Showing posts with label pengawal keselamatan. Show all posts
Showing posts with label pengawal keselamatan. Show all posts

"RM100 Sebulan Bayar Polis Jaga Kita"? Kata Rakan Pembunuh Kejam AmBank @Zahid_Hamidi @KBAB51

Rakan kepada pembunuh kejam Ambank, Mahesa Birawa (gambar) dalam status Facebook mendakwa pada 23 Oktober 2013 dia dihubungi oleh Polis DiRaja Malaysia dan meminta duit daripadanya.

Katanya, "Kita bayar RM100 setiap bulan", lokasinya di Shah Alam, sila rujuk lampiran perbualan dibawah.
Waduh-waduh, bapak Menterinya sedang sibuk dengan Ops Cantas, pak polisi pula sibuk juga dengan Ops Pau, gini bisa gawat dong, memalukan Pak Menteri gitu !!!.

Perkara ini harus disiasat, tindakan tegas perlu diambil keatas anggota polis yang cuba mendajalkan negara kepada pendatang haram.

Sedarkah ! tindakan anggota polis yang melindungi pendatang haram boleh mendatangkan kemudaratan yang besar kepada rakyat dan negara.

Kegagalan pihak polis setakat ini untuk menahan pembunuh kejam Ambank juga berpunca dari kelakuan seperti itu, siapa yang harus bertanggungjawab dalam perkara ini ? Perlulah juga Pak Menteri melancarkan Ops Cantas keatas anggota polis berkenaan. Anda Mampu Mengubahnya.

Rakan Pembunuh Kejam AmBank Beraksi Ganas, Acu Senjata Api Tepat Ke Muka! @Zahid_Hamidi

Benarkah negara kita aman dan selamat ? Kebimbangan masyarakat terhadap penjenayah berlesen kian ketara, ia susulan dari kejadian rompak dan bunuh yang dilakukan oleh pengawal keselamatan keatas pegawai bank beberapa hari lalu.

Untuk makluman, ketika meninjau latarbelakang dan sikap rakan-rakan sejawatan suspek menerusi aktiviti dilaman Facebook, didapati kebanyakkan dari mereka mempunyai banyak persamaan dengan suspek, baik dari segi mentaliti dan juga tingkah laku.

Oleh demikian sebagai mengambil langkah berhati-hati, diharapkan pihak yang bertanggungjawab  memberi perhatian khusus supaya insiden sama tidak akan berulang lagi.

Setakat ini lebih 8 buah syarikat yang menggajikan warga asing sebagai pengawal keselamatan sedang diteliti, namun nama-nama syarikat akan didedahkan setelah maklumat lengkap diperolehi bagi memudahkan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.

Syarikat kawalan keselamatan tidak sepatutnya bersikap acuh tidak acuh dan mementingkan keuntungan semata-mata, soal keselamatan perlu diambil kira, lesen yang diluluskan oleh KDN bertujuan 'kawalan keselamatan' bukannya membekal penjenayah warga asing untuk merompak dan membunuh rakyat tempatan.

Apa yang dilihat berlaku hari ini adalah syarikat kawalan keselamatan seolah-olah memberi lesen, latihan dan senjata api kepada penjenayah. Lihat gambar diatas menunjukkan seorang pengawal keselamatan sedang membiasakan dirinya memegang senjata api dan mengacukan tepat kearah muka rakannya. Lokasi tersebut di TNB Pelabuhan Klang.

Persoalannya apakah tidak ada langsung pemantauan dari pihak syarikat keatas tindak tanduk pengawal keselamatan yang ditugaskan ? Adakah senjata api boleh dipegang main sesuka hati ?  Bukankah kecuaian seperti ini membuka peluang kepada warga asing melakukan jenayah ?
Selain beraksi dengan senjata, pengawal keselamatan warga Indon ini gemar melaram sebagai seorang pegawai dan bergaya elit, gambar berkenaan seterusnya dimuatnaik menerusi Facebook dan mendapat pelbagai reaksi dari rakan-rakan sekampung mereka yang berada di Indonesia.

Mereka juga dilihat turut tidak suka memakai uniform seorang pengawal keselamatan, tidak pasti apa tujuannya, kemungkinan tujuan mereka untuk bermegah dengan rakan sekampung dan menyembunyikan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.

