Pengawal Keselamatan Bersenjata Api Merompak Lagi, Kedai Emas Pula Jadi Sasaran

PETALING JAYA - Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.- Mstar

Berhubung isu sama yaitu pembunuh kejam AmBank, pencacai tahap kronik tanya "Kenapa Polis Tak Fokus Memburu Penembak, Tetapi Buru Penyebar Gambar?" kahkahkahkah, rasa nak gelak terguling-guling jer dengan persoalan bangang tahap gaban tu.

Gamaknya pencacai ingat anggota polis ni hanya ada dua orang jer kot, buat satu kerja, kerja lain semua tinggal, kot ya pun nak membangkang agak-agaklah, jangan semua nak dipolitikkan....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...