Showing posts with label misteri. Show all posts
Showing posts with label misteri. Show all posts

Lihat Apa Nik Aziz Buat Setelah Doanya Gagal Untuk Menghalau Gangguan Jin / Api Misteri

Doa "KO BN", doa musnah dan doa pecah perut hasilnya sama sahaja dengan solat hajat dan doa politik yang dipersembahkan oleh Nik Aziz sewaktu cubaan menunjukkan karomahnya untuk mengusir jin api yang mengganggu sebuah keluarga di Kampung Penambang Kota Bharu beberapa bulan lalu, namun apa yang berlaku adalah jin semakin menggangu, difahamkan, pada awalnya hanya  muncul api misteri, tetapi setelah kehadiran Nik Aziz, jin-jin berkenaan mengajak tuan rumah untuk berparang dan api misteri pula muncul semakin kerap.

Apabila keadaan semakin bertambah parah, selang beberapa minggu datanglah seorang hamba Allah dengan rendah diri tampil untuk cuba membantu keluarga berkenaan dengan berdoa memohon daripada Allah supaya keluarga berkenaan dilindungi daripada gangguan-gangguan jin seperti yang berlaku.

Akhirnya solat hajat dan doa secara berjemaah itu dimakbulkan oleh Allah Taala dengan serta merta, situasi itu sampai kepada pengetahuan Nik Aziz, ingatkan Nik Aziz nak ucapkan rasa syukur kerana rakyatnya tidak lagi dibelenggu dengan api misteri itu, tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya, dimana Nik Aziz telah bertindak membuang semua gambar-gambar solat, doa dan lawatan beliau kerumah tersebut dari laman Facebook yang beliau post sebelum ini, tidak pasti samada tindakan membuang itu adalah ekoran rasa malu, marah ataupun untuk menutup kegagalan beliau dari terus diketahui umum.

Bagaimanapun Kesimpulan dari apa yang dapat dilihat dengan perbezaan gambar berdoa dibawah, doa berhajat pada perkara yang sama dan dirumah yang sama, mungkin hanya niat yang berbeza menyebabkan salah satu doa sahaja dimakbulkan dengan serta merta.

Apa yang tak kena dengan doa Ulamak yang tersenarai di bursa saham Deoband ini ? Tidak cukup alim dan karomahkah Nik Aziz ? Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, hikmah itu biarkan saja gambar yang berbicara untuk dinilai oleh semua. Iktibar dari apa yang berlaku itu, jangan kita menjadikan sesuatu ibadat itu diatas mencari keuntungan politik, kerana ibadat yang sebegitu hanyalah sia-sia dan tidak diterima serta tidak dimakbulkan oleh Allah Taala. Anda Mampu Mengubahnya.

Perut Najib takkan pecah, Umno takkan hancur, Pas jua yang akan lebur, Nik Aziz pula akan menganggur.

'Gadis Api' Semakin Tertekan Selepas Kehadiran Nik Aziz

KOTA BHARU - Selepas kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rumah ‘gadis api’ di Kampung Penambang Bunga Emas kelmarin, remaja itu mendakwa dirinya pula diajak berlawan jin menggunakan parang yang dikatakan ingin berdampingan dengannya itu.

Wan Nurfatihah Wan Hanafi, 14, mendakwa mendengar bisikan halus itu ketika dia sedang bersiap-siap untuk membersihkan diri di rumahnya kira-kira jam 9 pagi, semalam.

“Saya takut bila mendengar bisikan itu betul-betul di telinga kiri saya. ‘Benda’ itu mengajak saya berlawan menggunakan parang. Sebelum ini, ‘dia’ pernah mengugut untuk membakar lebih banyak barang dalam rumah tetapi tidak pernah pula mengajak saya berlawan.

“Saya amat tertekan dengan situasi seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas mendakwa menerima ancaman itu sebelum ketibaan kumpulan pengamal perubatan Islam dari Pusat Rawatan Islam At-Tobibi.

Cucu kepada keluarga Zainab Sulaiman itu, bukan sahaja berharap supaya gangguan ini dapat dihindari dari keluarganya kerana tidak tahan dengan tohmahan masyarakat, malah, dia terpaksa pula hidup dalam ketakutan apabila gangguan itu semakin serius sehingga mampu mengancam nyawanya.

Sementara itu, kunjungan selama dua jam yang diketuai oleh pengasas pusat rawatan berkenaan, Ustaz Shamsuri Shafie bersama 15 pembantunya mendapati keluarga tersebut tidak diganggu secara langsung oleh jin berkenaan tetapi hanya berlaku ke atas rumahnya.

“Selepas melakukan pemeriksaan ke atas badan pesakit, kami mendapati tiada sebarang gangguan yang dihadapi oleh keluarga itu.

"Bagaiman pun gangguan itu hanya berlaku pada rumah mereka sahaja sehingga ada barangan yang terbakar secara tiba-tiba.

“Pun begitu kami cuba sedaya mungkin untuk membantu memulihkan gangguan ini. Sebagai langkah pertama kami membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk dijadikan pendinding di rumah selain ‘memandikan’ seluruh ahli keluarga,” katanya. - Sinar Harian

'Tak cukup keramatlah tu....'

Nik Aziz Jadi Bomoh Dirumah Gadis Yang Diganggu Api Misteri

Waduh-waduh Ayah Zit bisa jadi dukun ke', ini kalau menjadi dukun bisanya sembuh popular gitu, satu serambi ceramahan diselaputi keramat, tapi kalau sudah popular jadi saja dukun sepanjang masa lagi elok dan sesuai apa ?

