Rakan kepada pembunuh kejam Ambank, Mahesa Birawa (gambar) dalam status Facebook mendakwa pada 23 Oktober 2013 dia dihubungi oleh Polis DiRaja Malaysia dan meminta duit daripadanya.
Katanya, "Kita bayar RM100 setiap bulan", lokasinya di Shah Alam, sila rujuk lampiran perbualan dibawah.
Waduh-waduh, bapak Menterinya sedang sibuk dengan Ops Cantas, pak polisi pula sibuk juga dengan Ops Pau, gini bisa gawat dong, memalukan Pak Menteri gitu !!!.
Perkara ini harus disiasat, tindakan tegas perlu diambil keatas anggota polis yang cuba mendajalkan negara kepada pendatang haram.
Sedarkah ! tindakan anggota polis yang melindungi pendatang haram boleh mendatangkan kemudaratan yang besar kepada rakyat dan negara.
Kegagalan pihak polis setakat ini untuk menahan pembunuh kejam Ambank juga berpunca dari kelakuan seperti itu, siapa yang harus bertanggungjawab dalam perkara ini ? Perlulah juga Pak Menteri melancarkan Ops Cantas keatas anggota polis berkenaan. Anda Mampu Mengubahnya.
KEPADA : Penulis bloggers ini.
ReplyDeleteSaya sarankan anda melaporkan isu suapan ini kepada pihak Polis atau SPRM. Ini penting kerana ia sedikit sebanyak telah menjejaskan nama baik negara dan anggota keselamatan negara.