Kerana kalau diimbas kembali gambar-gambar yang dimuatnaik oleh suspek pembunuhan di Facebook, hampir kesemua gambar 'pembunuh' itu bergaya  elit, penampilan pembunuh bagaikan seorang eksekutif atau anak Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Kesimpulannya, 'senjata api' dan 'gaya elit', perkaitan itu boleh mendorong kepada kelakuan jenayah, ia disebabkan rasa megah apabila disanjung dengan gayanya yang elit, sedangkan hakikat sebenar mereka hanyalah sebagai seorang pengawal keselamatan yang sudah pasti tidak mampu untuk bergaya sedemikian.

Status FB terakhir pembunuh dan seorang wanita yang dipercayai isterinya. 
Justeru bagaimana mereka ingin berdepan dengan rakan-rakan apabila mereka balik kekampung ? Sedangkan rakan-rakan mengetahui diri mereka yang elit, takkan nak balik kampung pakai barang pasar malam ? Mereka terpaksa mengekalkan penampilan 'branded' dan mewah itu .

Untuk mengekalkannya mereka tak mampu, mereka akan cari jalan pintas, dan peluang yang dibuka oleh syarikat keselamatan yaitu menerima mereka kerja dengan kad pengenalan palsu dan memberi senjata api akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Natijahnya, seorang pegawai bank mati ditembak kejam, pembunuh adalah seorang pengawal keselamatan, pembunuh berjaya membawa lari wang sebanyak RM450,000. Anak kecil menjadi yatim, mungkin sesekali bertanya dimana ibu ? Kenapa ibu tak pulang lagi ? Apa yang hendak dijawab kepada anak kecil yang belum mengerti ?

Lima hari selepas kejadian pembunuh masih lagi gagal ditahan, faktor itu menjadi motivasi kepada rakan pembunuh, risiko berulangnya tragedi rompakkan bunuh ini terlalu besar. Apa tindakkan pihak yang berkuasa ? Bagaimana dengan syarikat keselamatan ? Nak tunggu berapa ramai lagi yang akan menjadi mangsa ? Bertindak biar tegas !!!

 
Dibawah juga adalah rakan Facebook kepada pembunuh, no I/C yang tertera di kad berkenaan tidak ada dalam rekod rekod SPR, nama yang digunakan di Facebook ialah Joemar Omar, berasal dari Denpasar, Bali, Indonesia, terakhir aktif di FB pada 23 Oktober 2013. Mohon pihak KDN siasat, jika no I/C berkenaan palsu, bermakna........Anda Mampu Mengubahnya.

'Jaga Haram' - 6 Tahun Lepas @NajibRazak Dah Cakap, Tapi Sampai Hari Ni Tak Selesai, Mampukah @Zahid_Hamidi Selesaikan ?

Masalah mengenai pengawal keselamatan yang diambil bekerja dengan tidak mengikut syarat yang ditetapkan bukanlah isu baru, hal itu sudah lama berlaku dan mungkin berterusan akan berlaku jika pemimpin hanya beretorik sepanjang masa.

Sedarkah kita ketidakpatuhan syarikat keselamatan disamping sikap sambil lewa kementerian yang berkaitan telah meyatimkan dua anak kecil dengan peristiwa yang cukup tragis, renunglah sejenak tatkala masa demikian hadir buat kita, apakah ketika itu deritanya baru hendak dikesalkan ?

Mengimbau kembali bersabit isu sama 6 tahun lalu, kebanyakkan kenyataan yang dibuat hanya bersifat retorik semata-mata, sedangkan hal yang sama juga berulang hari ini.

Pada 27 Jun 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Perdana Menteri menggesa syarikat keselamatan memberi latihan formal kepada kakitangannya dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka supaya perkhidmatan keselamatan dipercayai oleh masyarakat kerana mereka menjaga amanah orang ramai.

"Elok mereka (pengawal keselamatan) melalui latihan formal sewajarnya dengan kurikulum tertentu, kalau mereka lulus barulah mereka dapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan," kata beliau.

Bercakap pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Forum Keselamatan Sedunia, Najib berkata, pengawal keselamatan yang berkualiti akan menyebabkan masyarakat berasa lebih selamat.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini mengenai betapa mudahnya untuk menjadi seorang pengawal keselamatan syarikat swasta.

Malah, laporan itu turut menyebut dua orang wartawan diterima dengan mudah untuk menjadi pengawal keselamatan tanpa melalui atau memerlukan sebarang latihan.

Najib berkata, kualiti pengawal keselamatan perlu ditingkatkan kerana terdapat beberapa kejadian jenayah yang membabitkan pengawal keselamatan.

