Berani Sungguh Portal Malaysiakini Beri Amaran Pada @Zahid_Hamidi

Portal Malaysiakini nampaknya cuba menegakkan benang yang basah sekaligus mencabar kewibawaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila mendakwa Menteri itu cuba menakut-nakutkan wartawan dari portal spinning dan mengarahkan Zahid supaya menghentikan tindakan itu.

Tidak terfikirkah Malaysiakini kenapa hanya portal mereka sahaja yang bermasalah ? Sedangkan lain-lain media tidak menghadapi sebarang masalah bilamana berhadapan dengan DS Zahid ? Apakah wartawan Malaysiakini terlalu hebat dikalangan pengamal media yang lain ? Atau kehebatan 'spin' itu menemui kegagalan bilamana berhadapan dengan DS Zahid ?

Secara umumnya yang menghadapi masalah dengan DS Zahid ini adalah dikalangan penjenayah sahaja, kerana ketegasan DS Zahid selaku Menteri KDN membuatkan penjenayah tidak senang duduk mutakhir ini, dan tidak keterlaluan jika dikatakan portal Malaysiakini juga adalah penjenayah, penjenayah cyber yang aktif memanipulasikan fakta yang boleh menggangugugat keamanan dalam negara.

Kegiatan jenayah yang berselindung disebalik portal bebas yang mempengaruhi minda rakyat dengan maklumat-maklumat yang telah di 'spin' itu mungkin boleh dipertimbangkan oleh kerajaan bagi menguji keberkesanan 'Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang baru saja diluluskan di Dewan Rakyat, Khamis lalu, ok tak ?

Menariknya kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh dan Ketua Pengarang Kumpulan, Gan yaitu "Jika menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah salahlapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk memperbetulkannya,"

"Jika beliau merasakan kami tidak adil kepadanya, kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya atau mana-mana menteri lain untuk berbincang mengenai laporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau pejabat beliau."

Kenyataan itu seolah-olah portal Malaysiakini bertaraf antarabangsa dan diiktiraf dunia, macamlah Menteri ni tiada kerja lain, senanglah macam tu, tak perlu belajar nak jadi wartawan, kalau salah lapor biar Menteri jer yang perbetulkannya, kalau ya pun nak cari publisiti, agak-agaklah cinabeng oiii!!!

Kalau betul Malaysiakini ikhlas dan telus dalam membuat laporan, tak perlu Menteri yang perbetulkan, sebenarnya jika mereka tidak berniat jahat, mereka boleh merujuk kepada rakan-rakan media yang lain, macammana media lain boleh melaporkan dalam maksud yang sama biarpun tajuk yang berbeza?, tapi laporan Malaysiakini jauh tersasar dari apa yang sepatutnya dilaporkan, bandingkan print screen tajuk berita dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...