Showing posts with label lebuhraya kelantan. Show all posts
Showing posts with label lebuhraya kelantan. Show all posts

Video - Husam: Saya Telah Minta Supaya Pilihanraya (PRU13) Ditangguhkan

Tahukah anda kenapa PRU13 masih belum lagi diumumkan ? jawapannya pasti mengejutkan banyak pihak, penangguhan PRU 13 adalah kerana memenuhi tuntutan yang dibuat oleh Exco kanan kerajaan Pas Kelantan Datuk Husam Musa yang ingin membuktikan kewujudan lebuhraya rakyat yang di ngembek-ngembekkan oleh beliau beberapa bulan yang lalu.

Sungguhpun demikian, bercakap adalah sesuatu yang sangat senang, lihat saja Husam bila bercakap, bunyinya sedap semacam jer, nak buat lebuhraya ni seakan-akan nak buat kueh roti goreng, kata beliau, pada mulanya ingatkan susah sangat, rupanya senang jer nak buat lebuhraya ni, patutlah NGO R sekarang ni berhempas pulas macam anu angsa menuntut royalti.

Apa tidaknya, Husam dengan selamber mengatakan beliau minta pilihanraya ditangguhkan walaupun pada jangkaan awal PRU13 akan berlangsung pada Julai, ini kerana beliau ingin membuktikan bahawa pembinaan lebuhraya itu adalah realiti dan bukannya sekadar pergi memacak batuNya semata-mata,

Bagaimanapun PRU13 betul-betul tertangguh, sehingga hari ini sudah melangkaui Julai selama 3 bulan, namun apakah pembinaan lebuhraya itu sudah bermula ? Itu kita kira lebuhraya dulu, belum masuk lagi bab stadium, apa yang jelas sekarang ini  lebuhraya entah kemana, tapi masih bercakap berdegar-degar, tak malu ke Datuk Husam oiii ? 

'Kalu ambo, ambo rasa malu weh, ore panggil kecep sajo, bare kecep sajo ni bare takleh pakai blahmana, ore panggil bare punoh dale telur, kes salloh seppak jah menetas, kalu dok temelar doh'.

Rakaman video dibawah adalah pembuktian yang terlalu jelas betapa bohongnya pemimpin PAS terutamanya Husam, nak dalih apa lagi ? Masa sudah sampai tapi lebuhraya belumpun nampak lagi bayangannya,jangan tuntut royalti saja, lebuhraya bagaimana. Anda Mampu Mengubahnya.

p/s - Untuk makluman sahabat semua, akaun Youtube Gelombangkick telah di block (Tak boleh Sign In)  oleh Yahudi yang tidak bertanggungjawab, sehubungan dengan itu akaun baru telah diwujudkan dengan menggunakan nama Gelombangkick2, bagaimanapun anda masih lagi boleh menonton video-video didalam akaun lama itu sehingga beberapa hari lagi sebelum ia dibebaskan atau dilumpuhkan terus  sebagaimana yang dimaklumkan oleh pihak Youtube pada lampiran dibawah.

Tak Minta Tapi Tanya Status, Petanda Awal Ketidakmampuan Lebuhraya Retorik

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan masih belum menerima permohonan rasmi daripada Kerajaan PAS Kelantan bagi Projek Lebuh Raya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor bagaimanapun berkata, beliau hanya dihubungi seorang exco kerajaan negeri itu bagi memaklumkan mengenai cadangan pembinaan lebuh raya tidak bertol berkenaan.

"Saya setuju kalau nak bincang atau minta bantuan teknikal. Tapi nak bina lebuh raya tidak bertol ini kalau tak silap saya akan menelan belanja sebanyak RM1.8 bilion," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 bagi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau mengulas pertanyaan yang dibangkitkan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) yang ingin mengetahui mengenai status cadangan pembinaan lebuh raya yang menghubungkan antara Kota Bharu dan Kuala Krai.

Bagaimanapun Shaziman berkata, kerajaan Persekutuan akan memberi keutamaan kepada cadangan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMk-11).

"Kerajaan Pusat akan laksanakan, cuma berperingkat-peringkat. Kalau nak bantuan teknikal atau kerjasama kita boleh bagi. Cuma saya tak yakin sangat boleh kutip derma.

