Showing posts with label sham kamikaze. Show all posts
Showing posts with label sham kamikaze. Show all posts

Mahkamah Putuskan Sham Kamikaze Sah Bercerai Sudah Setahun Tanpa Sedar

Hasrat isteri kepada komposer dan pendakwah bebas Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai daripada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis menjadi sebaliknya apabila pasangan tersebut sebenarnya disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 September tahun lalu.

Ia disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.

Mereka juga telah melakukan perbuatan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal.

Malah pasangan berkenaan juga tidak melaporkan lafaz cerai berkenaan kepada pihak mahkamah.

Hakim Syarie, Atras Mohammad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut dalam sebutan kes mereka di sini pada Khamis.

Atras berkata, perbuatan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, (defendan) yang tidak melaporkan lafaz cerai dan kembali rujuk itu menyalahi undang-undang syariah negeri itu selain bercanggah dengan hukum syarak yang telah ditetapkan.

"Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini.

"Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya tidak lagi menjadi suami isteri selepas lafaz cerai itu dibuat walaupun Sham menganggap dia sudah rujuk semula dengan Farazila, 31, (plaintif).
 
"Dengan ini mahkamah mengesahkan pihak defendan dan plaintif sah bercerai kali pertama pada tarikh tersebut dan rujuk perbuatan yang dibuat adalah tidak sah," katanya.

Sham dalam keterangannya memberitahu mahkamah dia telah melafazkan cerai terhadap Farazila di rumah mereka di Kondominium Sri Bayu USJ, Subang Jaya di sini kira-kira pukul 7 malam, 1 September 2011 (hari raya ketiga) dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011.

Dia bagaimanapun mengakui tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak mahkamah.

Dalam pada itu, Farazila dalam keterangannya memberitahu selepas kembali rujuk mereka telah tinggal bersama sehingga 30 Ogos lalu iaitu pada hari dia memfailkan permohonan cerai terhadap Sham.

Berikutan pengesahan itu hakim memerintahkan plaintif menjalani edah muasyarah selama tiga bulan atau tiga kali suci bermula daripada tarikh dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan defendan.

Mahkamah turut memerintah Farazila untuk membatalkan permohonan cerai yang dibuatnya sebelum itu.

Terdahulu pasangan tersebut hadir ke mahkamah untuk mendengar sebutan tiga permohonan yang dibuat oleh Farazila iaitu pengesahan cerai, rujuk dan permohonan cerai.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara kecil-kecilan di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.

Farazila hadir dengan berpakaian jubah hitam berserta tudung ungu ditemani oleh dua orang ahli keluarga manakala Sham yang berbaju putih dan berkopiah hadir seorang diri.

Kedua-dua pasangan itu tidak diwakili peguam.

Sementara itu di luar mahkamah Farazila berkata, sebelum ini dia pernah menggesa Sham untuk melaporkan perkara itu ke mahkamah bagi mendapat kepastian tentang status perkahwinan mereka tetapi ditolak oleh bekas suaminya itu.

Menurut Farazila, Sham mengatakan perbuatan rujuk melalui perbuatan itu adalah sah selepas dia mendapat pandangan daripada ustaz selain berpandukan buku-buku agama walaupun tidak melaporkannya kepada mahkamah.

"Secara dasarnya ada hikmah saya memfailkan permohonan cerai pada 30 Ogos lalu kerana ia telah menyelesaikan kes lafaz cerai dan rujuk yang dibuat oleh dia (Sham) sebelum ini.

"Saya lega kerana segala-galanya telah selesai hari ini (Khamis) dan berharap akan lebih tenang selepas ini," katanya. Manakala Sham pula memberitahu, dia reda dengan ketentuan Allah terhadap keputusan mahkamah dan enggan mengulas mengenai punca keretakan rumah tangga mereka berdua. - Mstar

Sham Kamikaze Persoal 'Gangnam Style'

Sana sini, masyarakat memperkatakan mengenai muzik lagu Korea, Oppa Gangnam Style atau lebih dikenali Gangnam Style yang mencipta fenomena termasuk di negara kita.

Meraih populariti berganda secara mendadak sejak video tarian ini diperkenalkan melalui Youtube, Jae Sang Park, atau PSY mencuri perhatian ramai.

Sehingga kini, jumlah tontonan video lagu ini di Youtube melebihi 80 juta penonton sekali gus mengangkat nama PSY sebagai superstar.

Tarian pelik seakan tarian kuda yang diperkenalkan mengundang gelak ketawa penonton. Selain itu, elemen lawak, rap dan kepelbagaian warna menjadikan video ini mendapat jolokan ramai.