Hari ini dalam sejarah apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah berkunjung ke rumah keluarga mangsa gangguan 'api misteri' di Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan petang tadi. Nik Aziz yang dilihat menunaikan solat hajat bagi menghalau 'Jin Api' itu sebaik sahaja tiba di rumah mangsa,
 
Sebelum ini Sinar harian melaporkan Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, meminta agar mana-mana pakar perubatan tradisional atau ustaz dapat merawat gangguan jin yang dikatakan berdampingan dengannya yang juga menjadi punca diekori api itu.

Gadis api terus digangguMenurutnya, sejak diekori api berkenaan, hidupnya tidak keruan selain sering dicemuh masyarakat kerana menimbulkan kekecohan di kawasan setempat, setiap kali diekori api misteri itu.

Wan Nor Fatihah berkata, dia begitu mengharapkan pertolongan pihak berpengalaman bagi merawat gangguan itu.
“Saya harap jika ada mana-mana ustaz atau bomoh, yang boleh merawat saya untuk buang gangguan jin ini.

“Lebih teruk lagi, apabila api misteri itu akan muncul hampir 11 kali setiap hari bermula awal pagi sehingga lewat malam, di dalam rumah dengan membakar pakaian, telefon bimbit, almari, selimut selain telefon bimbit dan kamera serta segala peralatan dalam rumah,” katanya.

Bagaimanapun kehadiran Nik Aziz itu seakan-akan memperbaharui lesen keramatnya jika secara kebetulan 'api misteri' itu akan hilang dan tidak akan muncul lagi selepas ini, adapun jika sebaliknya ia hanya akan disebut sebagai ketentuan ilahi. Masing-masing punyai tanggapan sendiri pada fikiran masing-masing untuk menafsirkannya, Anda mampu Mengubahnya...
 "Nik Aziz lebih pakar kalau jadi bomoh politik"


Hampir 11 Kali Sehari Diganggu Api Misteri, Gadis Rayu Bantuan

KOTA BHARU - ’Gadis api’ yang mengalami masalah diekori api misteri sejak dua tahun lalu dari Kampung Penambang, Bunga Emas, di sini, hanya tenang ketika solat.

Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, meminta agar mana-mana pakar perubatan tradisional atau ustaz dapat merawat gangguan jin yang dikatakan berdampingan dengannya yang juga menjadi punca diekori api itu.

Menurutnya, sejak diekori api berkenaan, hidupnya tidak keruan selain sering dicemuh masyarakat kerana menimbulkan kekecohan di kawasan setempat, setiap kali diekori api misteri itu.

Wan Nor Fatihah berkata, dia begitu mengharapkan pertolongan pihak berpengalaman bagi merawat gangguan itu.

“Saya harap jika ada mana-mana ustaz atau bomoh, yang boleh merawat saya untuk buang gangguan jin ini.

“Lebih teruk lagi, apabila api misteri itu akan muncul hampir 11 kali setiap hari bermula awal pagi sehingga lewat malam, di dalam rumah dengan membakar pakaian, telefon bimbit, almari, selimut selain telefon bimbit dan kamera serta segala peralatan dalam rumah,” katanya.

Pada kunjungan ke rumahnya kelmarin, wartawan Sinar Harian turut merasai pengalaman mengenai kemunculan api misteri itu kira-kira jam 6 petang, hampir dua kali.

Seperti tidak percaya apa yang dilihat, api misteri itu muncul di permukaan kain dan keluarganya terpaksa bertungkus lumus memadamkan api itu.

Sementara itu menurut Wan Nor Fatihah lagi, insiden terbaru, menyebabkan rumah ibu saudaranya juga yang berada berdekatan, turut terbakar selepas dia serta neneknya Zainab Sulaiman, 75 berkunjung ke kawasan itu kelmarin.
Gadis api terus diganggu
“Sudah puas saya ikhtiar sendiri, bertemu berpuluh bomoh dan ustaz di Kelantan dan luar Kelantan, namun gangguan itu tetap muncul semula dan api itu akan muncul pada setiap masa.

“Saya sedih apabila masyarakat memandang serong terhadap diri saya, akibat kejadian ini saya hanya duduk di rumah dan tidak bercampur dengan penduduk sekitar,” katanya.
Biarpun dicemuh dan kecam, namun dia masih berharap ada sinar baru bagi dirinya yang ingin hidup seperti manusia normal lain, dan dapat bergaul dengan masyarakat setempat.

“Saya ingin menjalani hidup seperti orang lain juga, boleh berkawan dengan sesiapa sahaja dan tidak dibelenggu masalah ini setiap masa.

“Akibat kejadian itu, saya takut untuk berkunjung ke rumah orang lain, bimbang jika api misteri itu muncul dan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian,” katanya.

Menurut Zainab, dia sentiasa berharap agar cucunya itu dapat menjalani kehidupan lebih baik selepas ini dan pulih dari gangguan itu.

Ia bukan sahaja menyebabkan dia terpaksa hidup dalam ketakutan, malah anaknya Rafeah Zakaria, 42, yang merupakan ibu kepada Wan Nor Fatihah, selain dua cucunya, Wan Mohd Faiz, 16, dan Wan Nurfatini 12, terpaksa menghadapi kebakaran yang berlaku tidak kira waktu dan ketika.

Mereka turut bertungkus lumus memadamkan api yang membakar apa sahaja yang ada di dalam kediaman mereka.

Sinar Harian sebelum ini, ada melaporkan mengenai kejadian terbabit yang menghantui gadis dan keluarganya itu sejak dua tahun lalu, namun walaupun pernah berubat dengan pelbagai pihak termasuk ustaz dan berjumpa dengan pakar perubatan tradisional, namun kejadian itu tetap mengganggunya dan keluarga sehingga kini. - Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...