"Kerajaan tak pernah batalkan projek naik taraf lebuh raya persekutuan Kota Bharu-Kuala Krai. Projek itu hanya ditangguhkan sementara untuk kerajaan menilai semula dan mencari alternatif lebih baik berbanding skop asal," katanya.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Lebuh Raya Rakyat tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai.

Lebuh raya dua lorong sehala itu yang melibatkan kos kira-kira RM1.8 bilion dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, dan kos bagi projek itu turut melibatkan kutipan sumbangan daripada orang ramai.

Ragam Husam - Kelantan Wilayah Berdaulat Lebuhraya Biar Dulu

Di hadapan 3,000 penonton di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Husam memberi tahu yang hadir “ Mahkamah Dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tetapi status kedaulatan negeri telah wujud”.

Mahkamah Dunia mana yang menetapkan status itu? Mana buktinya? Torak kepada yang yang tak tahu memang senang. Tapi itu adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun ketamadunan Kelantan telah dikesan daripada zaman pra-sejarah, tetapi di dalam sejarah moden, Kelantan telah berada di bawah naungan Raja Siam. Ia boleh dikesan sejak 1826 bila termeterai Perjanjian Burnley antara Raja Siam dan United Kingdom. Objektif utamanya ialah menetapkan kedudukan Negeri-Negeri Melayu. Perjanjian ini mengiktiraf hak Raja Siam ke atas Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Manakala Raja Siam mengiktiraf hak Kerajaan British ke atas Penang dan hak British untuk berdagang dengan Kelantan dan Terengganu tanpa sekatan oleh Raja Siam.

Anglo-Siamese Treaty 1909 yang dimeterai oleh Raja Siam dan Wakil United Kingdom di Bangkok pada 10 Mac 1909 pula menyaksikan negeri-negeri Melayu di bahagi dua. Patani, Narathiwat, Songkhla, Satun dan Yala kekal dibawah Raja Siam. Raja Siam melupuskan hak tuntutannya ke atas Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu kepada United Kingdom untuk menjadi sebahagian daripada Great Britain.

Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu kemudiannya di satukan dengan Johor dan dikenali sebagai The Unfederated Malay States (Negeri Melayu Tidak Bersekutu) dan dibawah pengawasan Penasihat British.

Ini adalah bukti pertama bahawa Kelantan bukan wilayah berdaulat seperti didakwa Husam. Hubungan diplomatik dan antarabangsa Kelantan ditentukan oleh kuasa lain. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ini sekadar memiliki autonomi yang lebih luas berbanding Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pada 8 Disember 1941, Kelantan telah diserang oleh Tentera Maharaja Jepun yang mengakibatkan Tentera British terpaksa berundur dari Kelantan. Sejak itu Kelantan telah diperintah oleh Tentera Jepun sehingga pentadbiran Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Raja Siam oleh Jepun. Sepanjang Perang Dunia Ke 2, Kelantan berada di bawah pentadbiran Raja Siam.

Pentadbiran Raja Siam ke atas Kelantan berakhir bila Jepun menyerah kalah. Kelantan kemudiannya diletakkan di bawah British Military Administration dan ditadbir oleh Tentera British sehinggalah perjanjian penyertaan ke dalam Malayan Union dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu. Pada 1 April 1946, Kelantan bersama Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersetuku, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat telah berada di bawah Malayan Union dan Pemerintah Tertingginya ialah Sir Edward Gent, Governor British pertama.

Ini adalah bukti kedua, Kelantan bukanlah Negeri Berdaulat seperti yang didakwa Husam.

Malayan Union berakhir pada Januari 1948. Pada 21 Januari 1948, Raja-Raja Melayu dan Sir Edward Gent telah menandatangani The Federation of Malaya Agreement di King House, Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1948, Negeri-Negeri Melayu termasuk Penang dan Melaka telah membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Ia diketua oleh Pesuruhjaya British dan Penasihat British di negeri-negeri diganti dengan Ketua Menteri.

Persekutuan Tanah Melayu wujud dari 31 Januari 1948 sehingga 15 September 1963, sehari kemudian Malaysia ditubuhkan. Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka dari jajahan British dan ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agung sebagai Ketua Negara.