Merungkai maksud Oppa Gangnam Style, ada mendakwa ia bermaksud I love Gangnam Style dan ia merujuk kepada gaya hidup mewah di daerah Gangnam, Seoul.

Sham Kamikaze
Ia juga diistilahkan sebagai Gang (River) dan Nam (Selatan). Namun ada juga yang menyifatkan Gangnam bermaksud, 'Saya Ingin Menjadi Yahudi'.

Sebetulnya, masih banyak perkara tersurat yang tidak kita ketahui menerusi lagu ini.

Walaupun gaya muzik Korea Selatan ini mencetus fenomena hebat di negara kita, namun ia masih mendapat tentangan beberapa pihak. Penceramah bebas, Sham Kamikaze, menerusi Twitternya, berkata, umat Islam tidak sepatutnya terikut dengan budaya luar.

"Saya sendiri tidak pasti apa itu Gangnam Style, tetapi apa saya tahu, di Youtube ada jutaan yang menonton termasuk umat Islam.

"Walaupun ia menjadi fenomena, namun persoalannya, mengapa kita senang terikut dengan apa jua budaya yang dihidangkan?

"Sepatutnya kita harus menilai dan mengambil kira hukum di sisi ALLAH SWT," katanya.

Seni kreatif: Zed Zaidi

Menganggap fenomena itu sebagai seni baru, Presiden Seniman, Zed Zaidi, menerima kehadiran muzik tarian unik ini.

Walaupun ramai yang menyelar penyebaran muzik video ini, namun bagi Zed, tiada apa yang perlu dimanipulasikan.

"Muzik Gangnam Style tiada apa yang pelik. Ia hanyalah idea baru yang mempunyai karakter tersendiri dan boleh dikongsi bersama. Tanpa saya sedari, muzik ini mendapat perhatian dan berjaya menarik minat jutaan penonton.

"Tiada apa yang negatif kerana itu cara muzik baru yang kreatif. Cuma, ada bahagian paparan video tidak elok dipertonton kepada kanak-kanak.

"Selain itu, semuanya ok sahaja. Tarian juga sangat menarik dan lebih kurang sama dengan cara menunggang kuda," katanya.

"Setiap seni yang baru harus dihargai. Jangan hanya pandai memanipulasikannya tanpa menampilkan bukti bahawa muzik itu salah atau bertentangan.

"Bagi saya, ia hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan boleh dijadikan cara senaman," katanya. -Sinar Harian.

Sham Kamikaze : Pada Pencaci Sibuklah Dengan Urusan Sendiri


Sudah menjadi lumrah bagi diri mereka yang popular untuk masyarakat mengambil tahu  perkembangan mengenai mereka, so tak usahlah cepat melatah melayani masyarakat sekeliling anda, sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama, tunjukkanlah kesabaran anda itu bagi memperlihatkan keindahan orang-orang yang dekat dengan Islam.

Terdahulu portal Mynewshub melaporkan, selepas isteri kepada pemuzik dan pendakwah bebas, Sham Kamikaze, iaitu Farazila Abdul Jabar, 31, mengeluarkan kenyataan menerusi mStar Online yang dia sudah memfailkan penceraian, Sham tida mengambil masa panjang dengan membuat kenyataan di Facebook, hari ini.

Farazila telah menfailkan penceraian terhadap suaminya itu pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, dekat sini.

Antara kenyataan yang dikeluarkan Shamril Mohd Salleh, 36, atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze adalah “Mungkin anda telah, sedang ataupun akan membaca ‘kisah’ tentang rumahtangga saya. Diharapkan agar anda bersabar dan hormatilah hak peribadi rumahtangga orang lain.

“Jangan buat spekulasi dan tohmahan atau apa yang anda tidak jelas. Yang pasti, semuanya akan terjawab apabila tiba masanya kelak Insya Allah,” tulis Sham.

Sebelum ini, terdapat dasas-desus mengatakan Sham telah berkahwin lain dengan wanita bernama Nurul Halimin Md Salleh, 32, pada 16 Januari lalu namun Sham dengan tegas menafikannya.

Tambahnya, dia berharap agar semua sahabat tidak memanjangkan pertanyaan itu kepada mana-mana pihak.

“Yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu kelemahan saya sendiri. Wallahu’alam. Barakallahu firman.” katanya.

Sehubungan itu, Sham yang kini bergelar pendakwah bebas harus tampil dan bersikap jujur bagi meleraikan permasalahan yang timbul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...