"Maka kualiti perlu ditingkatkan. Saya percaya kementerian berkenaan akan memberi perhatian kepada perkara ini,"

"Jenayah berlaku apabila ada peluang, jadi kita percaya dengan mengurangkan peluang, akan membolehkan kadar jenayah dapat dikurangkan," jelasnya.

PPKKM
Sebelumnya pada 1 Feb 2007, Pengerusi Eksekutif Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Rahmat Ismail meminta semua syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara  supaya meneliti dengan terperinci dokumen pengenalan diri dan latar belakang calon-calon yang akan diambil untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.

"Ia bertujuan untuk mengelakkan penipuan oleh pendatang-pendatang asing yang cuba bekerja di syarikat-syarikat tersebut".

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Aseh Che Mat bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh KDN.

Dalam perkembangan berkaitan, Rahmat percaya terdapat 'kekeliruan' dalam laporan kepada KDN mengenai pendatang-pendatang asing yang didakwa bekerja di dalam beberapa syarikat keselamatan terbabit.

Tegasnya, isu tersebut timbul kerana adanya pemalsuan kad pengenalan oleh pendatang-pendatang asing untuk membolehkan mereka memohon untuk berkhidmat di syarikat-syarikat tersebut.

"Saya mendapat maklum balas dari syarikat-syarikat kawalan keselamatan tersebut dan pemeriksaan mendapati mereka menggunakan pengenalan diri yang dipalsukan," tambahnya.

Kad Pengenalan Khas
Pihaknya berharap langkah terbaru KDN mengarahkan semua 150,000 pengawal keselamatan memiliki kad pengenalan pengawal khas dapat mengekang penipuan latar belakang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kad pengenalan khas tersebut turut membuktikan seseorang pengawal keselamatan mendapat latihan sewajarnya serta bebas dari rekod jenayah untuk membolehkan mereka berkhidmat dengan baik dan berdisiplin," katanya.

Adakah saban tahun kita ingin bercakap benda yang sama ? Sukar sangatkah untuk selesaikan isu yang boleh membawa mudarat kepada rakyat ini ?

Laporan Audit
Tahun ini Jabatan Audit menegur Kementerian Pelajaran supaya tegas menguatkuasakan syarat-syarat kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan bagi menjamin keberkesanan mutu perkhidmatan dan keselamatan warga sekolah dan aset kerajaan.

Ini kerana pengawal keselamatan yang tidak mempunyai pengesahan tapisan keselamatan daripada pihak berkuasa akan mendatangkan risiko keselamatan di premis berkenaan, menurut Laporan Ketua Audit negara 2012.

Semakan audit di 35 sekolah terpilih mendapati terdapat seorang pengawal keselamatan sekolah mempunyai rekod jenayah.

Laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat turut mendedahkan semakan audit yang mendapati terdapat 76 pengawal tidak dapat mengemukakan tapisan keselamatan dari balai polis berhampiran atau Kementerian Dalam Negeri bagi membuktikan mereka tiada sebarang rekod jenayah.

Operasi Khas Jabatan Imigresen
Kelmarin dalam operasi khas , Jabatan Imigresen Putrajaya dan KDN menangkap 14 pengawal keselamatan tidak sah warga Nepal yang bekerja di Jalan Seladang, Taman Abad, Johor Bahru.

Operasi menggempur 'Jaga Haram' yang dijalankan antara 11.10 pagi dengan 11.45 pagi itu menumpukan pada kawasan sasaran di sekitar perumahan mewah dan pasar raya di pusat bandar itu.

Semua yang ditahan berusia antara 25 dengan 35 tahun.

Mereka gagal mengemukakan pasport dan permit kerja sah, sebaliknya hanya mempamerkan salinan dokumen perjalanan dan pengenalan diri saja, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) semalam.

Hasil pemeriksaan turut mendapati salinan dokumen yang dikemukakan menunjukkan semua warga asing itu sepatutnya bekerja dalam sektor perkilangan.

Namun, permit kerja mereka disalah guna untuk bekerja di syarikat kawalan keselamatan.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Putrajaya, Encik Mohd Izat Mohd Jamil, berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki setempat yang bertindak sebagai penyelia dan wakil syarikat kawalan keselamatan terbabit.

Tidak ada sebarang kompromi jika melibatkan isu keselamatan, kementerian berkaitan perlu beri perhatian serius supaya ditahun hadapan kita tidak lagi bercakap isu yang sama, dan yang lebih penting peristiwa kejam yang berlaku beberapa hari lalu tidak akan berulang lag. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...