Ini adalah bukti ke 3 Kelantan bukanlah negeri berdaulat seperti di dakwa Husam. Ini kerana sekiranya Kelantan tidak membuat keputusan menyertai Persekutuan Tanah Melayu maka Kelantan akan kekal sebagai tanah jajahan British.

Negeri berdaulat adalah ditafsirkan seperti berikut,

“A sovereign state is a political organization with a centralized government that has supreme independent authority over georgraphic area”.

Ternyata Negeri Kelantan tidak mempunyai autoriti ke atas wilayahnya dan sejak didokumentasikan dari 1826, nasib wilayah yang bernama Kelantan telah ditentukan oleh kuasa asing.

Husam layak dipanggil penipu. Bukankah begitu?

Oleh yang demikian, argumen Husam bahawa status kedaulatan negeri Kelantan telah wujud sebelum ia menyertai Persetukuan Tanah Melayu atau sebelum ia menyertai Malaysia adalah satu helah untuk mengaburi mata pendengarnya. Oleh yang demikian tidak timbul dakwaan Akta 144, Akta Kemajuan Petroleum 1974 telah mencabar kedaulatan Negeri Kelantan seperti dakwaan Husam di sini.

Berita yang disiarkan oleh Malaysiakini itu bertajuk ‘Kelantan Berhak Batal Perjanjian Dengan PETRONAS’. Seperti posting saya semalam, saya minta Kerajaan PAS Kelantan membuat permohonan untuk batalkan perjanjian suratcara 9 Mei 1975. Mengapa setakat bercakap sahaja. Kenapa tidak difailkan permohonan rasmi di Mahkamah?

Sebaliknya hari ini, Kerajaan PAS Kelantan hanya membuat permohonan supaya Mahkamah Persekutuan membenarkannya mengemukakan rayuan terhadap 3 tuntutan yang ditolak sebelum ini termasuk menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah, menolak permohonan PETRONAS untuk membatalkan saman dan memohon dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap PETRONAS sebelum ini, seperti dilaporkan oleh HarakahDaily hari ini. Panel 5 orang Hakim yang bersidang membenarkan permohonan tersebut setelah permohonan Kerajaan PAS Kelantan itu tidak dibantah oleh peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia dan PETRONAS.

Sekiranya peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak membantah, ini bererti Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak mempunyai apa-apa masalah dengan tuntutan permohonan rayuan tersebut.

Dakwaan Husam bahawa ini petanda awal ‘pintu gol lawan sudah ditembusi’ adalah satu lawak jenaka. Selanjutnya sila klik diSINI
Lawatan ke pelantar minyak Husam dah buat, lawatan ke projek depu bila nak buat ?
l

RAKYAT KELANTAN TAK GILAKAN LEBUHRAYA LEBIH PADA ISLAM

Rakyat Kelantan selama ini  telah tersalah pilih parti, parti yang dipilih dengan harapan untuk memperjuangkan Islam sebaliknya lebih memperjuangkan lebuhraya, mungkin lebuhraya itu adalah soalan utama yang akan ditanya oleh malaikat diakhirat nanti sekiranya ia tidak dibina.

Boleh diterima jika lebuhraya yang hendak dibina itu adalah bersifat jalan batu atau tanah yang belum lagi di tar, maka ianya wajar kalau berusaha sampai ke negara timur tengah  sekalipun. Zaman Rasulullah dulu pun tidak ada lebuhraya dan lebuhraya juga tidak menjadi perkara utama didalam ibadat sepertimana keperluan air, sepatutnya sebuah kerajaan Islam perlu faham soal ini.

Alangkah gembiranya hati umat Islam sekiranya apa yang terpapar didada akhbar ialah " Nik Aziz adakan pertemuan dengan seluruh Ulamak dunia untuk membincangkan perlaksanaan Hudud ". Setiap minggu Nik Aziz selaku ketua kerajaan yang dikatakan hendak perjuangkan Islam itu bersama kepimpinannya bertemu dengan Mufti dan Ulamak di pelusuk dunia bagi mendapat penjelasan dan kaedah-kaedah untuk perlaksanaan supaya ianya jelas dan tidak timbul lagi soal Hudud Pas.

