forum ilmiah ketika membahaskan isu-isu semasa mengzahirkan lagi keintelektualan yang sewajibnya dimiliki oleh setiap pemimpin muda Umno khasnya di Kelantan.

Dalam pada itu seorang lagi yang boleh dikatakan antara salah seorang pencetus kepada revolusi pemikiran politik rakyat Kelantan yaitu Syed Azidi Syed Abdul Aziz, kerana pembongkaran isu yang dibuat oleh beliau tidak menumpukan kepada  gimik mencari populariti atau tahu membuat laporan polis dan sidang media semata-mata.

Pembongkaran isu-isu didalam pentadbiran Pas Kelantan khasnya isu yang melibatkan Al-menantunya (CEO PMBK)  berjaya meletakkan Al-Menantunya itu ditempat yang sepatutnya, Beliau juga turut mendedahkan beberapa kegagalan dan penipuan projek dongeng bekas bosnya yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Syed Azidi juga pernah terlibat secara langsung didalam aktiviti pelayaran mengesan telaga-telaga minyak diperairan Kelantan, dan menjelaskan secara terperinci bahawa Kelantan tidak berhak didalam membuat tuntutan royalti itu.

Beliau sebelum ini dalam satu kenyataan bersifat 'gedebe' sekaligus membuatkan rata-rata rakyat Kelantan merasa 'belago angin' apabila menyahut cabaran debat Presiden Royalti, Nazri Deraman, dimana sebelum ini telah mencabar YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan YB Senator Dato’ Dr Awang Adek Hussin untuk berdebat dengan beliau secara 'kerah keng' sebelum disahut oleh Syed Azidi dengan tawaran debat secara ilmiah.

Daya usaha yang dilakukan oleh Syed Azidi dalam membongkar dan menyelesaikan  sesuatu isu itu seharusnya dicontohi buat pemimpin pelapis didalam Umno, andainya pemimpin - pemimpin muda Umno Kelantan bersikap seperti beliau, kita tidak akan menunggu satu masa yang terlalu panjang untuk melihat tersembamnya Pas di bumi Kelantan.

Kesimpulannya, diatas sikap bertanggungjawab, ehsan dan prihatin antara mereka inilah yang  menyebabkan nasib blogger seperti Gk masih lagi terbela, jika nak diharapkan pemimpin Umno Negeri (kecuali Umno KB) bertanya khabar akan blogger cabut seperti Gk ni, maka tertiaraplah harapan itu, mungkin sikap pemimpin Umno seperti inilah membuatkan rakyat Kelantan berfikir berjuta kali untuk memilih calon pemimpin dari BN. 

Bukan kerana rakyat menolak BN, tetapi rakyat menolak pemimpin yang mewakili BN, justeru pemimpin yang akan diletakkan mewakili BN itu jangan hanya dinilai kepada namanya atau juga besar jawatan yang disandangnya lebih-lebih lagi hasil dari politik wang, bahkan ia perlu dinilai secara keseluruhan bagi melengkapkan dari apa yang telah dilakukan. Anda Mampu Mengubahnya.

"Pemimpin pelapis Umno Kelantan perlu tunjuk kebolehan, pastikan Pas tumbang, bukannya berkembang!"

Bukan Taraf Nazri Nak Berdebat Dengan Menteri - Kickdefella

“Kita debat untuk ilmu dan untuk menjernihkan pengetahuan rakyat Kelantan terhadap isu sebenar”, demikian kata-kata pengasas blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam.

Beliau merujuk kepada berita di dalam Sinar Harian bertarikh 17 Januari 2013 yang melaporkan Pengerusi NGO R Saudara Nazri Deraman mencabar YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan YB Senator Dato’ Dr Awang Adek Hussin untuk berdebat isu royalti petroleum.

Nazri Deraman, Pengurus Bandar Baru Tunjung anak syarikat Kerajaan PAS Kelantan dan Pengerusi NGO R.

“Bukan taraf Nazri untuk berdebat dengan Menteri, debat dengan saya sudahlah,” kata Syed Azidi yang ditemui media di sebuah hotel di Kota Bharu selepas majlis perasmian Jentera Siber Barisan Nasional oleh Mustapa Mohamed. Bagaimanapun Syed Azidi nyatakan beliau mahu debat itu bukan bertujuan untuk ‘mengangkat ekor’ mana-mana pihak atau untuk tujuan bermegah-megah. Sebaliknya ia mesti untuk kedua-dua pihak meletakkan hujah masing-masing berdasarkan fakta supaya rakyat Kelantan boleh memahami dan membuat penilaian sebenar.

“Nazri boleh hantar wakilnya menemui saya untuk menetapkan masa dan tempat yang sesuai,” kata Syed Azidi lagi sambil menjelaskan bahawa pihak beliau sendiri bersedia untuk mengambil inisiatif sekiranya Nazri berhadapan kesukaran.

Nazri yang juga pengurus di Perbadanan Bandar Baru Tunjung, sebuah anak syarikat Kerajaan PAS Kelantan milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan di dalam laporan Sinar Harian itu juga mendesak PETRONAS menaikkan pembayaran royalti daripada 5% ke 20%.

Idea itu sudahpun dijelaskan oleh Mustapa Mohamed, selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum itu sebagai boleh mengakibatkan PETRONAS ‘lingkup’. Ini kerana Bayaran Tunai 5% yang dibuat sekarang adalah berdasarkan pengeluaran minyak dan gas dan bukan 5% daripada keuntungan. Oleh yang demikian jumlah itu sudah cukup besar.

Sebaliknya 20% dari pengeluaran jika dibayar sebagai Bayaran Tunai Petroleum akan meningkatkan kos operasi yang sudah sedia tinggi. Operasi carigali petroleum bukan satu operasi yang murah. Jadi jika ia dibebankan lagi dengan Bayaran Tunai sebanyak 20% ini akan memakan keuntungan PETRONAS dan kesannya PETRONAS tidak akan dapat memberi pulangan kepada negara sama ada di dalam bentuk cukai atau sumbangan lain bahkan ada kemungkinan PETRONAS akan berdepan dengan kerugian di dalam operasi carigali tempatan.  Selanjutnya disini

Setaghomano gu ? Lawe ke dok ?, kalu tak lawe gak ikat batu handing didindinglah, kahkahkah, pesanan buat Pelesiden Royalti tu, usahkan nak tuntut royalti, nak sebut perkataan ROYALTI pun belum tentu layak, jika tidak masakan untuk takut menyahut cabaran debat itu. Rakyat Kelantan pun nak tengok juga setaghomanao cerdik gak Pelesiden Royalti ni, ko lagumana ?

Kalau Husam Benar Kenapa Takut ? Kickdefella Sedia Menanti !

KOTA BHARU - Blogger, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menggesa Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berhenti main politik ‘kura-kura’ berhubung isu Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).

Dakwanya, Husam dilihat cuba ‘menyembunyikan diri’ daripada berhadapan masalah itu kerana tidak berjaya menjawab 10 soalan yang dimuatkan menerusi blognya mengenai skandal mata wang dinar dan dirham KGT.

Syed Azidi yang juga dikenali sebagai Kickdefella berkata, sebagai pengundi di negeri ini, dia mengharapkan Husam perlu lebih bersikap tanggungjawab terhadap sebarang persoalan yang ditimbulkan rakyat.

“Beliau (Husam) seharusnya berhenti bermain politik ‘kura-kura’ ini dan perlu berhadapan dengan masalah dengan menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan oleh rakyat,” katanya kepada pemberita, semalam.

Turut hadir pada sidang media itu, Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar), Kamaruddin Mohd Kassim.

Malah, Syed Azidi berkata, soalan-soalan yang dibangkitkan tentang skandal mata wang syariah tersebut adalah sah berdasarkan maklumat dan bukti dimiliki pihaknya.

Syed Azidi yang juga bekas pegawai kanan Husam itu meluahkan rasa kebimbangan terhadap modus operandi Husam yang berkemungkinan menyalahgunakan KGT untuk memperoleh wang bagi membiayai aktiviti lain.

“Saya tahu modus operandi Husam sebab saya pernah berkhidmat dengan beliau. Di sini saya risau bahawa KGT dengan aktiviti dinar emas ini salah satu modus operandi beliau mendapatkan duit membiayai aktiviti-aktiviti lain,” dakwanya.

Syed Azidi turut menggesa Husam yang juga Ahli Lembaga Pengarah KGT membatalkan hasrat menyaman sebuah akhbar tempatan termasuk bekas Pengarah Eksekutif syarikat terbabit, Nik Mahani Mohamad.

Katanya, tindakan menyaman itu disifatkan sebagai menyekat hak rakyat bersuara untuk mendapatkan kebenaran berhubung status penyelewengan yang dalam KGT.

“Adakah ini polisi kerajaan Pas Kelantan dan Pakatan Rakyat (PR) yang menyekat rakyat daripada bersuara dan menyekat peranan media melaporkan perkara yang betul?” katanya.

Sehubungan itu, Syed Azidi mempertikaikan sumber yang membiayai kes saman Husam.

“Siapa yang membiayainya? Tidak mudah dan murah untuk menyaman orang sebab banyak prosedur termasuk memerlukan kewangan yang banyak dan dari mana Husam dapat duit sebenarnya?” katanya. - Sinar Harian

Permohonan Injunksi Husam Keatas Kickdefella Ditolak Hakim

Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Dato' Mariana pagi ini menolak permohonan injunksi YB Dato' Haji Husam ke atas penulis blog Kickdefella. Dato' Mariana membuat keputusan setelah mendapati peguam Dato' Husam gagal membuktikan bahawa Kickdefella telah menfitnah plaintif. Oleh demikian Hakim berpendapat dakwaan Dato' Husam gagal disokong dengan bukti dan permohonan itu ditolak dengan kos.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...