Kalau rakyat Kelantan ni gilakan lebuhraya, mereka tak perlu nak pilih Pas, pilih BN lagi baik, tak payah sakit kepala, tahu-tahu lebuhraya dah siap, tapi rakyat Kelantan tidak gilakan lebuhraya itu wahai Husam, rakyat Kelate kato " Kito nok Isle lagi daripado pembangune" Tujuan pilih Pas pun kerana disangka Pas ni perjuangkan Islamlah.

Namun alih-alih semuanya disalahkan Umno, dah Pas sendiri kata Umno tolak Islam, so tak perlulah nak pertikaikan kerja buat mereka lagi, Pas yang tidak tolak Islam tu buktikanlah, jika nak dibahaskan hal ini ianya terlalu panjang, cukuplah sekadar disimpulkan bahawa, tujuan rakyat Kelantan undi Pas bukannya nak lebuhraya tapi nak kepada Hukum Allah itu dilaksanakan.

Maka berusahalah wahai Pemimpin Pas kearah itu walaupun sampai ke negara timur tengah sekalipun, jangan nak berpolitik sampai lupa matlamat sebenar perjuangan parti dan mengejar projek dunia yang sudah menjadi tugas utama pemimpin BN...Anda Mampu Mengubahnya.

HUSAM JUMPA LOMBONG BIJIH BESI BUAT LEBUHRAYA


 
Hebat bukan ? penemuan bijih besi ini seolah-olah ianya baru dijumpai semalam, tindakan sebelum ini seperti memboikot pengusaha stesyen minyak Petronas, perhimpunan ganas dan sebagainya itu mungkin ketika lombong bijih besi ini belum dijumpai.

Percaturan politik dengan perancangan yang disangkanya bijak bagi menampakkan kerajaan negeri bersusah payah diatas mencari keburukan kerajaan pusat dilihat tidak berbaloi dari apa yang akan dibina itu berbanding dengan keperluan asas rakyat seperti air.

Pembinaan lebuhraya rakyat KB-KK yang sudah dipacakkan batu asas itu dianggarkan menelan belanja sebanyak RM 1.8 Billion, dan pembinaan projek tersebut sebagai tindakan yang tidak cekap kerajaan negeri dalam merangka tadbir urus yang baik, dengan kewangan yang masih di awang-awangan itu masih bernafsu besar untuk mencipta gimik pilihanraya yang berada diluar kemampuan mereka.

Sedangkan keperluan bekalan air bersih yang menjadi sumber utama rakyat tidak pula diutamakan, apakah ini kerana peruntukkan yang diberikan olen kerajaan pusat sebelum ini tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh kerajaan Pas Kelantan, malah dilaporkan berlakunya penyelewengan didalam syarikat yang bertanggungjawab untuk membekalkan sumber air tersebut.

Kenyataan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa mengenai hasil bumi Kelantan yang ditemui itu , membuktikan Negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang kaya tetapi kerajaan yang mentadbirnya gagal dalam mengurus kekayaan itu walaupun sudah lebih 22 tahun memerintah.

Kenyataan berpolitik itu juga bagi mewuujdkan pemahaman jumud kepada rakyat Kelantan bahawa kekayaan hasil bumi yang ada itulah yang menyebabkan kerajaan BN beria-ia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri Kelantan, dan jika diambil alih oleh kerajaan BN maka segala hasil kekayaan itu akan kering kontang dibaham oleh pemimpin BN.

Bagaimanapun apakah rakyat Kelantan akan berfikir secetek itu, tidak terlintaskah difikiran kita rakyat Kelantan mengenai hasil kekayaan negeri Kelantan ini mengalir kepada siapa ?, benarkah rakyat yang mendapat manfaat dari sumber kekayaan itu. Kalau kerajaan negeri pula sememangnya tidak mendapat manfaat yang sepadan kerana sentiasa miskin .

Mungkinkah hasil kekayaan itu dikongsikan oleh kroni dan parti Pas ? Perkongsian dalam kaedah-kaedah tertentu yang jelas merugikan rakyat Kelantan sendiri.? Yang kaya adalah kroni seperti Interbumi Mining Sdn Bhd dan pemimpin Pas sahaja, Anda Mampu Mengubahnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...